Wednesday, December 21, 2016

GGFTW

Heyyaah
I've binge-watched the whole Gilmore Girls 'A Year in the Life' on Netflix. Sebab aku jarang tengok TV so bila tengok all in 1 go series marathon (this is how people refer to it nowadays tapi aku kurang setuju sebenarnya) ada la rasa tingtong sikit. Well dia ade 4 long episodes je sebab revival ni format miniseries tapi nevertheless, it felt very satisfying.

I miss GG. Dulu waktu siaran dia kat TV3 ni sekitar awal-mid 2000-an,  aku mentah lagi nak appreciate benda2 camni, lagipun sekolah asrama mana nak dapat tengok TV sangat. Tapi memori membesar dengan terjeling2 iklan & tengok2 GG tu ada, sampai la series ni tamat tahun 2007. Ah masakan boleh lupa wajah Rory (Alexis Bledel), TV crush first gua. Memori silam terpasak kuat dalam otak bila associated dengan deria rasa, bau, dengar & penglihatan. Series GG ni turut anchor memori zaman childhood pada aku, so bila melihat kembali GG versi 2016, ada feel good factor disitu. terasa transported back in those cozy, laidback younger days..

Tak banyak cerita yang aku anggap berisi macam GG. Berlatarkan pekan Stars Hollow & komunitinya yang sangat unik (pelik, tapi kelakar), dengan fast-paced dialog & random reference merata-rata memang special. Bergerak kepala aku nak catchup & proses sebab aku bukan follower yang tahu segala selok belok plot dulu n tapi takde masalah, comprehensible. Kisah warna warni hidup Rory yang dah jadi young working adults, Lorelai & Luke yang nak figure out kehidupan bersama, Emily yang nak move on lepas kematian suaminya, dan kerenah gelagat warga Stars Hollow disekeliling mereka jadi satu platter like no other. Cerita GG masih clean & sharp macam dulu..takde babak initimacy & seksual ke apa. Bukan apa, kenapa aku rindu GG jugak sebab purity & innocence dia yang rancangan zaman sekarang lacking.
Series/movies yang baru-baru muncul ni banyak premis cerita menarik tapi banyak sangat elemen seksual dishove masuk dalam plot, dan diolah dengan detail, sampai kadang2 nampak fokus jalan cerita sejati jadi lari. Sex scene & nudity dah macam softcore porn. Apa lah producer ni nak buat, kacau je.

Harap ada 5th episode GG.




























Monday, December 19, 2016

bebelans

1) Bulan lepas aku berpeluang ke Rockaway 2016 & tengok Butterfingers reunite atas stage (last depa perform 2008). Ahh Butterfingers yang dirindui. Saga Butterfingers ni true jugak, sama padu dengan karya2 yang dikeluarkan. Tapi sebenarnya penampilan khas di Rockaway ni satu throwback je bukan comeback. Emmet,Loque,Kadak & Loko dah decide,band tu dah jadi kisah silam, masing2 sekarang ada haluan seni tersendiri. Ramai fans still takleh moveon, aku faham depa dambakan bunyi Butter tu tapi kena paham yang seniman berevolusi jugak. Along the way, kreativiti & artistic direction depa pun boleh metamorfosis. Fans tak boleh jugak demand & desak sangat, we are not entitled to anything to that extent. Bak kata Loque, janganlah puja sampai kecewa.

2) Dry spell. Masih lagi.

3) Tempohari kawan ajak lepak sebab dia boring bini kursus outstation seminggu. Kenal lama mamat ni dari waktu dia bujang, baik orangnya cuma seingat aku hati kering jugaklah orangnya . Dalam sembang2 tu terkeluar pasal movie Bajrangi Bhaijaan. Tetiba dia ulas dari sudut emotional- bagaimana dia tersentuh & berkaca mata time tengok movie tu pasal anak terpisah dengan ibu, lalui macam2 termasuklah hampir kena jual sebelum Salman Khan rescue dll. Sedangkan impression yang lebih tertinggal kat otak aku pasal BB is scenic views yang banyak dalam movie tu je (Khashmir dll). Dia pun cerita lagi pasal isu penculikan budak banyak sekarang, sedih dll. Dia kata lepas kahwin & ada anak, dia mesti terbayang kalau anak dia yang berada kat tempat2 cerita unfortunate yang dia tengok/baca.Mungkinkah perkahwinan & ada anak penawar emotional hibernation?

4) Minimalism as in lifestyle approach works only in individual content & capacity. Comes the time when others seek for your assistance, the minimalism might caught up with you helpless & disabled.

5) Hidup ni singkat je untuk berpura-pura & pendam idea & naluri sendiri sebab malu/takut orang sekeliling tak dapat terima. Sedangkan kehidupan, dan diri sendiri sebenarnya kanvas terbesar yang kita bertanggungjawab corakkan untuk statement kewujudan seorang 'kita'. Ekspresi diri penting untuk educate orang sekeliling bahawasanya yang seperti 'kita' ini juga wujud didunia. Kalau tak mereka akan terus terlindung dari semua warna warni kehidupan, yang mana sekelumit spektrum warna tu hanya dibawa oleh kita, yang kita sorokkan daripada mereka.

6)Withdrawal dari media sosial, mula terasa therapeutic. Selari dengan konsep decluttering yang tengah gain following didunia yang penuh distraction ni.

7) InsyaAllah orang tua akan jejak ke tanah suci tahun depan, impian mereka yang aku gembira dapat hadiahkan. Kemudian mereka ajak ikut pergi sama. Dari segi kemampuan kewangan tak ada halangan, tapi kenapa aku terasa tak terpanggil, agak berat hati & masih 'tak mampu'. Adakah ini penyakit dunia yang diperkatakan..

Thursday, November 10, 2016

obscurity

restless longing
earnest yearning
for the unknown something

Monday, November 7, 2016

things life taught recently

1) Stop being overly apologetic. To be fair others contribute with their imperfections too.
2) Be individualistic now. Yourself matters the most.
3) In this entire world, worse have occured. You're still doing alright.
4) Don't think or feel more than you can handle.
5) Don't hate, for what that you hate inside a person most likely is a trait you carry too- in another setting with another people.
6) Be generous, humble and understanding to other's situation.
7) Plan ahead, with several backup plans.
8) Relax, it's okay to give some slack to yourself & people.
9) Pursue self sustainability first.
10) You're are not entitled to anything from whatever kind of human relationships. So put hopes with caution.
11) Others may not understand your situation like you do. As long as you remember that & take care of yourself, it's all that matters.

Wednesday, October 26, 2016

Captain Irk

For some legit reasons I now have no mood to do what I'm ought to do
Mind was off, can't think comfortably
And if left untreated can cause crankiness grumpiness rebelliousness

So today i literally just spend all day watching
Eater's channel on youtube (hosted by Lucas)
Random cats doges and baby sloths video on youtube
And other I browsed across in the middle

Ahh masks the problem for a while

Entahlah lol

Friday, October 7, 2016

susahnya jadi perempuan

Sebagai seorang yang subscribe kepada pendekatan Gestalt dalam outlook kehidupan , habitually aku cuba buat self-reflection/muhasabah/reality check untuk affirmation & contemplation

Pada satu masa, aku cuba letak diri ditempat kaum hawa & bayangkan
keadaannya berbanding kehidupan aku sebagai lelaki..lalu aku berfikir,
"Susahnya jadi perempuan"🤔
Sebab
...Pakaian ada banyak lapis, cuaca luar pulak aduhai panas.
...pakai kain, struggle nak naik motor.
...Rambut panjang, rimasnya rasa serabut melayang atas dahi & muka.
...Kena fikir matching tudung dengan pakaian.
...Tak boleh dilihat selekeh sikit dalam penampilan.
...Kena hadapi pandangan masyarakat yang anggap kahwin tu indikator/benchmarking ultimate wanita.
...Beg duit besar kena pegang tak muat poket- tangan tak bebas.
...Kena watchful dengan sekeliling takut ada lelaki jahat yang nak ambik kesempatan.
...Kena jaga diri dari jadi bahan fantasi pandangan nakal lelaki jongos.
...Belanja maintainance diri tiap bulan besar, banyak benda terlibat.
...Pening kena pilih mana satu bila beli barang self-care sebab semua wujud banyak pilihan.
...Kena control sopan2 depan kaum adam demi menjaga keterampilan.
...Berdepan gender equality: double standard beberapa isu berkaitan kompetensi-meritokrasi dalam kerja.
...Berhadapan gender stereotype: Bila buat perkara out of box sikit cepat kena judge unfairly disebabkan mereka perempuan.
...Kena melalui menstruasi tiap bulan.
...Nak travel solo most often orang tersayang tak lepas sebab risau.
...terpaksa mengharungi dark stigma yang objectify wanita sebagai tool atau alat semata.
...biologically badan diorang lebih senang simpan kalori jadi lemak dibawah kulit & organ a.k.a senang gemuk.
...kena make up. Struggle membayangkan ada debu2 kat muka, dan takde tertelan ke sikit gincu kat bibir 😧
...tbu


Damn, it's damning bila sesetengah masalah ni datangnya & berpunca dari golongan lelaki. Jadi extra inconvenience kepada perempuan.

Ni sikit je yang aku terfikir, aku tak sure dapat handle tak kalau aku yang betul2 ada di tempat mereka sebagai orang perempuan. Will power tinggi diperlukan untuk soldier on & istiqamah. Susah nampaknya jadi perempuan bagi aku yang hidup selama ni dalam simplicity lelaki ni..dan oleh sebab tu aku bertambah respect & salute semua perempuan dalam dunia ni yang steady dengan segala benda susah ni. Steadyyy🤘🏻

Tak perlu pakai label feminist untuk pertahankan perempuan. Aku akan cuba buat perkara jadi lebih mudah untuk mereka bila yang mana berkait dengan aku sebagai lelaki.








Wednesday, October 5, 2016

sejenis musibat

bila ada orang tanya aku
mengenai perkembangan terkini si polan sekian2
yang merupakan "alleged" kenalan/temanku
aku akan cuba jawab pertanyaan tu dalam dua bentuk
iaitu aku tak tahu sangat pasal dia so tak berani nak cakap takut salah, maaf
atau aku cerita minimum setakat yang aku pasti pasal dia, dalam ayat baik-baik,
mana2 perkara yang mungkin imply keburukan atau menampakkan kekurangan si polan...aku takkan kata.
Orang putih kata, cakap pasal orang lain dalam cara totally sold 'em out-
siap ada exaggeration sikit part kebaikan2 dia supaya yang bertanya nampak yang murni2 saja.


