Sunday, July 5, 2009

.misi dapur berasap.

pagi bermula dengan tenang.
dekat2 tengahari pon masih boleh tahan tenangnya.
steven gerrard dan kris allen masih berada dalam bilik sambil melakukan akitiviti masing-masing.
kris allen dikejutkan dengan bunyi perut beliau sendiri yang menandakan sudah masuk waktu makan bagi perut beliau dan perut-perut yg sewaktu dengannya .
steven gerrard adalah rakan kris allen yang pada sesi lepas merupakan rakan serumah kris allen di kolej . kris allen pula singgah bermukim di bilik steven gerrard dalam perjalanan pulang setelah beliau mencandat sotong dalam usaha membiakbakakan populasi penyu belimbing di daerah seberang takir.tranung kite boh!

selepas bermensyuarat ad-hoc . steven gerrard dan kris allen bersetuju untuk keluar ke midV untuk membeli barang-barang dapur untuk meneruskan kemandirian dapur di bilik itu agar terus berasap . selepas perdana menteri meluluskan bajet , steven gerrard dan kris allen pun memecut ke midV menaiki tenggiling bernama LC . midV tidaklah jauh hanya suku marhalah dari kedai cendol pulut di Planet KulitKerang , semasa perjalanan fikiran kris allen mengelamun ke Timor Timor.

sampai di midV steven gerrard dan kris allen terkesima apabila melihat sebegitu banyak barang-barangan dapur . ikan-ikan dan ayam serta makcik2 desperate housewives memenuhi ruangan penglihatan monoskopik mereka . peluh dingin mula menitik.namun mereka tak pernah lupa bahawa mereka lapar..dan mereka bolos saja dinding itu dan mengambil satu sarang telur yang berharga rm 9.30.

mereka mencari-cari tujuan mereka berada di pasar MidV itu . mereka terlupa bahawa mereka bukanlah orang yang biasa dengan suasana sebegitu . mereka terasa diperhatikan oleh brader penjual ikan kembung serta tauke sawi yang berpura-pura menekan sempoa . akhirnya mereka mencapai garam , perencah nasi goreng berbagai jenama , roti2 , dan kicap serta sos cili lalu membayarnya . kejahilan steven gerrard dan ke'overconfident'nan kris allen telah menyebabkan mereka menuduh daun ketumbar sebagai daun sup . mujurlah aaron aziz menjernihkan suasana dengan memberikan mereka daun sup yang sebenar ketika hendak membayar barang-barang yang dibeli . aaron aziz sedang dalam penggambaran filem dengan watak sebagai abang gores dan menang di kedai bekam berhampiran.


steven gerrard yang mulai panic at the disco mengambil jalan backup iaitu dengan membeli beberapa makanan segera dalam tin . senang pada hemat mereka.memang senang .
masa yang mereka luangkan di tempt itu sesungguhnya tidak berpadanan dengan item yang berjaya mereka beli . mereka main sebat aje . ad-hoc.

mereka nyaris-nyaris pulang ke HQ apabila suasana sekeliling tiba-tiba bertukar kecoh apabila mereka membeli perencah nasi goreng namun mereka tak memiliki apapun perkakasan dapur yg boleh menampung proses memasak nasi goreng itu . yang mereka ada di rumah hanyalah kuali leper saje . ulangsuara kuali leper . mujurlah steven gerrard bijak menenangkan suasana dengan membeli sebuah periuk bujang sebab kuali sangat mahal rupanya.baru tahu . mujur beli jikalau tak membazir nanti.
mereka lega apabila berjaya menamatkan misi dapur berasap.




apabila mereka pulang ke rumah mereka terdiam apabila tiada apapun alatan yang boleh digunakan untuk membuka tin-tin makanan itu .



*****cricket sound******


oh mengape la tin makanan tak ada zip ?
khkhkhkhkhkhkhkhkhkh











p/s: watak-watak ini semua orang lain jauh2 punye takde kaitan punyelah


6 comments:

sharamli said...

bkk pakai gigi

aireen nabila said...

hukhuk~
sengal kuase 2 =]

...sarah n... said...

menarik tin mknn ada zip.boleh masuk american inventor.

haifa said...

keme..
org dh tukar link ke my blog..
nk infrom 2 je..makasih ya..:)

~ i K i N ~ said...

bukak ah gne pisau...
kn bley je bukak... kot

get well soon~~

aira said...

roy~
ko kan otomen..
kuat kan??
bukak la sndiri ngn kuase otomen ko tu...

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.