Wednesday, April 8, 2015

Paradigm shift

Aku satu ketika dulu ada visi & misi tipikal macam kebanyakan orang. Kira macam plan kehidupan la..benda-benda nak capai kerja stabil dan terjamin, beli itu ini, ada itu ini, kahwin & berkeluarga, hidup steady sampai tua ,lepas tu spend persaraan dengan simpanan/investmen, di rumah sendiri yang nice. You get my point. Bayangan kehidupan dihari muka macam yang kita tahu dari cerita2 orang sekeliling & media. Follow template macam tu.

Tapi bila aku tengok peta dunia, aiii goyang terok pulak. Tak kan seluruh kehidupan kita yang sikit punya lama (insyaAllah) & penuh dengan usaha nak capai semua yang diidamkan tu, semua berlaku dalam titik kecik cenonet tu je? 

Tanah luas yang lain-lain tu kita tak akan sampai eh? Tak tahu ape yang ada kat sana sampai bila-bila? Oh mennn..sedihnyeh. Ruginyeh.

Jadi oleh sebab aku rasa kehidupan tak sepatutnya statik dihabiskan kat satu tempat je, dan kita bila-bila boleh mati..travel keluar dari titik kecik tu pon aku jadikan sebahagian dari misi & visi hidup sekarang. Kalau usaha, mesti dapat kann..kesihatan dan tenaga yang ada pada masa ni boleh bantu eksplorasi ketahap lebih jauh berbanding dihari tua. Tu antara idea nye.

Setakat ni, alhamdulillah rasa lebih alive bila dapat menjelajah keluar & tengok 'saudara2 jauh' kita. 

Paradigm shift gitu.

Apapun terpulang kat masing-masing. Entah kenapa bila borak2 dengan rakan sebaya pasal keterujaan yang ada pada travelling ramai respon "sekarang bukan masanya untuk travel..Sebab sekarang lagi penting kumpul harta dan bila semua dah beli & ada lagi duit lebih, boleh lah travel2."(Aku rasa mereka silap faham travel a.k.a mengembara, dengan satu lagi iaitu melancong). Fair enough. Tapi respon mereka lagi bila aku berkongsi pengalaman adalah "Eee seronoknya..aku pun nak.." Jadi mungkin ada konflik interests disini yang aku cuba rungkaikan.

Travel ni satu mindset. Bukan sekadar keberadaan jasad kesana kesini tapi minda yang sedar muhasabah & hargai pengalaman yang dilalui. Dan mindset travel bagi aku bukan totally untuk mencari rehat & hiburan, tapi 'pencarian & penemuan'! di bahagian2 dunia lain, dan jugak dalam diri kita sendiri. Travel dengan mindset macam gini ni simple je, tapi tak mudah sebab fuel utama adalah semangat, dan jiwa. Duit tu secondary, dengan kewangan minimal pun boleh usahakan something . Travelling yang true ni penat. Komitmen yang terlibat  dari peringkat planning, ticket hunting, kumpul duit, research2, komunikasi dll sampai habis amatlah banyak dan berat.Keseronokan & kesenangan tu akan datang kemudian. Kadang2 keadaan aku di tempat yg ditravel tu macam homeless pun ada lagi-lagi kalau solo travel. Haha. 

Travel secara mudah pun boleh, tapi fuel utama dia memang duit. Ada duit bayar je pakej & guide kemudian just ikut je apa yang diaturkan dengan semuanya disediakan selesa cukup. Pergerakan kesana sini semasa travel pun smooth je. Makan minum, luggage, semua akan ada pihak uruskan. Tapi bagi aku,depth pengalaman tu banyak la yang hilang.

Apapun aku percaya, semua nya perlu bersederhana dan yang penting jangan melangkaui kemampuan. At the end of the day, ianya berkaitan apa yang diri kita dapat. 

Sekarang ni, kos2 untuk travel boleh jadi rendah serendah2 yang seseorang tu sanggup usaha. Ada banyak pilihan penerbangan/pengangkutan, penginapan, aktiviti dan lain lain. Beberapa solo travel aku sebelum ni zero expenditure pada penginapan, dengan ihsan hosts dari couchsurfing. Makan minum boleh budget sendiri, kalau bawak supply/masak sendiri banyak boleh jimat. Apapun orang diluar sana banyak yang baik2.

Aku takdelah banyak duit, dan of course lah sayang setiap sen yang aku dapat. Tapi aku langsung tak anggap  travelling ni sia-sia, tapi sebagai satu pelaburan in a way..dan aku rajin gigih mencari jalan memanfaatkan pilihan2 ekonomikal yang ada untuk aku boleh travel. Yang paling untung, parents aku support hobi ni & aku perasan mereka selalu cerita dengan rakan2 mereka pasal negara2 yang aku lawati.

Hidup ni memang satu perjalanan. Travelling boleh reflect banyak perkara bagi mereka yang berfikir dan open untuk belajar. Untuk katarsis.


No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.