Tapi kenapa lah aku dapat tahu
Bila ada orang tanya pasal aku kat kawan/teman aku
Yang dikatanya mesti dalam cara yang menggambarkan kekurangan, kelemahan, keburukan.
Aku lebih prefer kata "tak tahu apa-apa langsung" dari macam tu.
Sebab memang nampaknya lah begitu pun,
kau tak tahu apa pun pasal aku.

hawau

Thursday, September 29, 2016

maneh

it's fucked up how money changes how one think & see things.
it's also quite frightening.


increased purchasing power liberates something somewhere inside oneself, flipping a switch
that negates previously effective reasoning mechanism. "Relax it is fine." Just like that.

This shift in decision making when spending money reflects two things at least:
1) The invidual's lack of financial management skills
2) Perceived evaluation is just another volatile concept, like perceived time. "Age is just a number" be "Price is just an assigned number."

Post-purchase dilemma or withdrawal syndrome that sets in after making an unusual spending; a relapse period where oneself dwells a bit more to the thought of making a bad decision, a moment of reaffirmations, rationalizing, reasoning etc. This moment might as well be filled with self praise, when a well justified, good deal is made.

But money with is swooning prowess, make these aftertought fade.

Actually I'm just concerned with my tendency of spending money these time around. that's all. kahkah

Wednesday, September 28, 2016

Uber

I've tried Uber *finalleh* used it for 6 times so far in the span of 3 weeks.
And what a delightful experience it was.

What I like with all this whole Uber-riding ordeals is the human interaction part. People who do Uber comes from all kind of background & it's refreshing to have new discovery with every ride. Even from my fairly little Uber-riding trail, I've had the previllege to meet a bunch of wonderful people.
To converse about open subjects, in Bahasa or English, and explore life stories & ideas whilst getting to your destination is definitely a trip I enjoy.

But in the same time the tech industry is buzzing about making unmanned, self driving cars & integrate them in Uber & other ride-sharing ecosystem. One one hand- as a programmer myself  I  have vested interest in the advancement of Deep Learning & Neural Network platform that made these kind of technology possible, and I would like to see the frontiers of science expand. But on the other hand I'm a bit dejected, to see the human interaction part taken away from the equation...no driver, only passenger & the intelligent car ferrying people..idk, sounds bland.


Tuesday, September 27, 2016

Var

Each one of us is a unique collection of experiences & ideas that sums up to the perceived character living & interacting, moulding one's observable being throughout this life.

So dont be so surprised or suspicious to see how we differ from each other, it's not remotely unpeculiar for individuals to view & feel common things very differently. Rather than despise it, let's appreciate the diversity. Or at least, accept openly and reserve from any judgements until it's empathically understood.

Wednesday, September 21, 2016

lain tunjuk lain nampak

baru-baru ni Apple umumkan yang mereka develop satu teknologi yang guna beam infra red untuk buat cubaan merakam video tak berhasil. Pancaram infra red ni tak visible pada pandangan mata kasar, tapi sensor elektronik dalam kamera yang merakam gambar berdekatan akan terkesan.Plannya, mereka nak guna teknologi ni letak depan stage time concert atau pementasan untuk counter trend pengunjung yang terlampau taksub dengan phone, time persembahan berlangsung pun semua tala phone merakam beramai2 tanpa live in the moment. So benda ni menggagalkan rakaman/ambik gambar menghala ke stage je.
Seniman & pemuzik tak suka trend masakini yang nak merakam jee. Selain dari kepentingan komersial & eksklusiviti, piracy etc... ia membuatkan masyarakat terlepas menghargai sesuatu iaitu :bakat yang ekspresi seni.

Benedict Cumberbatch ketika pementasan teater Hamlet tak lama dulu, terpaksa break character ditengah-tengah membawa watak dan menegur penonton yang merakam persembahan guna phone dalam auditorium tu. Dia tak boleh menyampaikan watak dalam naskhah berat karya William Shakespeare tu dengan fokus kerana terganggu dengan cahaya merah kamera & nyalaan skrin phone dalam kalangan audiens.

Pendek kata, karyawan terasa kesal & kecewa bila mereka cuba tonjolkan kualiti serta bakat seni yang begitu bermakna bagi mereka, tapi crowd miss melihat benda yang sama, terlepas menghargainya. Sebaliknya mereka fokus kepada perkara lain, yang bukan mereka bersungguh-sungguh sampaikan.


Memang palat rasanya, bila kita menerima perhatian sekeliling bukan kerana sebab yang kita inginkan. Rasa keliru, kesal, tak bahagia, Lain yang kita cuba kongsikan, lain yang diulas & dilihat oleh pihak lain. Tambah-tambah lagi perkara yang lebih diperhatikan tu bersifat superficial, pada permukaan saja..berbanding content berkualiti yang kita dengan jujur  zahirkan.

y

Friday, September 9, 2016

Superhero sehari

Not all hero wear capes. Macam tu lah kata pujangga alaf baru, kahkah.
Bukan semua adiwira memakai sayap, ada baju suit topeng segala. Maksudnya semua orang boleh jadi hero dalam kapasiti tersendiri..dalam masyarakat kebanyakan, ada ramai hero..penguatkuasa keadilan, cikgu-cikgu, ibubapa dll..

Aku rasa aku dah tau nak jadi hero macam mana yang nak jadi. Hero yang buat orang rasa happy dihari jadi. Kawan-kawan berdekatan, kalau tau tu birthday dia aku akan celebrate belanja makan suasana seistimewa yang terdaya. Empowering dari segi tu.

Sebab aku tahu la macam mana rasa kalau birthday miserable, pasal tu rasanya Tuhan tunjuk supaya aku protect orang lain.

Friday, August 26, 2016

terpelanting

everytime i see it a weird current of wind blows straight into my soul
& disarm me of all guards- Awestruck I am gasping for air as my breath stuck- In admiration I am weak and powerless.

Need a minute to snap out & recover


Monday, August 22, 2016

doge

Kadang-kadang termenung sendiri mengenangkan nasib anjing-anjing liar yang aku nampak di Malaysia ni. Dulu-dulu aku tak terasa apa-apa pun nampak banyak anjing liar dalam kehidupan kanak-kanak, tapi sekarang..

Anjing ni haiwan canine yang wonderful. Dia bijak, setia & boleh diharap oleh tuannya.
Tapi anjing liar tak bertuan ni, terbiar tanpa penjaga & pelindung.
Terkengsot hati tengok mereka ni sampai kena selongkar sampah, tak tahulah apa yang masuk perut untuk teruskan hidup.
Bila didekati, depa cepat je alert & lari.
Oh trauma apa yang dah dialami depa..sampai begitu takut dengan manusia..
Hidup depa merayau-rayau, tapi diselubungi waspada ancaman manusia..
Tak tenteram & risau..Sedihnya.


Anjing pun hidupan. Makhluk Tuhan.
Hukumnya cuma HARAM disentuh orang Islam tanpa keperluan mendesak.
Bukannya haiwan tu sentiasa haram by default sampai nak lihat pun tak boleh.
Sampai boleh berlaku zalim, mendera dia..
Hukum2 ni langsung tak mengizinkan manusia berbuat suka hati.
Dia bukan haiwan yang haram kewujudannya..ada tujuan diciptakan bersama kita.
Bahkan ada dikisahkan,
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin Talid, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Wahab, beliau berkata: diberitakan kepadaku oleh Jarir bin Hazim, daripada Ayyub, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW bercerita:
«بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ، كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ»
Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga. Tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Israil. Lalu wanita itu menanggalkan sandalnya lantas memberi minum anjing berkenaan. Allah mengampunkan wanita itu kerana perlakuannya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 3467)





Tuesday, August 16, 2016

fb memories

Facebook memories ni nostalgik bagi aku. Dia remind balik facebook trail yang kita tinggalkan ikut style 'hari ini dalam sejarah'. Pengalaman setiap orang dari apps ni berbeza-beza, tengok lah pesen post/share dia masa tu ape benda.

Aku, seolah dibawa melawat kembali diri lama. Tengok balik cetakan pemikiran yang rajin jugak aku post kat wall dulu. Ah, diriku yang dulu...lebih ekspresif dalam menzahirkan apa je yang difikirkan. Benda-benda random hal seharian je tapi dari sudut pandang yang berbeza; yang sampai sekarang bagi aku, ada nilai kualiti. Ada isi & pemberat. Sebab hasil fikiran luar kotak. Serius banyak antara post tu yang aku sendiri dah lupa.
Macam terkejut sikit tengok apa yang pernah dicoret. Rediscovery.
Facebook memories, satu arkib, vault yang timeless tentang sedikit cebisan watak diri pada waktu silam.

Atas sebab sama jugaklah blog ni masih dimaintain sampai kini. Untuk terus merekodkan pemikiran & cerita. Sekarang semuanya akan dititip disini, sebab facebook dah kurang sesuai.
Bukan sebab takde respon atau apa, tapi semuanya respon tersasar dari inti subjek yang cuba diketengahkan. Dan itu lebih menghampakan sedikit sebanyak.
Di blog, tak kisah orang boleh mengerti atau tak apa yang cuba dinyatakan, sebab bukan untuk dibaca sesiapa.

Kalau terima banyak perhatian, tapi tak satupun yang tulus memahami isi & inti sebenar dalam jiwa- sunyi tetap akan dirasai juga. Bahkan lebih sunyi dari keseorangan dari mula.

Kevin Barnes Of Montreal dalam Triumph of Disintegration:
It’s only natural to feel a little imbalanced, it’s a symptom of your hysterical need to be understood

design

Kat tv DAO ada sebut pasal design kehidupan. Dia cakap, kena jelas apa yang kita nak daripada kehidupan ni, nak capai apa. Matlamat duniawi dan ukhrawi, lepas dah outline benda -benda ni then buatlah pelan tindakan & usaha accordingly. Manusia gigih design ruang office, rumah etc. samalah konsepnya dengan design hidup. Scale up.

Well, bab2 design ni kalau ikutkan memang aku suka. Kalau dapat misc task design kat opis, pucuk dicita ulam mendatang. Aku  akan pulun buat untuk cipta satu masterpiece (by my standard le), akan bagi attention to the littlest detail. Sebab seni ni satu part dalam diri yang aku raikan, i took pride in this quality. Aku percaya ada bakat sikit.

