Thursday, August 11, 2016

RPG parenting

Tahun 2010 aku ada menulis entry opinion, mengatakan bahawa gene expression adalah salah satu sebab yang mempengaruh & mengaruh (induce) seseorang pilih pasangan hidup dia. Allegedly, seseorang tu subconsciously pilih pasangan yang ada fenotip (ciri-ciri fizikal) yang dia ingin ada jugak pada anak dia nanti. Pendek kata, pilih pasangan sebab berkenan sekian2 trait, dan nak grab trait tu perturunkan ke zuriat. Later on aku expand thoughts ni untuk include jugak behavioral trait/perangai yang non-genetic..macam sifat2 yang dia berkenan pada pasangan- nak anak dia ada sifat macamtu jugak.

**************************lelz

Tahun 2016, satu thoughts lain pasal subjek kekeluargaan ni. Iaitu:
"Parenting & mempunyai anak ni didorong oleh excitement dalam diri yang suka main game quest RPG"
Terfikir macam ni tu.. bila perati young parents dengan anak kecil mereka. Dalam real life mahupun videos gelagat2 kanak-kanak vibrant yang dipost oleh proud parents. I'm moved with what I see.
-Tempohari masa dalam bookstore aku nampak seorang ayah dengan daughter kecil dia menyanyi2 tajuk buku random kat shelf.
-Haritu jugak aku perasan kat kedai makan seorang bapak ni layan anak lelaki dia berceloteh itu ini pasal sekeliling sambil makan.
-Baru2 ni tengok tv, dalam Qari Jr final Erwan Muhibbain surprise anak dia Sofea dengan nyanyikan lagu dari backstage.

Bila tengok keletah kanak2 innocent yang sungguh optimist & well- eccentric dalam ekspresikan diri mereka, macam menyanyi depan cermin, cakap benda2 yang cutely inspirational, atau eloquent dalam argue sesuatu..dalam hati rasa...pehh.
rasa...woww.
Parenting ni memang lah mencabar- tapi ianya satu peluang mencorak/membina satu karekter from scratch yang kalau difikirkan,- samalah macam main game RPG (Role Playing)!.
Bina watak  dengan kebolehan2 & ciri sekian2 untuk lalui satu perjalanan dengan steady.
The liberty at (parent's) hand is..very exciting! To shape & build the outlook & ability of a human..is very very very out of the world.
Macam apa yang buat gamers addicted bila main RPG. 

Kalau ada anak nanti,
nak asuh dia jadi seorang yang athletic, berfikiran luas, bilingual, dan berani untuk ekspresikan kreativiti dan diri nya sendiri tak kisah penerimaan orang macam mana. Dan macam-macam lagi lah.

Kuat berangan

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.