Monday, January 16, 2017

Baru dua minggu masuk bulan Januari 2017, beberapa peristiwa menarik dah pun berlaku. Macam yang semua maklum, jumlah moment2 power yang berlaku dalam kehidupan ni lah metrik utama kualiti hayat, bukan harta atau pangkat (dua2 ni hanya alatan/tool bukan end result)..so inilah antara moment noteworthy yang dah pun berlangsung dalam masa yang singkat...

Waktu solat jumaat minggu lepas, brader jemaah yang duduk sebelah aku sepanjang khutbah memang aku perasan dia tidur all the way (well, khutbah time tu aku langsung tak tidur) dia cuma bangun bila sampai waktu solat. Masa bacaan fatihah rakaat pertama, dalam qiam tu dia goyang2. Aku ingat kes mamai2 nak terlelap time berdiri. Tapi lepastu kaki dia macam tersentak tendang wallet & spek mata yang letak kat bawah, dia tumbang & rebah terlentang & kaku situ -PENGSAN. Ya ampunn aku & dua jemaah sebelah dia stop solat untuk check keadaan mamat ni. Muka pucat habis, tepuk2 pun tak gerak, tanya ape pun tak menyahut. Dalam fikiran aku plan apa nak buat kalau dia start seizure. Tak lama pastu dengan lemah dia start bukak mata, bergerak sikit, dari terlentang dia duduk bersila. Aku  urut sikit kepala, tengkuk & bahu dia then nampak macam okay, aku pun angkat  takbir balik. Lepas habis solat dia berterima kasih, aku tanya dia memang ada sakit ke? Harini puasa ke? Dua-dua soalan tu dia jawab tak..ni 1st time jadi katanya. Aku suspek kes bloodflow kacau sebab time dia tidur masa khutbah tu posture duduk belakang & kepala dia overly bongkok.

Tempohari masa weekend aku jalan-jalan naik sebuah gunung. Daytrip je, last minit kawan ajak- santai free & easy.  Kemudian masa trekking turun, tepi trek aku nampak ada sorang pakcik- macam ada masalah. Ya rupanya dia tengah cuba bertenang sebab sesak nafas, in fact muka dia mula pucat. Dia ditemani anak sedara dia, dua orang perempuan muda yang nampak dah start panik. Aku & kawan pun bincang dengan diorang lalu decide untuk call bantuan sebab pakcik tu nampaknya tak respond well kat usaha bantuan kecemasan kami. Tak lama lepas call 999 tu beberapa respondent APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) sampai..laju jugak diorang hiking naik. Pakcik ni akan diusung turun dengan stretcher yang dibawa. Terrain menurun yang tak rata, curam & penuh berbatu memang mencabar, campur pulak trekking turun sambil angkut orang- memang gilo. Naya brader2 APM saje nak angkut turun (plus aku & kawan most probably lebih fit & able *bukan berlagak) so kami volunteer jugak. Dan beberapa hikers lain yang kebetulan lalu pun volunteer sama. Memang lain macam dia punya penangan bawak orang dalam stretcher turun gunung..lenguh satu badan pastu. Apepun alhamdulillah pakcik tu selamat dibawa turun & ambulans yang menunggu di kaki gunung bawak ke hospital.

Dan baru-baru ni jugak aku lalui 1st collision dengan workplace aku. Hell yeah...walaupun kira baru lagi kat sini (belumpun setahun) tapi i can't help it. Respect tetap respect, tapi never takut yang boleh buatkan aku tak suarakan pandangan pasal sebarang benda yang aku rasa tak kena. Sebab first and foremost is to safeguard your own interest and protect your value, nobody is gonna take care about that as priority. So begitulah, aku cuba untuk keep it as elegant and professional as possible, sebab afterall i believe this is part of both parties learning curve..aku as an employee & at another end is majukan. Biasalah dalam kehidupan bekerja. Yang pasti aku takkan over tolerate sebarang benda sampai compromise value diri sendiri. Orang lain mungkin ada cara masing2 & cuba play along tapi i aint gonna play inferior

2 comments:

gray sky said...

Salam, saya nk tanya awak pernah buat intern kt MGI ke? Bole saya tau apa budak intern kena buat kt sana? Ada apa2 rules tak kat sana? Dress code ke?

keme said...

Wslm..yes pernah. Well, dulu dress code semi formal. Akan ade intern supervisor belah mgi nanti- dia lah yg akan brief rules & bagi tugas relevan dgn course student tu.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.