Tapi bab design life ni berkerut jugak dibuatnya.

Monday, August 15, 2016

upin ipin

Upin Ipin (terbitan Les' Copaque) memang break the grounds dalam scene animasi Malaysia. Seantero famous sampai jadi seolah duta untuk Malaysia- aku ingat time solo backpack ke Indonesia & Thailand- bila locals sana nak start perbualan idea2 dia salah satunya Upin Ipin lah.
"Oh dari Malaysia, I know..Upin Ipin.betul3"

November nanti Upin Ipin mengorak langkah baru dengan release live featured film 'Upin Ipin Jeng Jeng Jeng'. Produk membanggakan hasil cetusan idea bakat-bakat tempatan. Sebagai orang yang sedikit sebanyak berada dalam industri yang sama (in general: creative-IT fusion)  aku note & appreciate la milestone ni.
Apapun siri kartun Upin Ipin petang-petang main kat TV9 tu aku tengok jugak..layan jugak.

Cuma persoalan besar bagi aku ni - Apa nama betul Upin Ipin ni?
Kalau ikut standard nicknaming convention  nama tu (sepatutnya) berasal dari Ufin, dan Ifin lah kan.
So kalau macam tu nama betul Ifin- mungkin Arifin, Zarifin pun boleh. Syarifin, Mukrifin bunyi unik tapi probable still..dan lain-lain lagi.

Tapi Ufin ni...payah sikit.

.....


Takda nama Ufin yang boleh hypothesize...

Thursday, August 11, 2016

RPG parenting

Tahun 2010 aku ada menulis entry opinion, mengatakan bahawa gene expression adalah salah satu sebab yang mempengaruh & mengaruh (induce) seseorang pilih pasangan hidup dia. Allegedly, seseorang tu subconsciously pilih pasangan yang ada fenotip (ciri-ciri fizikal) yang dia ingin ada jugak pada anak dia nanti. Pendek kata, pilih pasangan sebab berkenan sekian2 trait, dan nak grab trait tu perturunkan ke zuriat. Later on aku expand thoughts ni untuk include jugak behavioral trait/perangai yang non-genetic..macam sifat2 yang dia berkenan pada pasangan- nak anak dia ada sifat macamtu jugak.

**************************lelz

Tahun 2016, satu thoughts lain pasal subjek kekeluargaan ni. Iaitu:
"Parenting & mempunyai anak ni didorong oleh excitement dalam diri yang suka main game quest RPG"
Terfikir macam ni tu.. bila perati young parents dengan anak kecil mereka. Dalam real life mahupun videos gelagat2 kanak-kanak vibrant yang dipost oleh proud parents. I'm moved with what I see.
-Tempohari masa dalam bookstore aku nampak seorang ayah dengan daughter kecil dia menyanyi2 tajuk buku random kat shelf.
-Haritu jugak aku perasan kat kedai makan seorang bapak ni layan anak lelaki dia berceloteh itu ini pasal sekeliling sambil makan.
-Baru2 ni tengok tv, dalam Qari Jr final Erwan Muhibbain surprise anak dia Sofea dengan nyanyikan lagu dari backstage.

Bila tengok keletah kanak2 innocent yang sungguh optimist & well- eccentric dalam ekspresikan diri mereka, macam menyanyi depan cermin, cakap benda2 yang cutely inspirational, atau eloquent dalam argue sesuatu..dalam hati rasa...pehh.
rasa...woww.
Parenting ni memang lah mencabar- tapi ianya satu peluang mencorak/membina satu karekter from scratch yang kalau difikirkan,- samalah macam main game RPG (Role Playing)!.
Bina watak  dengan kebolehan2 & ciri sekian2 untuk lalui satu perjalanan dengan steady.
The liberty at (parent's) hand is..very exciting! To shape & build the outlook & ability of a human..is very very very out of the world.
Macam apa yang buat gamers addicted bila main RPG. 

Kalau ada anak nanti,
nak asuh dia jadi seorang yang athletic, berfikiran luas, bilingual, dan berani untuk ekspresikan kreativiti dan diri nya sendiri tak kisah penerimaan orang macam mana. Dan macam-macam lagi lah.

Kuat berangan

Saturday, August 6, 2016

secekelem

Aahhhhhh
dah lama tak rasa nervous dupdap macam ni
berdebar-debar setiap masa, tak sabar, excited, cuak, gerun, malu ehhhh
Besok lari fm scklm. kembali setelah last 2013 buat half marathon disitu.
Route dah berubah, dengarnya terjal dengan combo akleh-mrr2-duke-bukit tunku.
Adehhh rasa nak terkenchinggg

good luck to me

UPDATE 10aug

So 3 hari dah lepas scklm. Nak report sikit lah pengalaman.
Welp, turned out it was a good outing.  Berdasarkan beberapa point berikut
  1. Cuaca nice, transition gelap ke cerah sangat selesa. Mendung redup, angin bertiup sepoi-sepoi. Takde jerebu. Dekat tengahari barulah matahari betul keluar.
  2. Moral high. Takde mentally hit the wall mentally pun sepanjang distance. Semangat & motivasi full all the way..takde grumpy ke rebel ke kerenah apa2 atas jalan tu.
  3. Tak rasa unmanagable. maknanya steady je la tak overly penat burnt out atau hit the wall physically. Memang larat lari dengan enjoy all the way. Tenaga ok, perut pun ok takde masalah nak terverak terkencing ke apa time lari.
Tapi performance-wise, memang tak berapa steady la. Memang lah berjaya habiskan distance 42km lari dengan strong finish, tapi not the strongest. Not my best run. Kekurangan training dah dijangka akan dirasai sedari awal mula lagi, pasal tu tak set target apa-apa pun. Seawal km27, calves tunjukkan tanda protes so all the way dah tak lari sangat. Just alternate antara jogging & jalan bila terasa muscle pull balik. Too bad. Tapi itulah, training lacklustre sangat. Masa puasa & raya tak disiplin training.
I finished 2 hours away from my best time (4:10- Jakarta 2014).

Anyway, post marathon- everything is fine. Enjoy the soreness, and excited nak training better untuk perform next full marathon (yang tak tahu hujung pangkal bila)

Wednesday, August 3, 2016

manusia bukan haiwan

perkembangan biologi manusia adalah selari dengan masa, sebab definisi am tumbesaran (growth) ialah pertambahan berat, tinggi, fungsi & ciri badan.

Ya, perubahan berlaku bila membesar. Perubahan dari sudut fisiologi disebabkan paras hormon yang turun naik. Dan perubahan dari aspek psikologi...wiring otak berubah. Ada benda2 baru dirasai, difikir, sudut pandang sekeliling menjadi berbeza. Semua ini sebab aruhan chemicals dalam badan. Kita akan terfikir perkara-perkara, dan merasai perkara-perkara, yang di'dictate' oleh paras elemen biologi ni.

Tapi manusia punya akal fikiran, untuk imbangi naluri kehaiwanan. Haiwan akan menurut naluri dan nafsu semata, yang takde kapasiti untuk pertimbangan rasional dan kawalan diri. (atau ada sesuatu seumpanya yang kita belum fahami).

Jadi, jangan jadi hamba nafsu. Jika tak sama seperti haiwan.
*Not that i'm degradingly imply that haiwan is less of a wonderful creature.
 Haiwan is kewl. U know what i mean.

Tuesday, August 2, 2016

lebih

"it's more important to be nice other than just being wise"

aku suka quote kata-kata ni, sebab aku rasa ia betul dalam banyak level.
Dalam hidup bermasyarakat dengan manusia-manusia sekeliling, selalu aku reflect ingatkan diri pasal ni. Iyalah, supaya damai hati untuk beralah kan. Daripada sentiasa tunjuk pandai & nak tambah komen semua dalam semua perkara, belajar untuk stop & terima.

Benarkan sejumlah flaw masuk kepada diri. Biarlah timbul kelemahan atau vulnerability. Buat apalah nak in control semuanya.

Begini jadi lebih manusia.

Monday, August 1, 2016

cyclic

Dalam sebuah buku Buya Hamka ada menitipkan yang- Rezeki yang kita peroleh bukan semuanya milik kita. Ada bahagian & hak orang lain juga, kita hanya perantara. Hak mereka perlu kita sampaikan. Itu rezeki mereka, didalam rezeki kita.
Jadi kenalah beri. Melalui sumbangan, belanja, sedekah jariah. Kepada ibubapa, jiran tetangga, sahabat handai, dan mereka yang memerlukan. Kadangkala tak perlu ada sebab khusus untuk ditunggu baru nak berbelanja untuk orang lain pun. Kikis sikap individualistik, sebab at many points in life kita terus menerima sikap kemurahan hati orang sekeliling jadi just return that favor kembali kedalam ekosistem masyarakat.
Misalnya bos belanja kita makan dan save duit lunch haritu, jadi duit lunch tu gunakanlah untuk belanja kawan lain pulak makan. Harapnya dia pula akan terus membelanja kawan dia, dan begitulah seterusnya. Ingat budi baik yang kita terima dari orang lain, dan bagaimana ia menguntungkan kita. Seterusnya, repeat berbudi kepada insan.

Sunday, June 26, 2016

tuitioff

Tempohari menandakan kelas tuition last aku mengajar- probably ever. As far as the foreseeable future at least.
Yep, sebulan lepas aku tender notis untuk stop tutoring sains & bio spm di pusat tusyen ni,sebab komitmen dayjob akhirnya catch up dengan commitment scheduling  yang aku buat selama ni- semakin sibuk, tampak sukar nak fit in keduanya-kena buat pilihan . Setiap hari pun balik rumah agak lewat, khuatir tak sempat bersedia untuk kelas tusyen pulak start 8pm.

Keputusan ni macam monumental stopper yang aku rasa agak nostalgik & melankolia juga. Sebab mengajar dah jadi sebahagian dari diri ni, sejak 2010 zaman undergrad mula terlibat. Ia dah jadi lebih dari part time job, side income, dll. Ia jadi ruang ekspresi diri, medan interaksi, berkongsi idea & mengembangkan ilmu. Jumpa generasi muda, setahun setiap sesi dengan mereka.

