Tuesday, July 14, 2015

Rocky the story: Pt. 6

Dokter kata nanti bila Rocky boleh balik dia call. Dah masuk hari ke-13 tu takde call pun lagi. Masa mula-mula kami checkin kan Rocky masuk wad dulu sesama kami ada jugak berteka tekuk berapa lama agaknya klinik ni nak tahan Rocky, bukan apa sebab nak budget cost je. Agak mahal jugak wad kucing ni. Memang nampak kucing lain yang stay sini semua baka mahal-mahal pun, kucing ada2. Yang kami duk plan kalau dah settle apa yang klinik nak buat, bagi Rocky balik rehat lah lepas tu & kami beli la ubat ke vitamin ke makanan tambahan semua yang Rocky perlukan tu. Kami boleh je adjust pakat-pakat tengokkan & sambung jaga Rocky. Sekali sekala nanti bawak la pergi klinik buat checkup, sampai la dia sembuh 100%. Alah sama macam kalau jaga orang sakit baru keluar hospital. Plannye macam tu la.

Lewat hari itu juga Dokter klinik haiwan ada call.

Rocky dah balik. Bukan kepada kami, tapi kepadaNya. Rocky berlawan macam fighter sejati sebelum tewas kepada Pneumonia yang dah melarat di paru-paru nya. Rocky meninggal dunia petang itu di klinik haiwan akibat komplikasi organ.

Tearss.

Innalillah.Terkamjat terkujat terkebek sedih semua ada. Kami bukan prepare untuk macamni. Iyelah, bukan sedikit harapan kami untuk tengok Rocky sembuh. Apatah lagi sebelum ni nampak macam okay. Dan bukan sedikit jugak gambar & video Rocky yang ada dalam phone aku ni aku ambik dari waktu first jumpa dia sakit, masa tunggu dia sudah berak nak hantar dia pergi klinik dulu, gambar hari-hari masa melawat dia..semua lah aku tak lupa ambik gambar. Hasratnya nak dokumentasikan kisah #saveRocky ni dengan happy ending. Tapi ajal Rocky dah sampai dulu, apapun dia dah berjuang dengan penuh semangat..sungguh Rocky.

Projek #saveRocky berakhir bersamanya. Benda #saveRocky ni kami buat atas dasar sayang sesama makhluk. Banyak juga kami belajar tentang satu sama lain dalam proses ni, terima kasih Rocky. Semoga apa yang kami lakukan ni ade ganjaran di akhirat sana. Terima kasih kerana bagi peluang untuk kami.

Apepun aku tetap akan dokumentasikan juga kisah ni. Biar abadi disini. Inilah cerita kucing yang kental;  Rocky the story.

-tammat

2 comments:

cik ziedya izara said...

😮😢

Semoga tenang di sana Rocky

lokman.keme said...

Meow miau (tq human)
-Rocky

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.