Monday, March 8, 2010

bicara cinta

salam dan selamat sejahtera,moga kita semua berada dalam perlidunganNya sentiasa.

hoho lama jugak entry ni nak jadi ditulis, sehinggakan entry2 lain sempat naik dulu..tapi kini, aku mulakan jugak apa yang aku nak share sekian lama,

kalau kita yang berada di UKM ni perasan, wujud satu fenomena baru-baru ini yang mempersoalkan dan membangkitkan hal kerohanian dan perhubungan. Di mana satu trend telah melanda dan aku nampak pattern nya.iaitu kebanyakan forum2 agama dan islamik semuanya berkisarkan hal-hal perasaan, perhubungan, dan CINTA.
err..motif asal CINTA je PINK terus tulisan??Ok2 la fine ;p

lihatlah kolej2 kediaman dan karnival2 dengan tajuk forum seperti 'Aku Sayang Padamu','Aku Terima Nikahnya..' dan 'Siapakah Yang Bertakhta DiHatimu?' dan lain-lain lagi lah.

ada yang berpandangan trend ini tak patut sebegini, dengan menggunakan modal CINTA sebagai tarikan untuk warga2 kampus hadir. seolah-olah tiada topik lain yang menarik minat orang-orang muda sekarang untuk pergi ke forum perdana..macam tiada benda lain yang mampu menarik minat remaja melainkan CINTA...seperti terdesak untuk membawa orang muda memenuhkan saf2 dalam forum2 perdana hal ehwal islam.

ye lah..tapi belum cuba belum tau.
aku pon try la pegi nak test tengok ape sebenarnye keadaannye ni.

Sebenarnya forum-forum ini semuanya kena pada tempatnya, bilamana nampak sekarang apa masalah utama yang dialami oleh remaja adelah berkenaan CINTA. sekarang adelah musim2 orang-orang muda tetiba rasa itu dan ini berkenaan dengan CINTA, mencari-cari makna dalam diri sendiri.

not to mention, gejala sosial yang menyedihkan macam kes2 buang anak ngan kes2 pergaulan bebas ni semuanya berakar umbi dari pemahaman yang salah terhadap CINTA.

ni serba sikit berkenaan apa yang dikatakan dalam forum yg aku pegi tu.

1) kamu semua dekat Universiti ni memang biaselah, semua kamu semua ni dalam pencarian. Sedang mancari erti CINTA, kamu sedang reaserch mende tu..kamu ni seorang RESEARCHER la sebenarnya. (erk!?)

2)manusia memang akan tunduk kepada nafsu jika diberi pilihan berbanding dengan kebaikan..memang itulah yang akan manusia lakukan..kerana inilah ISLAM diturunkan, sebagai panduan kpd manusia!

3) bukan potong, tp REPAIR (yg ni..heh)

4)kisah Jabir yang memilih pasangan janda berbanding anak dara sebagai isterinya..lihat disebalik itu..(ni 1 hadis)



banyak lagi yang diperkatakan dalam forum-forum sebegini..
memang melihatkan dalam blog2 teman dan rakan sendiri, yang mana kebanyakannye semua mengenai isu2 CINTA..dan dalam facebook pon melambak duk main pasal ni je.maka terbukti la topik2 sebegini harus dengan keadaan remaja sekarang, yang perlukan bimbingan dalam ertikata CINTA yang seharusnya dan selayaknya sebagai seorang hamba Allah.

kebanyakan menggunakan dan menerima definisi yang pelbagai..dan menusia sendiri jugak yang menafsirkan hal2 CINTA ni..habis tu bimbingan oleh islam siape nak pakai??


remaja memang dalam proses rasa inginkan seseorang untuk menyayangi mereka secara 'special' sikit. sebab persekitaran mendidik sebegitu. namun sepatutnya begitukah?

ianya terpulang pada apa pendapat masing-masing mengenai apa maksud sebuah perhubungan itu.

Jatuh cinta dengan seikhlasnya bukanlah mengenai diri kita, dengan kita memperoleh apa yang kita idamkan semata-mata. Cinta seikhlasnya bukanlah sekadar rasa ingin bersama. Rasa secure dengan pasangan ,dengan berbahagia bila mendapat perhatian daripada si dia bilamana kita belum berhak kerana seorang wanita itu adalah satu kehormatan..

Apa yang mampu kita berikan sekarang hanyalah kebahagiaan yang sementara, bila kita rasa secure dan ada orang ambik berat,itulah perkara2 yang buat kita rasa 'bahagia' so to speak. melihatkan ada yang mesej setiap masa tanda caring, dan menemani kita pergi ke mana-mana, itulah rasa bahagia.

Namun perasaan sahaja tidak mungkin mampu menjaga seorang wanita, jatuh cinta dengan seikhlasnya akan membawa rasa sayang sehingga inginkan yang terbaik untuknya. dan kamu akan berusaha untuk bersedia untuk pasangan kamu tanpa menaruh harapan menggunung akan sesebuah hubungan yang masih belum halal.

dan kamu akan ada perancangan untuk masa depan bersama pasangan kamu, tanpa mengetahui siapapun dia yang telah ditakdirkan itu. Siapapun dia yang ditakdirkan untuk kamu, kamu akan bersama-sama dengannya sebagai pasnagan yang halal dan memberikan kehidupan yang terbaik untuknya, yang senang dan selesa, yang bahagia dan terjaga, kerana kamu SAYANG dan CINTA sehingga kamu inginkan yang terbaik untuknya.

bukan rasa bahagia kini yang tak membawa kemana-mana.

bagaimana dengan kecintaan kamu pada ibu-bapa? pada keilmuan (yang amat kamu perlukan?) pada ahli keluarga dan pada agama? pada Allah?

namun kita masih lagi mencari kecintaan lain dan mengharapka pula kecintaan yang lain.

sedarilah bahawa apa yang kita cuba senangkan adalah perasaan kita sendiri bila mencari cinta kini.bila rasa frust dan dilema dengan pasangan. kehendak kita semata-mata. namun keperluan kita??

Andai kamu benar2 CINTA dan sayang, janganlah menjatuhkan kehormatannya dengan merebut CINTAnya sebelum tiba masanya..dan bersedialah untuk sediakan yang terbaik untuk kamu pada masa depan jika dia yang Allah takdirkan untukmu..dan jangan berharap tak kena pada tempatnya..halalkanlah hubungan kamu jika kamu betul-betul bersedia bila tiba suatu masa..kerana seorang wanita itu layak dihormati sebegitu.

Buat masa ini, sediakanlah 'template' kehidupan yang berjaya dan senang untuk kamu bersama-sama dalam hubungan yang halal dengan siapapun yang akan menjadi jodoh kamu.Kerana kamu tidak ingin mensia-siakan dan ingin membahagiakan pasangan kamu dengan memberikan yang terbaik untuk kehidupannya.

dan kekasih halalmu akan mengisi 'template' itu dan melengkapi kamu..dan bersama-sama hidup dengan bahagia dan senang sehingga bukan ke anak cucu, tapi ke akhirat insyaallah.

pendek kata, Memang pandangan orang mengenai sesebuah perhubungan tu lain-lain.that explains all.

wallahualam..



















trip to sg. tekala, 7hb Mac 2010

4 comments:

ika yunos said...

ok. i like this post. And stuju gile. Untuk cari 'cinta', first skali kenalah cinta Allah dulu. Sebab cinta sesama manusia tu dtg dari Allah jugak.

Anonymous said...

thumbs up

~roslinda~ said...

I like this post so much!~
setuju jua~
;)

elianesuriane said...

salute...!!!

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.