Minggu last tu bila student tahu aku dah akan stop mereka selepas raya, mereka cuba kawtim dengan pusat tusyen & ready ubah jadual tusyen ke hujung minggu, semata-mata supaya aku kekal mengajar (weekend tak kerja kan). Im flattered & felt appreciated, tapi aku enggan terima seperti itu, bukan sebab aku tak mahu mengajar...tapi berpendapat mereka diperingkat usia ini, perlu jugak spend masa kat benda lain pada hujung minggu. Weekend untuk lead a life, berhobi, bersosial, beraktiviti. Sebab dihari lain jadual budak2 sekarang padat dengan segala macam pengisian akademik dari pagi sampai malam.

So yeah, bukan nak jadi dramatik tapi bila stop tusyen ni aku rasa disconnected dengan manusia lebih lagi la. Mereka2 lah insan yang aku jumpa setiap malam hari selepas seharian bekerja dalam bidang yang minimum interaksi manusia, banyak dengan komputer & interface.

Tapi aku gembira sebab ada part ni dalam filmroll hidup aku.



Thursday, June 16, 2016

Speedmart

Di kg.jenderam ni segala perusahaan yg ada semua dari anak tempatan. Kedai runcit Man Kodai, Warung Aman Shah, Bengkel Firosima..
Tapi semalam dah Speedmart99 rasmi start beroperasi. Kedai so-called ada 'nama' yang pertama bukak kat kg ni...rasanya susulan pembangunan giat 2 3 taman perumahan baru dlm tahun kebelakangan ni.

Aku tahu pasal Speedmart nak bukak ni  6 bulan yg lepas lagi, aku ingat time satu khutbah jumaat ni, khatib ada alert jemaah pasal minuman beralkohol yg turut di'carry' oleh semua kedai Speedmart, termasuk yg ura-ura nak bukak ni. Masyarakat kampung tak selesa ada benda seumpama tu dijual di bumi Jenderam, sebab penduduk sini semua Melayu Islam. Takut bala Tuhan, dan nak jauhkan pengaruh kpd anak2 kg.
Time tadi aku 1st time pergi singgah Speedmart sebelum berbuka, tengok ada jual je minuman keras semua tu. Selepas ni tak tahu lah.

Tapi unik terasa. Harini hari pertama, banyak kereta motor orang Kg singgah tengok Speedmart ni. Aku terperasan, bila pakcik masuk je dan disapa selamat datang (atau tak) oleh cashier, terus depa pergi salam tangan kat kaunter. Real macam datang rumah orang fulakss..
Aku suka juga ada Speedmart bukak ni. At least tak payah lagi aku pergi jauh nak beli susu segar dan groceries yg aku nak (kebanyakan kedai kg tak jual). Kalau lari2 weekend nanti pun ada lah juga tempat baru boleh singgah, refuel station.

Seusai aku siap beli barang  menuju motor, pakcik yg baru tiba tegur tanya. "Milo yg tu berapa". Aku jawab "rm 8.30 yang ni" sambil aku tunjuk tag harga kat dia yg belek2 tengok.
"Murah sikit la sini" tambah pakcik sambil angguk2 muka approval. "Ha murah barang kat sini, pilihan lebih sikit" sambung pakcik lain berdekatan yang terdengar perbualan kami. Seorang makcik berhampiran turut memberi komen, lalu menyaksikan borak2 harga barang dapur bermula didepan Speedmart sore itu..
Speedmart. Jenderamized.

UPDATE: seminggu kemudian aku pergi singgah lagi, semua alcoholic beverages dah tiada dalam freezer atau mana2 dalam Speedmart. None. Nada.

Friday, June 10, 2016

Despite all I am still a kid inside

Tuesday, June 7, 2016

The Greatest

Pada 3 Jun lalu Muhammad Ali meninggal dunia. Aku takdelah follow beliau sebelum ni, sikit sangat yang aku tahu selain dari legasi dia sebagai boxer terkenal- dubbed The Greatest.

Tapi selepas tu aku nampak betapa terkesannya dunia dengan pemergian Muhammad Ali. Seorang insan melangkaui sekadar seorang figura sukan boxing- menyentuh ramai orang dalam banyak latarbelakang. Impak Muhammad Ali besar dalam kemanusiaan, keamanan sejagat, politik. Inspirasi banyak pihak.

Sama macam David Bowie yang meninggal tak lama dulu juga,
Semua ni mengingatkan aku betapa pentingnya kita ekspresikan diri dan serlahkan kebolehan yang ada. Lakukan perwatakan kita tak kira betapa eksentrik atau tinggi self-doubt yang ada, sebab itu tanggungjawab kita kepada soul kita sendiri. Dan juga tanggungjawab kita untuk warnai dunia yang kita lalui dengan corak dan cop mohor unik diri kita sendiri. Tinggalkan impak dan kesan dalam perjalanan hidup ini. Tanggungjawab kita juga untuk expose kepada masyarakat sekeliling yang orang seperti kita ini juga- wujud.

AL-fatihah & balasungkawa buat Muhammad Ali.
"The Greatest"

Monday, May 9, 2016

Pitahati a writeup

Hujung minggu baru ni aku pergi tengok Pitahati perform kat audi Muzium Negara..showcase album baru 'Selamat Datang ke Panggung Suara'. Pengalaman dia pegh..mabuk hakiki aku tersengguk termanggu melayan setlist karya yang datang dari hati ni.
Pasal Pitahati ni, panjang lebar jugak aku boleh menulis


  • Kumpulan gitar rancak. Dalam zaman industri sekarang yang bunyi instrumen bertali makin 'shy away' dengan fusion programming belaka ni, Pitahati pulak steady bold dengan bunyi gitar masing-masing. Sorang-sorang memang kencang main bunyi-bunyian Pitahati. Depa ada jugak pengaruh elektronika synth etc, tapi elok je balance. Ah..enak sekali.
  • Substance. Sama macam sifu M.Nasir, karya Pitahati semua ada substance, ada cerita & mesej. Bukan sekadar hiburan hedonisma dan ringan yang puas kat permukaan saja. Dia macam ada kompleksiti yang estetik bagi aku. Kompleksiti arrangement musik, dan depth pada lirik. Dua-dua ni lah yang bagi Pitahati menang di hati pengikut depa.
  • Full package seni. Depa ni semua segi nampak ekspresi seni tu. Dari design cover album, printables, baju, pentas, dan pembawaan imej senada bila beraksi. Dalam showcase SDKPS ni diorang gunakan konsep projection mapping kat pentas, feeling dia seolah masa main muzik tu apa yang terfikir kat kepala pun menghiasi background dalam segment2. Tak sama macam background konvensional yang screen tunggal besar-besar tu. Nice. Lightplay pun ngam..cuma aku risau je kot dia trigger epilepsi sesiapa dalam crowd haha.
  • Band Nusantara. Corak musik Nusantara fusion ni ada beberapa band yang bawak dan semuanya berbeza bunyi. Butterfingers (2nd half), monoloque, Salam..dll. Pitahati ni antara harapan persada, menarik untuk follow diorang punya interpretasi dan ekspresi muzik nusantara ni. Diadun dengan motif eksperimentasi alternatif psychedelic dengan kekuatan lirikal tersendiri. Setakat ni semuanya revolusionari..i dig. Aku ingat dalam satu interview The Wknd kot, depa petik kamus dewan sebagai influence mereka berkarya..nganga tukang tanya soalan kahkah.
Lepas Butterfingers, Komplot, OAG & kugiran local yang meninggalkan impresi zaman membesar dah tak aktif, aku pun dah lama dah tak berdedikasi turun tengok apa-apa band perform. Rasa dah kurang gigih, scene pun dah berubah. Tapi dengan Pitahati, terasa macam diselamatkan kembali, harapan restored, jumpa hero musik yang baru. Jadi aku akan try support journey dengan beli tiket tengok diorang main dll. Sebab antara sebab Butter berpecah dulu bila Emmet give up dengan profesion pemuzik yang tak berapa menguntungkan untuk hidup, (era tu tengah transisi dari bentuk kaset/cd ke bentuk digital mp3, pasaran dibadai kuat dengan piracy dll) jadi tak mau lah kebanggaan seni lain pula dipaksa ke situasi sama. Hargai menghargai.

Musik resonan dengan hati. Trippy. 





Friday, April 29, 2016

bold



So snap out of it, 
have the audacity and courage to make another big decision
Be bold
to fix things up.

Tuesday, April 26, 2016

Lama tak blogging, so..

Alejandro gonzales inurritu adalah hero layar perak aku dari kerusi pengarah. Baru berpeluang menonton karya dia..memang subtle. Alejandro akan masuk dalam list persona pujaan, bersama-sama Syed Naquib Al Attas, Samuel Adoquei, Van Gogh, Anton Krupicka, just to mention a few.

Kenapa orang putih macam makan sikit sangat portion dia? Fine dining tu memang dah..mungkin dia mengenai pengalaman tu & menikmati flavour menyeluruh. Kenyang ke? Leptin & ghrelin tak macam orang lain ke. Entohle.

Aku selalu terpegun dengan apa yang aku cakap dalam mimpi. Bukan mengigau, aku tidur normal je nampak di luaran. Tapi dalam mimpi aku tu aku bercakap macam-macam dengan pelbagai orang. aku tak control apa butiran yang dicakapkan, tapi aku aware- jadi pendengar. Kadang-kadang random betul apa yang 'dream me' cakapkan..sampai bila 'listener me' dengar terus terjaga sambil geleng2. Mana datang idea tu semua?

Monday, April 11, 2016

Partisan

Antara perkara dalam 'pakej peranan2 seorang matang-dewasa' ni, ialah untuk menyertai hiruk pikuk partisan. Ya, kena bersikap partisan- sebagai unit masyarakat yang berfungsi (functional unit in society) seorang dewasa kena ada stand dalam isu-isu yang berkaitan. "Tak boleh ke sikap berkecuali, atas pagar je?" Mana boleh lagu tuuu..time muda2 hingusan boleh la kira cincai lagi. Sekarang ada suara, kuasa undi, ada pengaruh. Sikap berkecuali dihadapan kezaliman, lebih teruk dari zalim sebab membiarkannya walaupun sedar.

Ada banyak isu dan setiap satu tu pulak ada pelbagai macam pendirian/stand. Setiap front yang mewakili pendirian tu pulak boleh tahan meyakinkan masing-masing pada zahirnya..dengan berbagai instrumen2 fana dan permainan sentimen etc. Macam mana nak tahu yang mana betul salah? Kena study la.
Kenal mana jauhari mana manikam..intan dan kaca.

Tapi semua stand ni senang2 je boleh overwhelm kau sebab semuanya macam betul..kejap2 berubah. Penat kalau layan memikirkannya takkan habis la..

