Sunday, June 26, 2016

tuitioff

Tempohari menandakan kelas tuition last aku mengajar- probably ever. As far as the foreseeable future at least.
Yep, sebulan lepas aku tender notis untuk stop tutoring sains & bio spm di pusat tusyen ni,sebab komitmen dayjob akhirnya catch up dengan commitment scheduling  yang aku buat selama ni- semakin sibuk, tampak sukar nak fit in keduanya-kena buat pilihan . Setiap hari pun balik rumah agak lewat, khuatir tak sempat bersedia untuk kelas tusyen pulak start 8pm.

Keputusan ni macam monumental stopper yang aku rasa agak nostalgik & melankolia juga. Sebab mengajar dah jadi sebahagian dari diri ni, sejak 2010 zaman undergrad mula terlibat. Ia dah jadi lebih dari part time job, side income, dll. Ia jadi ruang ekspresi diri, medan interaksi, berkongsi idea & mengembangkan ilmu. Jumpa generasi muda, setahun setiap sesi dengan mereka.

Minggu last tu bila student tahu aku dah akan stop mereka selepas raya, mereka cuba kawtim dengan pusat tusyen & ready ubah jadual tusyen ke hujung minggu, semata-mata supaya aku kekal mengajar (weekend tak kerja kan). Im flattered & felt appreciated, tapi aku enggan terima seperti itu, bukan sebab aku tak mahu mengajar...tapi berpendapat mereka diperingkat usia ini, perlu jugak spend masa kat benda lain pada hujung minggu. Weekend untuk lead a life, berhobi, bersosial, beraktiviti. Sebab dihari lain jadual budak2 sekarang padat dengan segala macam pengisian akademik dari pagi sampai malam.

So yeah, bukan nak jadi dramatik tapi bila stop tusyen ni aku rasa disconnected dengan manusia lebih lagi la. Mereka2 lah insan yang aku jumpa setiap malam hari selepas seharian bekerja dalam bidang yang minimum interaksi manusia, banyak dengan komputer & interface.

Tapi aku gembira sebab ada part ni dalam filmroll hidup aku.



Thursday, June 16, 2016

Speedmart

Di kg.jenderam ni segala perusahaan yg ada semua dari anak tempatan. Kedai runcit Man Kodai, Warung Aman Shah, Bengkel Firosima..
Tapi semalam dah Speedmart99 rasmi start beroperasi. Kedai so-called ada 'nama' yang pertama bukak kat kg ni...rasanya susulan pembangunan giat 2 3 taman perumahan baru dlm tahun kebelakangan ni.

Aku tahu pasal Speedmart nak bukak ni  6 bulan yg lepas lagi, aku ingat time satu khutbah jumaat ni, khatib ada alert jemaah pasal minuman beralkohol yg turut di'carry' oleh semua kedai Speedmart, termasuk yg ura-ura nak bukak ni. Masyarakat kampung tak selesa ada benda seumpama tu dijual di bumi Jenderam, sebab penduduk sini semua Melayu Islam. Takut bala Tuhan, dan nak jauhkan pengaruh kpd anak2 kg.
Time tadi aku 1st time pergi singgah Speedmart sebelum berbuka, tengok ada jual je minuman keras semua tu. Selepas ni tak tahu lah.

Tapi unik terasa. Harini hari pertama, banyak kereta motor orang Kg singgah tengok Speedmart ni. Aku terperasan, bila pakcik masuk je dan disapa selamat datang (atau tak) oleh cashier, terus depa pergi salam tangan kat kaunter. Real macam datang rumah orang fulakss..
Aku suka juga ada Speedmart bukak ni. At least tak payah lagi aku pergi jauh nak beli susu segar dan groceries yg aku nak (kebanyakan kedai kg tak jual). Kalau lari2 weekend nanti pun ada lah juga tempat baru boleh singgah, refuel station.

Seusai aku siap beli barang  menuju motor, pakcik yg baru tiba tegur tanya. "Milo yg tu berapa". Aku jawab "rm 8.30 yang ni" sambil aku tunjuk tag harga kat dia yg belek2 tengok.
"Murah sikit la sini" tambah pakcik sambil angguk2 muka approval. "Ha murah barang kat sini, pilihan lebih sikit" sambung pakcik lain berdekatan yang terdengar perbualan kami. Seorang makcik berhampiran turut memberi komen, lalu menyaksikan borak2 harga barang dapur bermula didepan Speedmart sore itu..
Speedmart. Jenderamized.

UPDATE: seminggu kemudian aku pergi singgah lagi, semua alcoholic beverages dah tiada dalam freezer atau mana2 dalam Speedmart. None. Nada.

Friday, June 10, 2016

Despite all I am still a kid inside

Tuesday, June 7, 2016

The Greatest

Pada 3 Jun lalu Muhammad Ali meninggal dunia. Aku takdelah follow beliau sebelum ni, sikit sangat yang aku tahu selain dari legasi dia sebagai boxer terkenal- dubbed The Greatest.

Tapi selepas tu aku nampak betapa terkesannya dunia dengan pemergian Muhammad Ali. Seorang insan melangkaui sekadar seorang figura sukan boxing- menyentuh ramai orang dalam banyak latarbelakang. Impak Muhammad Ali besar dalam kemanusiaan, keamanan sejagat, politik. Inspirasi banyak pihak.

Sama macam David Bowie yang meninggal tak lama dulu juga,
Semua ni mengingatkan aku betapa pentingnya kita ekspresikan diri dan serlahkan kebolehan yang ada. Lakukan perwatakan kita tak kira betapa eksentrik atau tinggi self-doubt yang ada, sebab itu tanggungjawab kita kepada soul kita sendiri. Dan juga tanggungjawab kita untuk warnai dunia yang kita lalui dengan corak dan cop mohor unik diri kita sendiri. Tinggalkan impak dan kesan dalam perjalanan hidup ini. Tanggungjawab kita juga untuk expose kepada masyarakat sekeliling yang orang seperti kita ini juga- wujud.

AL-fatihah & balasungkawa buat Muhammad Ali.
"The Greatest"

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.