Friday, June 19, 2009

.warisan.aku berfikir..lagi.

"bersatu,bersetia, berkhidmat,membangun bersama islam,gerak bersama"




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara



ini adalah lagu warisan anak kecil.lagu yang dalam maknanya sebenarnya.
tentang bagaimana sebenarnya keadaan bangsa kita sekarang ni.
perasan tak aku highlite sket kat 1 bahagian lirik ni."kini kita cuma tinggal kuasa"



ni buat aku berfikir..aku jd tak setuju dengan part lirik yang satu ni.



sape setuju dengan aku?




hakikatnya sekarang kan,kini kita cuma tinggal sebahagian kuasa yang akan menentukan bangsa...fikir2 begitulah.namun belum pernah terlambat untuk mengubahnya. maka bersatulah kita sama2 memainkan peranan mempertahankan agama bangsa dan negara.

alhamdulillah, makin ramai anak mude sedar cara membela melayu.. insyaallah.. boleh berjaya.. melayu adalah bangsa bertamadun.. cara kite bangkit bukan dngan memusuhi bangsa lain,tapi buatkan mereka gentar akan kita dengan kekuatan kita. cara kite bangkit dngn memperkasakan bangsa sendiri..selain dengan cara ekonomi, dngn cara patriotik dan jatidiri setiap individu Melayu, dapat membantu..sebab ada melayu yang semakin jauh dengan melayu..ini kite tak nak nih.
kita masih banyak potensi,masih muda. gerak bersama.

aku pon sebenarnya masih hijau lagi dalam mendalami perkara2 macam ni.tapi kite kene la tahu.belajar kan..jadi bertanggungjawab jugak la,sebab ade tanggungjawab tuh sbnarnye.jauh lebih baik dari berpeluk tubuh ikut angin sendiri aje.sampai bila edak??
lek2 dah lek2 dah jugak tp perform perform jugak :D

sape setuju dengan aku?x perlu cakap.
sama2 kita cuba okay :)





3 comments:

Anonymous said...

saye setuju!!!!

safri@chaie said...

aku da tuka adress.. harap maklum..http://senyapsudeh.blogspot.com/

AhMiEzZ said...

erm..ble bca lirk lagu neh, teriingat masa g program masa f4 tuh..xingat daa apa nama dia, yang Dr. Mukhriz datang...huhu sedey xsempat abis, kene operation..ergg..

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.