Jadi just fikir masak2 satu kali. Dan pick your side, then stick firmly with it. Kau perlu pilih nak masuk side mana, jadi partisan..setia dan istiqamah.  Lagi-lagi kalau kau jenis idealis revolusioner nak mencetak perubahan, perlukan party kau lebih dari depa perlu kau. Kekuatan datang dalam jemaah.

So stop flip flopping, terawang dalam kekeliruan pendapat dan kekecewaan dengan macam mana hal pada zahirnya.
Jadi partisan, pilih side anda dan jalan terus!

Sehingga waktu anda evolusi.

Saturday, April 9, 2016

Dialektik

Sebagai seorang constant dialectics aku pasti terfikir2 pasal aspek lain yang ada sejurus selpas melihat/mendengar sesuatu. Tak dapat dielak & tak pula rasa leceh sebab ianya dah tindakbalas semulajadi. Jadi, aku akan pertimbangkan sudut-sudut kontras..untuk dapatkan pemahaman yang lebih jelas/dalam.

Tapi kawan aku pernah kata, ada beberapa perkara yang tak boleh dicapai dengan fikir-fikir akal saje terutamanya perkara yang belum dialami sendiri. Kami ni rakan lama, click sebab banyak persamaan2 yang dikongsi- termasuklah sudut pemikiran. Kami boleh berbicara pasal falsafah & prinsip hidup panjang lebar. Baru-baru ni dia kahwin & aku jadi pengapitnya. Lepas beberapa bulan, dia mesej "cepat-cepat la kahwin, aku ada banyak benda substance nak sembang dengan kau ni."
Minda bujangan, walau terbuka luas macam mana pun, ada perkara yang tak tercapai olehnya untuk menyambut buah akal minda orang yang dah berumahtangga.

Completely make sense. Aku setuju.
Kita bebas untuk cuba memberi idea & membentuk pendapat pasal semua benda termasuk yang diluar bidang kita.
Tapi kalau nak pendapat kita tu true dan real, kena lah ada credentials.

Kena rasa sendiri baru tahu menghargai.
Penghargaan berbeda, punca kita tak serupa.

Sunday, April 3, 2016

FullFool

1st of April every year has become the most fuzzy moment for me. It's my birthday, and for mysterious reasons the universe decided to throw a surprise cocktail of shits to me..everytime.

Well it's true all this time I've grown to learn that one should never put much hope & expectation on others to avoid dissappointment & frustation. But on this very day a special occasion, somewhere deep down inside me there's actually this small thought that today- it's birthday, fairly good things might happen :)

Nope. unexpected incidents that challenges my faith towards life will  happen one by one. I got all this people giving pretty convincing illusions for me to false-hope for. The cruellest tease. And I allow myself to fall for that and end up dejected..What was I thinking? 😝
Affections & appreciations are for the deserving only it's a privelege that were earned, not an entitlement.

This year, people on facebook wished me "have a blast birthday weekend!" since1st of April falls on a Friday this year. However, it turned to be a very...depressing weekend, because of my fault- I expected any good things to happen, from people.

Birthday continue to serve as a stark reminder to me of how everything can go straight up shitty. And if things like this can all pile up into a day like your birthday, what do you think might haloen for other normal days? The biggest april fool joke is to me.

Please don't do this to me universe..I can feel I'm losing my faith in humanity and turning colder. I dont want to become that kind of person.

Wednesday, March 30, 2016

Book ≥ movie adaptation

I'm not a truly harcore reader (like some person I know) but I advocate reading, and  I do read a respectable number of books..more that average people. To top that, I don't pursue what's on the latest screening list- in fact I rarely go to the movies.

This time around (and 2016 to be particular) there's a lot more movies coming out that were adaptations from book franchise, be it comic books or fictional series. The buzz it created amongst book follower and movie goer alike is acknowledged. And the reviews are mixed between

However I personally feel if there is a need to compare between books and the movie version, the former for sure trumps the latter.

Books are superior because it's a brain candy, it plays with imagination in so many ways. The crafty and witty wordplay will of course give your brain corpus some substance to process, to work with, and for your fuzzy imagination to materialize, visualize. To romanticize. It's both magical and mysterious how assembling meaning of phrases following with picturing event sequences- can be helplessly addictive! Be it Four Shades of Grey, or Robert Langdon Series, or 1984. Imagination - sky's the limit. It's the drug.

Well while movie adaptations, mostly it's eye candy. The first utmost important things is whether it stays true to source material or not. If yes, then the greatness is on par with the book form but if it violates and tainted the original franchise, then it's fucked up. Things like this happen very often in countless examples. It mess up the story. However I believe movies just go for the visual stimulations and dramatize stories, and nowadays..sexualize things. Boobies..boobies everywhere. Racks up money without correct sense of appreciation to the legacy.

So read books. If you wan't to experience and feel the story. And watch movies, for fun maybe.

Monday, March 28, 2016

Intervensi

"..Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku."

Bait lirik nyanyian Yuna ni menggambarkan sedikit sebanyak maksud penulisan ni.

Satu perasaan yang ajaib bila anda sedang merungkai sebuah persoalan atau berasa ingin tahu akan sesuatu, dan secara tak disangka mengalami situasi yang berkaitan dengannya. Seolah menyampaikan suatu petunjuk untuk anda hubungkan antara titik titik...menawarkan sebuah jawapan.

Melalui bait lagu random di radio, pembacaan tak sengaja, terdengar di corong majlis ilmu, terselak mukasurat kitab suci..

Ianya serendipity, timely..

Masakan semua ini kebetulan? Terlalu kerap berlaku, pasti bukan kes terpencil?

Didalam waktu tika ini yang sering dirasakan sendiri, besar ertinya semua kejadian sebegini. Terasa dijaga dan diperhati..

Divine intervensi

Sunday, March 27, 2016

One world

I always get the impression that I'm a little bit different from my peers in terms of persona and of how we appear to socialize & interact & process things around us. But that's normal -just like how every person is unique and different from one another. Well that's what I thought.

Until just recently I repeatedly get spontaneous honest-natured remarks on several completely unpeculiar occasions.. that somehow made me alarmed about something. A friend said "..we are happy too when we see u happy now in your own world." and another just lightly joked with our new acquitance "You don't know him (me) yet but once you do you'll get it why I'm saying he's on different level..higher. Normal if you can't understand him- he's a philosopher..another world. Ha-ha "

All these stuffs made me review life. In my own world? In another level? What's that supposed to mean?
I was oblivious about being seen as anything that...alien. When people openly declare something like that it kinda implies that they've somewhat find your life unrelatable with theirs..so they 'deserted', 'abandoned' and 'disconnected' you and your world because they can't relate with it. That's...too horrifying to imagine.

All this time I believe any differences were just common, things to embrace. To each their own. And I would like to continue believing so.

I don't want to be in another world or level from everyone.

It's is lonely there.

Saturday, March 26, 2016

Guider bueno

I am somewhat the 'outdoor guy' in my circle of friends- I hike & climb here and there, photos of me camping in the jungle or posing on some mountains pretty much made my fb profile..so yeah. Occasionally friends come to me to ask for a favour. "I want to go hiking/camping somewhere too. Can you bring me?"

Which is perfectly cool..felt great to be able (and trusted) to give them experience in the wilderness. Whenever this happen I got psyched up as well..I'll  put great deal of effort to plan a perfect trip to somewhere reasonable, and the meals..I'm willing to haul up the loads to introduce good camping food to them. And I also think about what insights and stories that I'm going to share with them while trekking..Ah I just want friends to see and feel why this activities become such a big part of my life.

I rarely inquire too much on who's my friends are bringing in to the trips. They said they have some other people might tag along, and i was like cool..the more the merrier! I just need to know the number of pax to prepare the rations and for the equipments arrangement. My friend's friends are my friends too right?

Then my friend brings his girlfriend who also brings her friend with her boyfriend and yada yada..then I realize everybody in the formed group brings along their partner..but me. They all have minimal equipments and preparations whatsoever because I'm the one taking care of those stuffs. So things get awkward when every pair just minding their own bussiness, taking full care of their partners, happily jeering and chatting in twos, all the time from trekking (I led the way alone infront with the giggles and chatters behind me) preparing the meals (mostly done by me) and other things. I got very little social time. All my dreams plans to lift the atmosphere with whatever..are busted.

Extremely awkward times. My heart and minds just got severely confused every second during the experience.
I just can silently think
"Ohhh shiat"

Then the same thing happens again. Oh well here we go again..

"...shiatt"

Thursday, March 24, 2016

Kerja remote

Bekerja dalam bidang IT, line project-based ni banyak margin untuk disalah erti oleh jiran tetangga sahabat handai. Bergantung kepada style workplace, kerjaya ni boleh bagi fleksibiliti yang tinggi dari segi pengurusan masa. Dia tak strictly require pekerja untuk 9 to 5, boleh carry task yang dah diassign ikut masa yang dirasa selesa within dateline. Jadi dengan hanya ada reasonable symmetric internet connection, takde halangan untuk memilih bekerja dari rumah/kafe/mana2 pun. Boleh remotely control workstation di office.

Dan kerjaya ni tidak "in-your-face" physical...hanya jari2 menari atas keyboard. Menghadap monitor berjam-jam lamanya..sehinggalah kena pergi meeting dengan client. Waktu tu adalah expressive presentation. Selain itu, mostly mental power.

So seringkali jugak aku buat kerja dari rumah je. Sama kerap kot dengan pergi office. Jadi rakan-rakan & jiran tetangga seakan develop suatu curiosity (atau suspicion?) yang menghasilkan satu persepsi. Aku ni kerja ke tak? Buat apa dalam rumah, nampak selalu je kenderaan ada? Melalui beberapa interaksi dengan mereka...aku dapat sense kekeliruan. Even aku sebenarnya takde kat rumah sepanjang hari kerja pun, bila aku balik petang2 dan terjumpa jiran-jiran, diorang tegur lama tak nampak aku. Aku baru nak reply diorang reply dulu "Yelah kan, siang-siang panas kat luar duduk dalam rumah je."

Rakan serumah juga sama. Bila semua siap awal2 pagi nak keluar kerja, aku still rilek tak bergegas mandi..siap take time prepare breakfast ataupun basuh baju. Aku rasa mereka tak tahu pun aku kerja atau tak sebenarnya. Sebab ada jugak dengar mereka cakap macam ingat aku takde komitmen goyang kaki je.

