Sunday, August 21, 2011

tahu ada apa dalam makanan?

salam & selamat sejahtera semua.
blog ni asyik 'hiatus' je so dah hilang momentum follower nak baca..apepun thanks for stopping by! you're alright xD

what i will write this time, is a factual statement..benda benar yang aku percaya,tak tercapai ke pengetahuan/pemikiran ramai orang..simply because benda ni bukan biasa2 orang tau.
might as well be a question for u to ponder..
tentang basic thing seperti makanan- do you know what's on your plate?
and major ethical issues.
disampaikan melalui my point of view as a 'scientific guy-in-the-making' ni.
i got this insight (the thing that i'll write about) masa internship..di Malaysia Genome Institute.
now i want to share.

let's put it this way.
untuk semua agama, makanan yang baik memang dianjurkan & ada larangan dalam intake of food ni. pasal apa yang boleh & apa yang tak boleh ni memang panjang kalau nak explain sebab dia ada hukum yang jatuh untuk keadaan yang macam2.
so aku nak fokus kat perkara yang jelas dan nyata.contoh:
Agama Islam tak boleh makan makanan yang based dari khinzir/babi/pig.
dalil aqli & naqli memang banyak tentang ni. tak boleh apa2 yang berasal dari babi, tak kira lah macamana bentuk sekalipun kan,kalo asal kejadian mende tu yang mendirikan seekoq babi..jadi haram.

tapi sejauh mane 'menda yang mendirikan babi' ni dikira?
kita memang maklum pasal benda2 yang fizikal & jelas kita tau dari babi..
macam daging dia,kulit dia,darah dia,bahagian2 organ dia..semua tu kalau bercampur dengan makanan memang jadilah haram. orang Islam memang main jauh2 awal2 lagi..
tapi selain menda2 nyata ni, macamana pulak?

Just so you know people,
semua benda ada kandungan genetik masing2 yang bagi ciri2 sesuatu hidupan tu.
Itulah genom namanya.
realitinya sekarang, bidang genom informatics banyak bawak kemajuan untuk GM (genetically modified) foods ni. semua makanan cuba dimanipulasi supaya lebih baik performance nye untuk industri.

Gen-gen ni satu bahagian dalam kendungan Genom.Gen ni dia ada banyak jenis, bergantung kepada macam mana peranan yang dia main dalam Genom tu.

Ok harap2 semua faham lagi setakat ni.
Kita ambik kategori Gen yang peranan dia untuk hasilkan protein dalam sesuatu hidupan tu. Gen untuk hasil protein ni la subjek untuk GM food ni, genetically modified food.

realitinya dalam industri & kehidupan sekarang, gen2 yang dikenalpasti sebagai 'baik' akan dipindahkan keluar dari genom organisma asal dia, dan dimasukkan kedalam genom organisma lain untuk dapatkan 'ciri baik' yang dibawa genome tu..ciri ni dibawa oleh protein yang gen tu in-charge..
it's a tricky & long process..tapi secara simplenye, kita reprogram genom sesuatu dgn tambah/tolak kandungan dia.

Tahukah anda, ada makanan2 yang dah dimodify kandungan genom nye utk ia jadi lebih 'ok'?
ok ni maksudnya tumbuhan tu jadi lebih besar buah dia..lebih tahan lama lambat basi..lebih manis ke..dll..

tapi makanan2 ni menimbulkan isu besar dalam etika.
etika pemakanan yang sebenarnya sangat sensitif untuk manusia.
orang tak tau apa kandungan benda yang dimakan tu..maklumat2 genom ni tak de ditulis macam kat nutritional facts..macam kat cereal box tu.

Isu etika ni jadi untuk kes2 agama & gayahidup.
contohnya,
gen-gen haiwan ada yang dimasukkan dalam genom tumbuhan seperti sayur2 & tomato untuk tumbuhan tu jadi lagi elok. So adekah yang dimakan tu sayur, atau sayur & haiwan?

bahkan ada gen-gen manusia (hasilkan protein manusia) yang dimasukkan dalam sayur & tanaman2 lain untuk bagi hasil tumbuhan tu lagi bagus. So adekah kita makan pure sayur, atau ada part seorang manusia jugak? isu kanibalisme timbul dalam hal ni..

untuk masyarakat hindu, gen lembu turut ada dalam sayur2. so dia kira makan sayur ke makan lembu? inilah isu etika nya..

yang berat nanang ni adalah,
dalam tanaman padi/beras daripada baka 'Nihonbare' ada dia 3 gen hidupan babi dimasukkan untuk menjadikan tanaman padi ni kalis racun tanaman. Tiga gen pig cytochrome P450-2C49(CYP2C49) ni dimasukkan dalam genom beras dan hasilnya,beras yang lebih tahan & produktif..

so bagaimana isu ni dilihat dari segi agama? kalau orang Islam makan beras ni, kira halal ke haram? kira makan pure tumbuhan/tanaman padi atau, makan padi yang ada unsur babi didalamnya?

Perlu diingat, yang gen dalam genom tu adalah sebahagian dari haiwan asal tersebut..kandungan genetik..dalam badan haiwan/tumbuhan itu..itu yang mendirikan sesuatu haiwan tu.

Inilah dia perkara yang aku nak share disini.
perdebatan2 ni masih berlaku sekarang,tak sudah2 lagi.

Bagi aku simple je, kalau gen ni dia source directly daripada haiwan tu,walaupun dah macam2 proses makmal dibuat untuk masukkan dia dalam genom makanan. hukumnya tetap haram.sebab asalnya tetap dari babi (contoh)

Tapi kalau gen tu dibuat dengan sintetik, building blocks semua sintetik punya,cuma jadikan gen haiwan tu sebagai model macamana nak buat, ianya halal..

Apapun kalau syubhah,elok la tak payah.

So people, know what's in your plate very well.

p/s:
semua makanan sekarang adalah Genetically Modified food.itu yang pasti.








3 comments:

gr@wn said...

bagi aku, patut xde masalah. Banyak je bekas air kencing babi, tahi babi yang dah dikitar semula secara semula jadi. Mana la tau air yang kita minum ni pernah jadi sebahagian daripada air kencing babi beberapa dekad yang lalu.

Babi pun nafas guna udara. So, x haram ke udara yang kita hirup ni? Mana la tau ada karbon dioksida yang dilepaskan dari babi?

Sekarang ni, genetik je yang diambil dari babi. Cara nak dapatkan genetik tu pun kan dah dilalui beberapa kali cucian.

Lagipun, benda haram kan dihalalkan kalau untuk memulihkan penyakit. Sekarang genetik babi tu digunakan untuk buat padi tu lagi tahan penyakit kan?

Genetik ni molekul yang lebih kecil, macam serbuk pasir je. Anggap je kita dah bunuh dan tanam sel-sel babi tu sampai ia dah jadi sebahagian daripada tanah, dan kita ambil mineralnya(di sini, dikatakan genetiknya) dari tanah. Kan memang dah diuraikan secara kaedah makmal instead of natural biodegradation.

Kaedah makmal ni dah dikira kaedah inbiodegradation. Kita dapatkan molekul-molekul genetik daripada sel mati yang kita asingkan bahagian-bahagian molekulnya.

LynN LoLa~~ said...

jd beras2 biase aje tu leyh ke tak makan?

han said...

tahu x public transport and tempat tinggal yang berdekatan dengan genome nie? dapat intern tapi tp xfamiliar kt sane..suggest tmpat tggl pun xpe..

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.