Sunday, May 8, 2011

We Are The MaChAs~!

kisah yang akan aku ceritakan ni, berlaku dalam tempoh 2 jam yg lepas je baru..

..
lepas aku order pecel lele, aku pon tunggu le dekat meja..dalam duk tunggu2 makanan siap tu, aku perasan ada satu kereta CRV baru parking dekat tepi restoran Shaker tu.

Dari kereta tu keluarla sekeluarga bertiga yang berbangsa Cina.seorang ibu muda dengan dua orang anak nye yang masih lagi kecik..sorang laki sorang perempuan..muda sangat lagi,baru awal sekolah rendah aku rasa..
Muka mak dia tu..macam Daphne Iking wa cakap lu..cantik macam Daphne Iking..body figure & dress up pun lebih kurang sama. ibu muda yang bekerjaya barangkala..metro2.
depa bertiga ni duduk kat meja yang bertentangan dengan aku..


ni Daphne Iking..pagi kat 8tv dia host The Breakfast Show..sekarang dia dah peluk Islam yaww~

Yang menariknye adalah,gaya depa sangat bersopan santun & hormat..bukan nak kata ni pelik ke atau orang Cina selalu x sopan..ha mai aku story~
Ibu muda tu panggil anney tu dengan senyum & sopan..bila anney tu datang, dia order dengan mulut tersenyum & cakap dengan elok2..anak2 dia yang 2 orang tu pun sama..senyum sambil cakap bila bagitahu order makan minum apa..

Bila makanan sampai, yang paling kagum tengok bila anak kecik dia tu hulurkan tangan untuk sambut makanan yang anney tu tengah nak hulur letak kat meja. Lepas tu masa dia sambut makanan tu budak tu tundukkan kepala dia sikit sambil senyum & cakap thank you..

perghh..baguih betul mak dia didik anak supaya hormat kat orang, walau macamana & dekat mana pun..

Bila masa diorang makan tu lagilah..macam keluarga bahagia..nak tahu tak depa semua order apa tadi? roti canai dengan teh tarik jugak..aku tengok benda ni sebagai humble & tak urban-esque choosy..baguih kan..

Ape yang nak dihighlight dekat sini,
bukan bangsa Cina ke Melayu ke India etc etc

tapi adab dan sopan sesama kita dan antara kita ni..
Apa yang buat aku sangat tertarik dengan peristiwa di Restoran Shaker ni adalah scene family yang sopan & respect ni..bagi aku sangat la susah nak nampak..

Aku ade kawan yang kurang ajar bila dekat kedai mapley/kedai yang waiter2 dia anney..
Aku pernah & selalu tengok masa dekat kedai2 mapley,ramai orang yang datang makan tapi perangai macam bangsat.
Ade ke dia maki2 anney tu..panggil anney nak ambik order dengan "woi2" ade..lagi kuangajaq ade yang bila salah sikit macam bila order nak ayam paha tapi yang sampai part dada, terus melentng dia maki "Babi la.." , "pukimak ko" & macam2 lagi sumpah seranah..anney tu terkebil2 je..kesian diorang..kalau semua orang yang datang perangai tak beradab, malu la.

Kerek x kerek jangan cakap la..berlagak macam rendah sangat taraf anney & waiter2 restoran ni..sampai layan mereka2 ni tanpa respect & appreciation walau sedikit pon.
Datang nak makan tapi xperlu la attitude over macam orang terhormat sangat..'customer is always right'?..Agak2 jugak la..bila perangai macam tu punya x beradab, memang jauhh dari terhormat sebagai pelanggan..terkutuk ade..

Aku makin rasa WTH? dengan semua nonsense ni bila satu hari tu aku pergi kedai runcit dekat salah satu kolej dalam UKM ni untuk topup kredit.
Ade seorang student lain yang datang dengan kerek nya.Dah la datang2 terus potong aku tengah berurusan dekat kaunter dengan cashier,
lepas tu boleh pulak dia " Anney2, nak tukar duit syiling. Nak 50 sen 4ringgit"..Memang aku rasa ABSURD gila masa tu..tak boleh nak terima..Uncle Cashier tu India Muslim..dan dia memang rapat dengan semua student yang datang.dah lama dia kat situ berniaga..
Mamat yang datang tu pulak boleh panggil dia ANNEYY? Lepas tu bila uncle tu cakap tak ada syiling yang boleh ditukar, dia buat pulak muka tak puas hati sampil cakap "ala.tak kan tak de..mesti ade..Ala anney macam tu laa".
aku memang tak faham betul la..*tch


"mau makan apaaa? mau makan headbutt kaa tak boleh cakap elok2 niii~?"