Apapun, aku chill. Validation dari orang sekeliling adalah aksesori. Yang paling penting, dalam apa aspek sekalipun..adalah yakin & firm dengan apa pada diri sendiri. Carry on & steady.

Wednesday, March 23, 2016

on my watch


Jadi, isu ni keluar muka depan paper semalam. Daripada sedikit background reading yang dibuat, aku faham yang peraturan ini baru nak dikuatkuasakan bermula tahun ni untuk beberapa peperiksaan utama. Basis larangan ini bagi Lembaga Peperiksaan ialah kerana concern jam yang semakin 'pintar' boleh disalahguna untuk menipu dalam exam, dan basis sesetengah pihak yang persoalkan pulak adalah...mostly meh.

Which brings us to a question- ada apa dengan jam?

Sir Ken Robinson dalam satu syarahan TED pernah gunakan 'jam tangan' sebagai contoh untuk membuktikan macam mana sesuatu amalan boleh berterusan tanpa basis functionality atau practicality pun. Dalam survey yang dia buat kepada audiens ketika itu, pemakai jam tangan rata-rata berusia 30 keatas, golongan audiens yang lebih muda tak memakai jam tangan pun. Menurutnya, generasi muda tak lagi menganggap kena ada jam tangan semata-mata untuk tahu masa, mereka boleh check masa dimana-mana saja sekarang. Golongan yang lebih senior, membesar dalam zaman pre-gadget dan terbiasa dengan pemakaian jam tangan, dan habit tu diteruskan sehingga kini. Mereka 'enthralled with wrist watch idea' -bak kata Sir Ken Robinson.

Aku dulu pun tak pernah pakai tangan. Sebab yang sama macam Sir Ken Robinson kata. Masa/waktu ada dimana-mana boleh check sekarang- gadget, phone, jam dinding atau display led ada merata-rata. So concern untuk larang pakai jam tangan sewaktu exam tu completely acceptable bagi aku sebab dewan exam pun mesti ada jam dinding ke apa.

Sekarang, jam tangan adopt makna-makna baru sebab fungsi dia bertambah macam-macam (lebih dari tunjuk waktu). Ia sekarang turut jadi simbol status sosial, fashion statement. Jam tangan sekarang decorated dengan premium material, leather, expensive stones bla-bla dan craftmanship ni diemphasize, and people are buying the idea.

 Ada juga penambahan makna yang jadikan jam technical piece, satu unit alatan serbaguna. Adafungsi navigasi, ABC (alti-baro-compass), sensor suhu & heartbeat, GPS dan boleh simpan data, macam-macam lagi lah. So jam dah tak limited untuk tengok masa, tapi gadget pintar. Dan sebab makna ini, aku pun dah pakai jam sekarang. GPS watch sebab dia fit dengan lifestyle.




My 1st watch in maybe 15+years- a Suunto.
One day I forgot & left it in a public restroom, when I got back
shortly after it's gone. RIP Sun wherever you are😔

Now a Garmin. 

Monday, March 14, 2016

Meowning

There was a time when I felt lonely I long for friends to talk to. It's a humane things to feel I believe. However given how my conversations tend to (eventually) take shape: serious-ish & profound-ish, social attention has become a privilege to me & never an entitlement. I don't expect anything but I do have few favorite people that I see as a caring, understanding bunch. I feel they get me & accepted me
but it's amazing how things unfold & can surprise us. Turned out these people, don't have the same idea about it as I assumed. They just want to be nice that's all, "ain't nobody got time for profound thoughts".  And it's not their fault at all either. I just misunderstood.

But I couldn't help feeling bit upset. Because it took a lot for me to disclose things like what I've shared..to me it's very personal, maybe because of my reserved nature. Which led to a state of sadness and frustation when I realized the honest contents I've poured out has gone to waste at the other end. I remember feeling dejected when a friend texted asking how I was doing & stuffs- and as I was very happy & ready to connect further - the friend pulled the plug & bye-bye shortly after. Felt like being teased then ditched as things got real.lol.

But then one day I went to a cafe, and a stray cat was walking around. As I was dining alone I called the cat to come & play . It wasn't easy, the cat seemed uptight & sceptic at first but after a few pat & stroke (maybe some fried chicken bits too) she loosened up & turned snuggly purry friendly. In fact she remained happily tucked to my feet. Finally after I'm done with my meal I stood up to leave the table & there- the cat seemed alarmed & confused by me leaving her.
Then it hit me, I was doing the same tease then leave thing! to the cat!
Poor cat it must be terrible to be 'teased' by countless people that went eating there then losing them all shortly after, one by one right when she started to feel wanted.

Thanks cat for showing me this meowning. Of how life goes.
So, proceed with caution when wanting to get excited or happy or emotionally attached too much on any experience or reach ins'..because eventually these things can just tease you then leave, and end.
Unless you can handle it.

Sunday, March 13, 2016

Hold back

"Clear conscience, reasoning & willpower can only do so much, before the hormones regain control & take charge"
I used to blog about this phrase, now I'm gonna again.

It's true.
Humans are complex creatures, but through advances in health sciences we are able to understand more on how the body works- physiologically & cognitive/emotionally.
And hormones is one of the means of coordination & response in our body. It brings about changes in our physique & behaviour. There's hormones linked with metabolic processes & for perceived senses, and humane desires. Leptin & ghrelin, testosteron & oestrogen, adrenalin, etc.

When factored in, hormones dictates how we respond to stimulis..pretty much.
But often humans seem to defy the obvious influence of hormones. Like during the display of tenacity & perseverance. During holding back & self-control. During the moment when reasoning intercepts emotions or desires. Is there a molecular mechanism or pathway for this counter-effect upon hormonal factors? I'm still trying to figure out & find references about this...

Because hormonal secretions are physiological elements. They are carried via blood streams to subsequent target organs, where the receptors pick them to induce signalling cascade & some changes downstream. Suppressions ( acts of consciously halting/stalling) of the respond that should entail a hormone will eventually affect the chemical balance..which is not very healthy innit? (I think).

It's challenging to dissolve desires that hormones brought about, but it seemed to be possible (to an extent). So it's interesting to understand how.
Ah, just some random thinking during this strange times I'm having. Strange timesss.
Holding back.

Thursday, March 10, 2016

Travel philosophy

Bila musim tiket promo (allegedly) low cost airline, there's always a noticable buzz in the air. Meriah di media sosial & group2 travel-oriented, semua ticket hunting. Travelling makin boom sekarang, trending bak kata orang. Dan lahirlah berbagai2 jenis traveller.
Aku bukanlah traveller hardcore sangat apatah lagi selebriti, tapi experience adalah sikit, appreciation aku percaya ada banyak. Satu takeaways yg ia ajar aku adalah supaya sentiasa open minded, suspend sebarang judgment sebelum betul2 faham, dan judgment tu pula untuk kegunaan peribadi bukan jadi assertive keatas cara orang lain pulak. Jadi aku acknowledge berbagai-bagai jenis traveller yang ada ni, respect semua. To each their own.
Aku jenis apa? -Solo traveller, budget backpackers. Dulu-dulu bila travel kemana-mana, fokus aku set kepada nak cover ground sebanyak mungkin dalam sesuatu masa so end up 'kejar' POIs (points of interest) yang ada dalam target list. Masa tu aku lihat POIs ni lah yang define tempat aku travel tu. Macam kawasan tumpuan pelancong (pantai, landmark2, shopping street & local market), tarikan nature (viewpoint, observation deck, landskap cantik etc.) dan rumah ibadat (shrine, temple, etc.) Bila  travel solo ni memang aku boleh bergerak laju kesana kemari. Tapi bila ulang-ulang, aku mula rasa kosong. Tak ada keterujaan lagi bila on the road masa travel. 
Timbul persoalan dalam diri- "Apa sebenarnya makna travel2 ni?" 
"Dimana makna tu berada kalau bukan di semua yang aku lihat ni?"

Pencarian makna tu membawa kepada bentuk traveller yang aku jadi sekarang.  Tidak lagi rushing & terkejar2, sekarang bila travel aku cuba settle down dan jalani hidup seperti pace orang setempat menghabiskan hari-hari mereka. Rileks, buat apa mereka buat. Dan mata aku berpeluang tengok lebih 'dalam', keterujaan mengembara tu kembali & rasa saat2 makin bernilai. Sebab aku kembali belajar perkara2 baru dari setiap pengalaman. Kini bila travel solo ke luar, aku tak fokus kepada melawat POIs yang famous dan tinggi reviewnya, semua tu sampingan sangat dalam list. Apa yang aku aim ialah spend masa dengan manusia yang tinggal disitu- orang tempatan. Kewujudan platform macam Couchsurfing, Airbnb & lain-lain media sosial yang buka peluang connect dengan locals sangat membantu. Bahkan bila aku tinggal dengan locals,  tak kisah dah pasal nak kejar apa-apa POIs. Contohnya baru-baru ni; I've made an clear effort untuk berada di Kawaguchiko pada 23/2 untuk catch up sambutan Hari Gunung Fuji, tapi bila dah jumpa Mona (a local) kami sembang2 dinner & bunyi bunga api dah kedengaran diluar, aku tak begitu berminat lagi untuk tengok. Justifikasi shifted. Dan masa yang kami luang bersama begitu berisi & lebih bermakna!

In the hindsight, aku berpendapat berada di POIs boleh jadi sangat superficial dari segi pengalaman yang diperoleh kalau kita hanya value segi luaran semata-mata, fikir lawa ambik gambar atau ikut review cakap saje (langsung tak ambik tahu nilai sentimental kepada masyarakat setempat & sejarah disebaliknya). Sudahnya, persoalan yang tinggal: apa gain kita dapat selain gambar kenangan cantik dan souvenir yang dibeli? Apa yang... kita betul-betul belajar?

Rasa kekosongan ini eventually menemukan aku dengan keyakinan yang essence atau soul bagi sesuatu tempat itu, ada pada jiwa-jiwa yang menghuninya. Benda ni berbentuk kisah & pengalaman & perasaan. Ianya transferable, melalui perkongsian cerita & masa yang luang bersama. Kini bila meninggalkan sesuatu tempat, banyak benda baru belajar, kenangan kekal kerana aku punya sahabat baru yang jadi tanda ingatan, dan terus berhubung. Salah seorang host merujuk perwatakan aku ni sebagai seorang 'intimate traveller' yang mencari sisi yang lebih 'deep'. Well I guess he's got a point.

