Tuesday, November 24, 2009

of witty phrases n crafty says


just another random thoughts. mari2 kita fikir.
semalam petang ade sesi debat2 untuk adik2 junior. aku pon bagi motion pasal ppsmi..
dan time2 tgh debat tu aku terfikirkan mende ni,

well,
aku sendiri sbnarny banyak gak guna english dalam writing. dalam blog pon. dalam percakapan tengok orang n time gak.
kecenderungan jd lebih ekspresif dlm english in writing (and conditional in verbal) ni tak bermakna aku value bahasa inggersi lebih tinggi dari bahasa aku orang melayu,
sbnrnya sbb ape? yes mungkin sbb ade background dulu dlm team debater english minggu bahasa, n i enjoy english very much...tp adekah sbb somewhere english ni better dan lebih pemberatnya berbanding bahasa melayu?

bagi aku, bahasa melayu sebenarnya lebih tinggi nilai dan sifat berbanding bahasa inggeris, dan mungkin juga bahasa2 lain. mungkin?
bukan sekadar bahasa kamunikasi dan bahasa ilmu, tapi sbb pengajaran yang tersirat dalam bahasa melayu ni.

bahasa melayu penuh dengan didikan dan penuh dengan tatacara. semuanya tersirat sebenarnya. dan memupuk nilai adab sopan dan courtesy dalam masyarakat melayu dan negara yang mengamalkan bahasa ni.

laras bahasa dalam bahasa melayu ada macam2.
untuk address orang len saje dah ade macam2.

mak kepada mak kita dipanggil nenek dan sentiasa dipanggil nenek. mungkin juga opah, tok wan, ma , mek etc. tp sume tu tetap menunjukkan hormat ke atas taraf nenek tu. get it?

dalam panggilan sesame keluarga ni ade ayah, mak. dalam adik-beradik pulak ade kakak, abang, adik (cik,ngah,ucu dll).

kat sekeliling ni pulak ade pakcik/makcik, abang, akak, cik, puan dll..macam2 lah.

condsider the statements below.
"ayah, man nak keluar pegi kedai jap. adik, cepat la along dah nak pegi ni .nenek,cu pegi dulu..nenek dah makan ke?"

"awak tunggu dulu, saya nak siapkan ni kejap ye"

"kau ni kena la sabar sikit,aku pn dulu tahan je"

"cikgu siti, saya nak tanya sikit ni..cikgu tau x pasal soalan ni?"

kalau english mesti die cakap.

"dad, i want to go out for a while. Hurry up Don (terus panggil nama adik) i want to go now. grandma ,i'm going now..have you eaten?

"you wait for a while, i want to finish this first"

"you just need to be patient, i've beared it too before"

"Miss Siti, i want to ask you a lil'.do you know about this question?"

1 aspek dalam english,
tak kira lah kite ni sape2 pon along kpd adik2 ke, cucu kpd nenek ke sape2 ke, kite akan sampaikan diri ni sebagai 'i' jugak. semua sama je taraf.

dan kita akan panggil nenek kita, ayah kita,mak kita, cikgu kita, senior kita, felo kita, semua lah..dengan 'you' ataupun nama terus. kita 'i' dan dua 'u'

dan dalam b.m ni bermacam2 laras bahasa yg kita guna untuk address setiap pihak yg bbeza pangkat umur dalam perbualan, sebagai tanda hormat.
'kelecehan' yang diwujudkan untuk panggil setiap orang yang tarafnya berbeza ni sebenarnya membentuk acuan untuk lebih hormat menghormati. kita bercakap dengan sopan dan beradab.

nak panggil orang lain kalau dalam keluarga ada panggilan macam2. dan kalau orang lain pulak ade jugak saya-awak, kau-aku dll.


dan bahasa melayu sebenrnya mengajar kita lebih menghormati antara satu sama lain.


nested random thoughs:
kalau english, kita bole panggil orang yang kita suka dan cinta tu dgn i-u je.
tapi kalau b.m pulak, dah lama berkawan n kenal2 ni cakap panggil aku-kau, last2 dah suke ni nak start cakap saya-awak mesti rase lain sket.
ini la cabaran ye dak?
:D



2 comments:

Lucy S. said...

i agree. finally,seb bek alin phm this post. previous post alin x phm mende pom.

...sarah n... said...

ini...


keme.

post ni...ada maksud tersirat ke?

hohoho!

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.