Jadi, kudos untuk ibu muda yang muka macam Daphne Iking yang dah mendidik anaknya dengan baik sekali. Anda memang cun macam Daphne Iking tu satu hal..yang best lagi bila perangai anda pun cun juga.hahahah..

Courtesy ni adalah identiti rakyat Malaysia..adab sopan & tatsusila ni..semua Melayu Cina India berkongsi identiti ni..nilai murni ni kott..Budi Bahasa Budaya kita kann~
Problemnya adalah bila generasi-Y ni.
Senior aku dalam UPSM nama dia abg Safaruddin pernah bagi pendapat dia pasal fenomena ni..
generasi-Y ni diistilahkan sebagai YUG - Young Urban Generation.
Depa2 ni yang menjadikan urban lifestyle sampai tahap nilai-nilai tradisi ni dibuang..tak hormat..perkara2 yang dianggap baik dalam gaya hidup urban ni lain dengan gaya hidup sebenarnya..dan mereka ni berusaha untuk berjaya hanya untuk diri mereka sendiri..tak fikir pun pasal nak bantu sapa2..atau nak martabatkan agama bangsa negara..tadak.

Benda pasal social issues among my peers ni salah satu benda yang buat aku kadang2 rasa DOWN bila fikir..alahaiii~
kena ambik tahu semua isu2 berat ni..jangan hanyut dengan perkara2 ringan & seronok2 je..Ingat Rebecca Black ke nak fun fun fun fun fun je..
There are so many pressing issues that need our mutual concern, and attention..
tapi sebab semua pressing issues ni semua macam2 ragam..boleh jadi sesak minda kita sebab teruknya semua keadaan ni..tapi kalau tak ambik tahu langsung lagi la tak patut,

Nasib baik boleh release tension sambil2 tahu pressing issues ni dengan adanya PopTeeVee's That Effing Show dengan The Onion yang buat satira pasal isu2 yang memang problematique.
hahahaha~ both are my fav.

So recap balik entry ni..pasal kita semua kena la jaga perangai..Melayu Cina India semua sama2 baik2..sebab we are the MaChA~! layan satu lagu dari That Effing Show Machas! HAHAH




Thanks for stopping by!

4 comments:

...sarah n... said...

lain kali curi2 amik gambar tahu. fon bawah meja, zoom sampai dapat. nak jugak tgk doppelganger artis.

maya said...

wah. kan best jadi mcm tu. pandai didik anak dia. lagi 1 yang best makan kat kedai mamak. cam xkesah lak chinese tu. makan lak roti canai. hoho

lokman.keme said...

muahahaha~
a good meal+a good experience = total good time.
mmg refresing lah rasa mcm ni..

Anonymous said...

Saya pernah terjumpa insiden tak hormat menghormati tahap teruk ni dekat p.malam Bangi. Alkisahnya penjual mempelam tu seolah-olah memandang hina dan mengeluarkan kata2 kesat keatas pelanggan dia yang mungkin merupakan orang dari Nepal. Walhal beliau hendak membeli barangan drpd peniaga tersebut dan tak salah untuk memilih buah tu terlebih dahulu. Memang sangat tak patut, sedangkan pelanggan haruslah diutamakan walau siapa pun dia, jangan ingat "engkau" boleh senang2 je maki2 orang depan khalayak. Mereka pon manusia juga. Selamat la ada seorang pakcik yang berani menegur secara sopan terhadap peniaga tu. Namun reaksi, peniaga tu seolah2 pakcik tu macam menyibuk.. Hmm. keciwa dengan masyarakat yang tak terdidik dengan moral yang baik ni..

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.