Tuesday, April 28, 2015

Travelog

Tempohari aku ke pbakl2015 kat pwtc. Usha-usha tengok buku apa yang berkenan di kalbu disamping cari judul buku yang bapak aku kirimkan.

Ni 1st time aku pegi PBAKL, walaupun memang aku minat buku tapi selama ni tak pernah datang pula pesta tahunan ni.  Ayah aku kata dulu2 masa dia muda duduk KL memang tradisi dia pergi pesta buku ni. Jadi dia suka aku teruskan tabiat mengejar ilmu melalui pembacaan buku yang tak prejudis. Mungkin aku dapat pengaruh hobi membaca ni dari ayah aku. Banyak buku dia baca kat rumah, dan muda2 dulu dia jadi kolumnis freelance dalam majalah Massa.

Apapun aku betul2 percaya yang setiap pesta buku menghimpunkan jenis dan corak buku yang berbeza pasal tu la berbaloi untuk pergi melawat semua. You can feel it in the atmosphere.Sebelum ni aku xpernah miss big bad wolf dan book xcess punya je dan kerap lepak di borders & MPH baca2 buku free, tapi tak pernah datang pbakl. Bila datang aku dapat rasa semangat yang berbeza dari himpunan buku2 yang berbeza dari yang aku biasa jumpa. Karekter yang berbeza.

Satu tarikan yang aku dapat secara peribadi adalah fenomena buku indie yang melanda sekarang ni, sebelum ni aku tak ambik port sangat tapi di pbakl kali ni banyak exhibitor penerbit indie ambik bahagian. Aku usha-usha dan baca..dan beli. Menarik. Jadi bertambah lagi satu faction bahan bacaan iaitu buku2 indie ni.

Dan aku terinspirasi untuk mula menulis travelog aku sendiri hanya untuk rujukan dan kenang2an. Aku tengok buku indie berdasarkan pengalaman mengembara ni, aku rasa aku pun ada material yang cukup dan boleh buat penulisan jugak.

Jadi sekarang aku tengah susun bahan dan akan tulis travelog pengalaman aku berkelana solo ke Jepun selama 15hari pada Febuari baru-baru ini. Dan lepas tu mungkin tentang kisah travel2 aku yang lain.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.