Oleh itu, solo travel, budget backpacking, dengan adopt frame of mind sebegini pastinya bukan mudah. Ya, ia mencabar mental pada part merancang itinerary yang strategic & cost effective, dan menuntut fizikal yang sihat sebab tulang empat kerat ialah transporter utama anda.  Hence, by all means ia menyangkal stereotype & stigma umum bahawa travelling ini 'semua mudah, cuti-cuti santai, rileks abadi' dll.  And I'm a firm believer that through adversities & challenge we will grow as human. Not to mention that's true fun 😉

Dari sini juga bagi idea bahawa travelling adalah suatu medan pencarian yang bersifat peribadi.  Refleksi diri sendiri apa yang dah cari sebenarnya? Orang mengembara keluar untuk cari macam-macam yang berbeza (rekreasi, bisnes, spiritual, shopping, sejarah, fotografi, budaya, etc) mengikut kecenderungan individu & corak masing-masing. 
 This is why cara spoonfeed, totally nak ikut itinerary orang lain, dan nganga je minta diberi semua idea & panduan apa perlu dibuat bila sendiri dah decide nak travel --- aku kurang faham. Ada sesuatu yang dinamakan Google yang patut dicuba dulu. Malas bukan trait traveller yang bagus. Might as well dapatkan service travel agency & tourguide je. Dan tubuh anda akan dibawa/diberikan sekian-sekian benda tanpa perlu risau apa-apa.

Itulah falsafah aku sebagai traveller.
Yang terus berevolusi.
Go.
Hikhik

Monday, March 7, 2016

Masak: Chicken wrap

Chicken wrap ni memang antara makanan yang tinggi skor dia dalam ilmu memasak aku yang limited ni. Dia sedap (Imma simple man..), sihat (almost tak berminyak low carb high protein), mudah disediakan (tak perlu macam-macam perkakas & bahan), cepat masak (sap sap soi) & reasonably satisfying (tak heavy tak light, just nice kenyang). Sesuai sangat untuk grab & go.

In it's simplicity, inilah bahan-bahannya:
-Ayam & perapan.
1) daging ayam (bahagian dada, buang tulang)
2) sos tiram
3) lada hitam (bukan seasoned)
4) additional: serbuk rempah lain (jintan manis, rosemary, etc.)
*tak perlu seasoning lagi, sos tiram sudah memadai.
-bawang besar.
-tortilla wrap wholemeal.
-tomato, salad, baby spinach.

Cara penyediaan:
1) Campur bahan-bahan perapan dengan ayam. Tak perlu banyak sampai 'tenggelam lemas' ayam, sekadar menyaluti rata daging dah okay. Personally, aku prefer lada hitam coarsely ground (kasar) instead of fine powder, ia bagi nice hit of flavor di setiap gigitan. *dada ayam tak perlu dipotong kecil awal2, lepas grill nanti baru potong kalau nak. Begini akan mengekalkan kelembapan daging.
2) Panaskan pan & cairkan sikitt mentega. Aku dapati kalau pakai minyak, nanti crackling kuat melompat2. Then letak ayam & grill kedua belah sampai isi tampak putih. Letak bawang besar yang dah dipotong jugak time ni, caramelize (ewah caramelize..tumis le) sekali.
*Kita letak sikit mentega even guna non-stick pan sebab boleh dapat sikit sauce yang reduced afterwards.
3) Selesai part ayam. Sekarang atas sekeping tortilla wrap, organize salad spinach tomato yang dah basuh & potong, diikuti ayam yang dah grill+onion tadi. Saki baki mentega tadi boleh drip masuk sekali. Nak arrange macam mana ikut suka atas tortilla. Asalkan workable & boleh lipat jadi wrap. Tortilla agak lembut jadi, gasak with caution.
4) Lepas wrap dengan kemas, panaskan pan bersih yang lain untuk just quick grill tortilla wrap yang dah siap. Berhati-hati grill setiap side termasuk bottom wrap anda jangan sampai terburai pulak. Dengan grill dia lebih sturdy & boleh bagi tekstur crisp. Nampak pengaruh banyak tengok AFC disitu.
5) Siap! Enjoy.

Modify lah ikut citarasa. Tambah sayur ke apa.Aku tak letak sebarang sos atau dressing sebab rasa nice dah. Letak lebih2 perasa pun boleh defeat the purpose sebagai healthy food.

Kadang2 aku letak sekali scrambled eggs atau baked beans yang leftover. Kalau ada corn chips nachos tu aku selit dalam wrap jugak. Pehhh baek.

This one is unworkable. End up pakai dua tortilla jadilah...
monsterrr wrap👹

Saturday, March 5, 2016

Petualangan Nihon

Ah, dah masuk hampir seminggu aku kembali ke tanahair selepas 15 hari berpetualang ke negara matahari terbit buat ke-4 kalinya. Baru setengah bulan, tapi transisi nak kembali ke environment sediakala selepas tukar kejap terasa semacam heavy. Setiap kali bermusafir kenegara asing pun begini. Heavy secara nurani (fizikal ada la sikit kali ni, jari2 terasa funny-kebas2. Dingin hawa disana mengelirukan saraf, barangkali). Benarlah bak kata pujangga, "With great moments, comes great withdrawals." (Kemekamen 2016)

Apapun, petualangan kali ni terus menjadi  pengalaman istimewa dalam kisah penerokaan aku. Mengembara solo ke bahagian yang belum dicover sewaktu lawatan2 sebelumnya- Kansai. Kali ni aku berjaya maintain catatan jurnal harian sepanjang 15 hari aku disana. Segalanya rapi dicatat dalam notebook dengan iringan foto dan video sebagai mengabdi kenangan. Nak cerita panjang lebar sini pula, memang meleret lah jadinya. Aku bukan pandai menulis kemas2. Kalau cerita mulut best, tapi boleh naik syeikh terbawa-bawa seronok dia.

Maka ringkasannya, sedikit highlights:

1) Unless ianya terlalu jauh, aku menyewa basikal sebagai mode pengangkutan pusing2 di setiap bandar yang disinggahi (dengan siri sesat2 yang epik). Disini berbasikal adalah normal, jadi blend in dengan semua orang. Aku bersaksi bahawa dalam tempoh 15 hari ni aku mengayuh melebihi mileage sepanjang hayat 26 tahun. Keluar pagi balik malam mengayuh. Sejuk so takdehal, syukur fitness mengizinkan.

2) Kali ni aku tidak melanggan pocket wifi seperti dulu jadi tidak ada internet 24/7. Bergantung pada free wifi di convenience stores dan public wifi yang ada. Betul adventure mencari2 convenience store sambil mengayuh untuk check validate arah, bila takde wifi disekitar sungguh mencabar skill navigasi aku. Banyak kesesatan yang indah berlaku. Apapun, god bless Lawson store & Famima & 7spot. Banyak misadventure mungkin berpunca dari limitasi connectivity ni (park basikal kat parking canggih Jepun lepastu tak reti ambik balik, sesat barat entah kemana hala, terlepas bas ekspres kena beli tiket lain , dll) But i like it.

3) Secara total aku berpeluang connect dengan 6 orang tempatan (tinggal bermalam dirumah mereka dan meluangkan masa bersama). Semua ada moment masing2:
-Toshi: aku lebih memahami tentang ritual & simbolism agama Shintoism. Berbual panjang lebar tentang banyak perkara.
-Pu & Aikemi: berjalan di Shijo St. yang besar sampai malam sampai seret kaki lah penatnya. Cuba yatsuhashi & lain2 Japanese sweets tester disemua gerai. Berbual sampai tidor lewat walaupun besoknya marathon.
-Mona: a nice dinner, tengok bunga api sempena Mt. Fuji Day, kemudian moment intimate aku dengan Mt.Fuji dihening malam di pinggir Tasik Saiko. Antara detik paling indah syahdu hidup aku. Overhelmed.
-Terry: di apartmentnya, turut sama mengajar dua wanita Korea yang datang untuk kelas Bahasa Inggeris. Terry private tutor. Bagi aku, telah belajar lebih banyak dari English yang aku share.
-Shomon: hiking gunung di Banjaran Rokko. Dan di apartmentnya, aku masak nasik lemak buat pertama kali dalam hidup- di Jepun pula tu, dan ianya menjadi omg sedap gila walaweii ajaibb.
* selain tu ada juga berinteraksi dengan rakan2 baru fellow traveller ketika di hostel backpackers. Dapat kawan US (Tom), Germany (Marty), Israel (Yono), Korea (Maki), Thailand (Tania). 

4) Menyertai Kyoto Marathon 2016. Dah lama tak lari 42km, training pun agak culas menuju ke acara ini. Walaupun cuaca agak brutal (strong wind+chilly) dengan condition aku yang tidak pada tahap optimum (masih amatur urus diri sewajarnya untuk marathon ketika travelling), syukur berjaya menamatkannya dan menikmati setiap detik dan kilometer. Orang-orang Kyoto & pihak penganjur memang steady! Best in the world.

5) Pergi Masjid Osaka & Masjid Kobe untuk lapor diri kepada Tuhan, dan connect dengan saudara seagama disana. Menjejak masjid di negara bukan Islam sentiasa bukan mudah (sesat jalan kaki pusing2 di Chibune cari masjid Osaka. Sesat berbasikal pusing2 di area berbukit cari masjid Kobe) namun secara peribadi aku merasakan ianya satu keperluan ketika bermusafir. "Pergi merata tempat boleh, takkan masjid tak boleh?". Dimasjid lah semuanya mengalu-alukan mu sebagai Muslim, brothers all the way bila bercakap dengan semua orang. Tak ramai orang Jepun yang revert Islam, kebanyakan komuniti Muslim adalah imigran baik Malaysia, Indonesia, Pakistan, Turki, Sri Lanka dll lagi jadi jika ada restoran halal majoriti diusahakan menyediakan makanan budaya2 ini. Restoran menu Jepun yang officially endorsed muslim-friendly masih limited. Aku sempat try satu- Monokichi di Kyoto. Memang authentic. Eh apesal makin fokus bab makanan puleeee ni.

