Tuesday, April 18, 2017

Artis

Arwah Picasso ada cakap "Masa lahir semua orang adalah artis, cabarannya ialah untuk kekal artis bila membesar". Sir Ken Robinson pulak berpendapat sistem pendidikan-pekerjaan konvensional la yang mengasuh seseorang tu tinggalkan 'artis' dalam diri mereka. 

Aku personally setuju dengan dua2 orang ni & dan identify dengan idea ni. Dari kecik aku ada affinity untuk seni tampak (lukis & warna) dan rasanya ada talent sikit. Along the way membesar, kecenderungan seni ni tenggelam timbul ikut faktor persekitaran yang kadangkala suppress dia. Campur dengan proses panjang self discovery, discover kebolehan (dan ketidakbolehan) diri sendiri lagi...tapi sekarang aku happy ada kat fasa yang ngam untuk try sekali lagi.

Zaman sekarang aku rasa penggunaan istilah artis agak loose & messed up..main pukul rata asal selebriti je artis. Kalau true to its form artis adalah seniman, yang hasilkan karya seni, artikulasi idea2 original & bebas eskpresikannya melalui kapasiti kreatif. 
Selebriti pulak golongan popular yang diraikan (celebrated) massa for whatever reasons, sesimple tu hakikatnya. Tak semua selebriti ada substance seni untuk layak dipanggil artis, dan ramai real artis tak diraikan pun sebab karya seni mereka sukar diterima & dimengerti massa.

Kadang2 member berseloroh panggil aku artis (retis). Kalau sebabnya ialah ekspresi kreatif yang ada aku hasilkan rasa flattered lah, tapi more likely gurauan tu sebab diorang ada impression yang aku ni kira 'popular' sebab tahap attention (eg: comments, likes & share) di media sosial. Atau lain-lain surface values pada zahirnya yang ditengok tu. Kalaulah mereka tahu betapa sillynya benda superficial attention ni.

Sebab lain yang orang pernah kata aku artis ialah 'susah betul nak jumpa kau, artis betul'. Tu sebab aku memang malas nak jumpa kau lah pandai kahkah. Well nak tau ape lagi yang susah nak jumpa selain artis? -spesis hidupan terancam. Harimau & unikorn.


Berbalik kepada quote arwah Picasso- kita semua artis sebenarnya. Paling true sekali, bila kita sedar bentuk seni masing-masing & layan kehidupan ni sebagai satu 'performing arts', kanvas/pentasnya ialah segala aktiviti. Semua yang dilakukan buat yang terbaik ikut cara kita (seni kita). 

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.