Sunday, April 24, 2011

kaki

Bile makan sorang2, membace suratkhabar yang guna buat bungkus makanan/buat lapik tempat makanan adelah satu habit yang sangat motip..kalau tak ade benda2 ringan yang boleh dibace sambil2 makan, akan cari jugak, sampai jumpa.

semalam makan malam dekat bilik, dan terperasan sesuatu masa tengah baca2 tu (ko ni makan ke bace?!)..well, multitasking~*nadagaya matlutphi*
Yang jadi bahan bacaan masa tengah makan tu adelah suratkhabar part sukan. tu yang dapat capai.cerita dia macam2 pasal bolasepak..

terperasan dalam semua cerita & artikel tu, bila cerita pasal pemain simpanan maka ayat2 dia adelah macam ni:
" ..berada di bangku simpanan"
"..telah memanaskan bangku simpanan"
lain2 pun macam sama jugak.

ni adelah rupe bangku simpanan tu.(sumber Google Image)




so ape yang nak cerita kat sini adalah,
bangku simpanan tu adalah tempat untuk player2 yang jadi standby in case ada ape2 injuries kat player utama dia akan ganti,
ataupon
dia duduk situ sebab dia underperform so dia bukan pilihan favourite untuk masuk team utama,ada lagi yang baik daripade dia untuk position tu.
tapi ni x bermakna dia main macam tak reti main..dia ada kat situ jadi player dah tu kot! kalau x pandai main dia xdapat masuk la sukan bolasepak ni..kann?

Dear Readers,
Tak pandai main bola ade digambarkan dalam Bahasa Melayu dalam satu peribahasa,
pernah dengar?sape tau angkat kaki tangannnn~
YES betul. kaki bangku..ok dah boleh turun tangan.
kaki bangku ni orang yang tak pandai main bola.

kenapa kaki bangku ni bawak maksud tak pandai main bola? ape kena mengena dengan bola? sape tau??heh2..

disini aku ada satu pendapat & pandangan lah.
Mungkin masyarakat kita ni, ada la somewhere along the way sepanjang peribahasa ni dicipta, dah timbul & terbawa pemahaman yang salah terhadap peribahasa ni. kalau kita zoom out kejap tengok the bigger picture..kaki bangku ni memang kita boleh faham kenapa laras bahasa dia macam ni.
i mean; guna perkataan "kaki" sebab biasalah dalam masyarakat penggunaan perkataan 'kaki' tu menggambarkan yang dia memang sinonim & lekat dengan perbuatan tu..macam yang kita boleh dengar kalau dia minat pergi gym, orang panggil dia 'kaki gym'.
dia minat tengok wayang, orang label dia 'kaki wayang'
tengok DVD --> kaki DVD.
suka shopping --> kaki shopping.
and the list goes on and on.

jadi bila kaki bangku? ---> selalu duduk di bangku lah! jangan ingat kaki dia bangku pulak ye.
so agak2 korang la kan, ape kaitan bangku dengan bola?

YES! dalam sukan bolasepak, bangku yang ada..ultimately associated dengan bolasepak adelah bangku simpanan. dalam bahasa inggeris memang dia punya term adelah 'substitution bench'..bench ni adelah bangku ye, bukan kerusi, meja,katil ataupun perabot2 lain.boleh check dictionary.
dalam akhbar Malaysia ada kadang2 ada dia tulis 'kerusi simpanan' ni kira variasi la, tapi sebetulnya adalah 'bangku simpanan' bersempena istilah universal 'substitution bench' ni.

SO the point is,
kaki bangku SEPATUTNYA berdasarkan logik akal aku adalah:
pemain yang main bolasepak tapi dia selalu jadi simpanan,duduk kat bangku simpanan & bukan jadi 1st choice untuk team utama. Sebab2 player boleh jadi simpanan dah aku sebut dekat atas tadi. sebab standy gantian in case ade injuries OR underperforming so bukan prioriti tp still standby.

the fact that
he's on the bench doesnt make him a 'kaki bangku' yang kita semua duk faham ni- yakni orang main bola tapi xpandai main kaw2 punya..yang sepak x kena & lain2 yang menunjukkan ke'noob'an main bola..
Kaki bangku (simpanan) ni pandai la~!
kaki bangku ni, sebab mungkin dia selalu start the game dengan jadi simpanan dulu (duduk kat bangku simpanan- so dipanggil kaki bangku). Even so,the fact that he's listed as the substitutes for the game ruled out any doubt for noobness la kan..kalau dia tak pandai main, dia tak masuk list pon sepatutnya~!buat bazir karan la kan. subs pon power & boleh turn the game around kot~

[ Up to this point, still,this entry is a hypothetical one.hipotesis aku je.so read & assess ]
I think it make sense, isn't it?

okay so thats the thought that i got when i was having my dinner yesterday while reading a newspaper.thanks for stopping by!

saya rasa ini kes serupa macam peribahasa 'bagai melepaskan batuk ditangga'
cuba fikirkan..bila difikirkan balik, melepaskan 'batuk' ditangga? batuk2? cough2? dekat tangga??? ape kaitan dengan maksud yang dibawak tu?? iaitu "buat sesuatu dgn x sempurna & cincai2"
Sebenarnya semua..yang betul adelah "Bagai melepaskan BATOK di tangga"..Batok yang betul,bukan batuk2 yang jadi bila sakit tekak tu.

gambar ni adelah batok (sumber Google Image). sekarang kalau korang untung dapat la tengok kat kampung2..kalau ade lagi la orang buat.


BATOK ni alat cedok yang orang2 melayu guna untuk basuh kaki sebelum naik ke rumah. dia ni satu set dengan tempayan air yang ade kat setiap tangga rumah2 orang dulu2.
So maksudnya bagai melepaskan batok ditangga ni, macam cedok air basuh kaki tapi lepas tu x simpan balik-tinggal dekat atas tangga je, buat sambil lewa je terus naik rumah.
Macam ape yang nak disampaikan dalam kes 'kaki bangku' tadi,
somewhere along the way dalam peredaran masa, pemahaman yang salah dah timbul & terus macam tu je...batok, jadi batuk..

:)

6 comments:

mizzbutterfly said...

luqman..ko nih always think out of box kan..how come bolh jadi mcm ko nih...hehehe thax for sharing..

lokman.keme said...

wani~
time kaseh~
thanx sebab sudi singgah ke blog ni :)

mizzbutterfly said...

ahhah as selalu yg ko sebut...u'r ollrite... :)

...sarah n... said...

eh aku ingatkan kaki bangku tu untuk orang yang menonton, selalu duduk di bangku aja.tak main pun, duduk tengok dan komen2. tak ke?

muaz blue_86 said...
This comment has been removed by the author.
lokman.keme said...

sarah..tu mcm jauh pulak nak kaitkan ngan penonton.
lagipun universally kan..tempat duduk penonton x direfer sebagai bangku/bench..bila cakap pasal bench itu teros refer yg utk subs teros..giteww

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.