6) Beroleh pengalaman naik tren ekspres Haruka yang tergendala tengah jalan dari Shin-Osaka ke Airport KIX. Satu jam lebih tren tu tiba-tiba stop in the middle if nowhere, sedangkan flight aku dah semakin hampir. Buffer time yang aku plan tiba awal untuk urusan2 di airport bukan banyak, jadinya dramatik jugak lah nyaris terlepas flight. Walaupun Jepun sinonim dengan kecekapan & ketepatan masa dalam segenap segi, masalah teknikal berlaku sekali sekala dan jatuh time aku ada hal urgent. Namun mereka betul-betul mengambil serius hal ni kerana dalam budaya kerja & memberi perkhidmatan, 'Pelanggan adalah tuan'. Bila tren pulih dan beroperasi semula, aku tak banyak masa lagi lalu terus meluru keluar menuju ruang pelepasan sebaik tren sampai di terminal KIX. Dari pintu tren terbuka di platform,  sepanjang laluan sehingga ke gate tiket keluar, staf2 Haruka Ekspres beratur dan memohon maaf sambil bow down kepada penumpang. a rare experience. 

Kyoto-ed!

Osprey 68l & Lafuma 25l. My trusty companions. 
Since 2011

Takde kacang goreng je. Close enough. 


Cool rides 😚 

Keindahan pengalaman dan segala gambar akan aku abadikan dalam photobook, seperti kisah pertualanganku yang lainnya juga.  Untuk masa akan datang, hala ke destinasi berbeza mungkin? Tapi Jepun dan diriku ada hubungan sentimental istimewa, aku tak akan pernah jemu dengannya. Level seterusnya juga bakal melepasi tempoh 2 minggu.

Pertualanganku untuk meneroka erti hidup dan untuk pemurnian diri.
Malaysia tetap tanah air ku.

Friday, March 4, 2016

ID

Manusia, makhluk yang istimewa berbanding makhluk-makhluk lain yang ada di dunia ini. Daya upaya & kekuatan yang dimilikinya bukan terhad tertakluk pada jisim otot, kelincahan, kecerdasan atau ketajaman pancaindera seperti binatang dan haiwan lain. Tunjang kekuatan manusia, datang daripada identitinya..sebagai seorang insan.

Mungkin kedengaran trivial, namun perkara ini bukan superficial. Terdapat lebih lagi disebaliknya. Malahan ada  bidang-bidang ilmu yang mengkaji dan cuba memahami perihal identiti dan pengaruhnya kepada individu. Salah satunya, ialah authoritative psychology.

Dalam case study Stanford Prison Experiment yang secara amnya menggambarkan amalan di semua institusi pembetulan(corrective institution) seperti pusat pemulihan atau penjara; pelatih atau banduan diletakkan dalam persekitaran dengan faktor-faktor yang mencairkan sebarang identiti & nilai individu mereka. Mereka diberikan nombor siri sebagai ganti nama, diharuskan memakai pakaian yang seragam & tidak gender-specific, dan mereka dilucutkan/dihadkan hak-hak asas. Tiada ruang untuk ekspresikan identiti diri. Lambat laun, semua nilai individualistik (identiti unik) yang dinafikan ini akan melemahkan mental semua banduan, dan mereka boleh dikawal & diubahsuai dengan mudah.

Dalam gambaran yang lebih besar, semua insan punyai nilai individualistik unik sebagai identiti diri seterusnya menjadi sumber kekuatan mereka sebagai insan. Hobi, prinsip hidup, vocation, peranan, kepercayaan, orientasi, mahupun insan tersayang. Aspek-aspek ini boleh memiliki nilai sentimental yang sangat besar bergantung kepada penghargaan individu tersebut dalam situasi masing-masing. Dan aspek yang sama boleh menjadi tiada sebarang makna istimewa kepada individu lain.

Tragedi yang merenggut aspek ini boleh menyebabkan trauma pada peringkat dalaman..kehilangan identiti, dan kesannya berantai, kompleks bila diterjemah dalam kehidupan.

Jadi takeaway yang paling mudah disini barangkali ialah, jangan ambil mudah. Jangan ambil mudah tentang suatu aspek hidup yang membentuk identiti seseorang individu itu..apatah lagi menafikan atau meremehkan , atau langsung memusnahkannya- kerana ia merupakan inti diri mereka. Bukalah ruang dalam diri kita untuk menerima kepelbagaian nilai individu, semuanya unik dalam cara masing-masing dan elakkan prejudis serta judgmental. Hargailah perbezaan. Selektif untuk kegunaan peribadi, bukan assertive untuk mengubah identiti orang sekeliling secara paksa.

Andaikata ada tindakan kita yang secara tak sedar mengesankan identiti orang sekeliling secara destruktif, bantulah ia pulih. Kerana manusia lemah dan tak berdaya jika tiada identiti..
macam tunggul!

Monday, January 25, 2016

Saygor

Blogging boleh jadi satu aktiviti mental yang buatkan si penulis/pembaca penat, dahaga & lapar. Bila jadi macam tu kenalah makan. Oleh itu kali ni nak tulis pasal macam mana nak buat saygor (sayur goreng) untuk makan. tudia aih mukadimah justifikasi. Post resepi la ni senang cakap kahkah.

Ada macam-macam style masak, dan berikut adalah style memasak sap sap soi bujang - ringkas, ekonomik, berkhasiat (kind of) tapi tak semestinya cepat (bergantung kepada skill). Aku cuma reti masak beberapa juadah je, ikut selera tekak aku. Saygor jadi pilihan sebab harini cuti Thaipusam & ini yang aku masak.

Bahan-bahan:
-Sayur-sayuran (ikut suka makan sayur apa. Tak kisah, semua boleh campur).
-bawang putih & bawang besar.
-Ayam/daging (sebab aku bukan herbivor).
-sedikit sos tiram & kicap manis.
-sangat sedikit minyak masak
-perencah SayGor Adabi.

Cara-masak:
1)Potong semua bahan ikut kesesuaian takkan tu pun susah kan.
2)Guna sikit je minyak, tumis sebentar bawang putih & bawang besar dengan ayam/daging sampai 3/4 masak camtu. Asingkan.
3) Guna pot kuali sama, goreng kilas sayur-sayuran tanpa tambah minyak baru. Tapi masukkan 3 4 titis kicap manis cair sekadar nak bagi moist sikit nanti kering sangat kang cepat hangus.
4) *Kalau ada guna sayuran yang lebih tough macam mcm kacang panjang, terung, bendi dll; goreng depa ni dulu bagi lembut sikit. Lepas tu baru campur sekali dengan sayuran lain yang less tough. Pasal kita tak mau goreng sayuran jadi terlampau layu, tapi taknak mentah2 sangat yang kalau campak kat tanah boleh tumbuh lagi.
5) Bila dah nampak sayuran layu sikit, tambah ayam tadi. Kacau2.
6) Masukkan 1 pek perencah SayGor (dengan 1/4 cup air), dan sesudu sos tiram.
7) Kacau lagi sambil menyanyi dan menari lagu kegemaran anda.
8) Siap untuk hidang & makan. Lepas makan jangan tangguh basuh semua alatan dapur yang dah guna tadi kalau tak nanti yilekkk.

Sekian.

Thursday, January 21, 2016

Hunger games

Baru-baru ni viral di media sosial tentang kes mahasiswa tahan kelaparan sampai sakit di sebuah ipt. Susulan tu timbul jugak beberapa laporan lain tentang keadaan siswa/i yang tak mampu makan dengan proper di lain-lain ipt. Respons netizen macam-macam, ada yang bersimpati & ada yang suspicious macam mana boleh jadi sampai macam tu. Tak kurang juga yang main blame game.

Individu-individu yang dilaporkan media ni lebih tahu tentang keadaan sebenar situasi mereka. Pasti ada sebab jadi macam tu, walau apapun sebabnya. Aku pun tak follow sangat cerita ni, jadi aku suspend sebarang judgement dulu.

Perkara ni memang realiti di satu sudut kampus & perlu diberi perhatian, tapi melihat kepada sebegini cara coverage media dicampur pulak respons masyarakat ia jadi bad press untuk komuniti universiti. Kompetensi mahasiwa/i sedikit sebanyak jadi questionable . Mungkin belajar pandai, tapi lemah survival & praktikaliti sampai aspek penjagaan diri asas macam pemakanan pun tak terurus. Stigma ni of course tak bagus untuk mahasiswa yang dulunya satu perkumpulan yang dihormati & diharap2 untuk mengangkat masyarakat. Tapi chill dulu, sebab zaman di universiti ni sebahagian dari learning curve mereka juga. Belajar tentang segala.

Tapi betul ke kelaparan ni suatu penanda kelemahan? Isu ni memang sangat delicate, semuanya bergantung kat macam mana kita tengok situasi . Bila kita dengar berita orang kelaparan ni, memang emosi kita akan rasa simpati & tak boleh tahan kesian sebab kita bayangkan betapa sukarnya bagi mereka bila takde makanan macam kita.
(Tapi bagaimana kalau mereka sebenarnya happy & merasa kecukupan dalam simplicity tu?)

Yes.kelaparan nya bukan menggambarkan kelemahan & kedaifan..sehinggalah kita sendiri concede ianya sebegitu. Ada banyak school of thought yang menganjurkan kepentingan berlapar (secara deliberate) sebagai 'gerbang' ke tahap insani lebih tinggi. Contoh paling jelas ialah dalam Islam; bagaimana berlapar (berpuasa) jadi instrumen mengawal hawa nafsu & menanam sifat kehambaan. Selain tu, pemikir falsafah macam Aristotle, Plato & ramai lagi tokoh hebat setuju yang pemikiran lebih tajam bila berpuasa (lapar). Ajaran Buddha, Zen, dan lain-lain turut menganjurkan amalan berlapar dalam kaedah masing-masing untuk pensucian diri spiritually.

Cuma kalau tak cukup bersedia dan matang, pengalaman berlapar memang akan jadi serba tak kena. Perut kosong buat mood jadi cranky tak memasal, produktiviti drop sebab rasa tak bertenaga, jiwa kacau sebab tertekan bila membandingkan diri dengan orang lain, dan sebagainya.

Apapun, nutrisi badan adalah sesuatu yang no nonsense & patut diurus sebaiknya untuk kesihatan & performance aktiviti seharian. Dulu2 masa zaman universiti, aku pun ada ketikanya berlapar sampai rasa lembik je- bukan sebab ada masalah kewangan tapi sebab tak ada kawan nak makan sekali so aku pun skip skip skip je meal time dari makan seorang. Tapi dari situ akhirnya aku sedar, yang kita tak perlukan orang lain pun untuk sama-sama sertai buat sesuatu untuk gain sendiri (macam makan contohnya). Ever since, aku tak ada masalah buat semua benda sendiri2.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.