Sunday, June 26, 2016

tuitioff

Tempohari menandakan kelas tuition last aku mengajar- probably ever. As far as the foreseeable future at least.
Yep, sebulan lepas aku tender notis untuk stop tutoring sains & bio spm di pusat tusyen ni,sebab komitmen dayjob akhirnya catch up dengan commitment scheduling  yang aku buat selama ni- semakin sibuk, tampak sukar nak fit in keduanya-kena buat pilihan . Setiap hari pun balik rumah agak lewat, khuatir tak sempat bersedia untuk kelas tusyen pulak start 8pm.

Keputusan ni macam monumental stopper yang aku rasa agak nostalgik & melankolia juga. Sebab mengajar dah jadi sebahagian dari diri ni, sejak 2010 zaman undergrad mula terlibat. Ia dah jadi lebih dari part time job, side income, dll. Ia jadi ruang ekspresi diri, medan interaksi, berkongsi idea & mengembangkan ilmu. Jumpa generasi muda, setahun setiap sesi dengan mereka.

Minggu last tu bila student tahu aku dah akan stop mereka selepas raya, mereka cuba kawtim dengan pusat tusyen & ready ubah jadual tusyen ke hujung minggu, semata-mata supaya aku kekal mengajar (weekend tak kerja kan). Im flattered & felt appreciated, tapi aku enggan terima seperti itu, bukan sebab aku tak mahu mengajar...tapi berpendapat mereka diperingkat usia ini, perlu jugak spend masa kat benda lain pada hujung minggu. Weekend untuk lead a life, berhobi, bersosial, beraktiviti. Sebab dihari lain jadual budak2 sekarang padat dengan segala macam pengisian akademik dari pagi sampai malam.

So yeah, bukan nak jadi dramatik tapi bila stop tusyen ni aku rasa disconnected dengan manusia lebih lagi la. Mereka2 lah insan yang aku jumpa setiap malam hari selepas seharian bekerja dalam bidang yang minimum interaksi manusia, banyak dengan komputer & interface.

Tapi aku gembira sebab ada part ni dalam filmroll hidup aku.



No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.