Merupakan istilah yang diguna untuk menggambarkan elemen 'memilih' dalam bersosial. Ramai juga menyebutnya sebagai 'pilih bulu' , 'double standard' dan 'pilih kasih'. Dalam berkawan, dalam bermasyarakat, dalam berkerjasama dll.
Favoritism ni sebenarnya tak susah kita nak faham. Tengok aje root word dia 'favourite' (kegemaran/kesukaan). Biasa, kita ada preference masing-masing; dalam berfesyen, makanan, rancangan TV dan kita akan memilih berdasarkanya. Termasuklah juga dalam cara kita menyantuni orang-orang disekiling kita.
Cuma favoritism dalam bersahabat & berkawan ni, bagi aku tak best & kurang matang lah. Memilih kawan ni merugikan, selain daripada menunjukkan seseorang tu tak sporting & cinggey. Unless kalau kes2 yang well justified macam kawan toksik ke, dia pembunuh kejam ke, scammer ke dll. Tak wajar sewenang2 memilih ala2 diva sebab banyak yang kita boleh pelajari sesama kita dalam perbezaan yang ada. Favoritism selain boleh melemahkan silaturahim & merugikan seseorang , dilevel yang lebih serius membawa kepada korupsi & kronisme.
Zahiril Adzim (tak kenal pergi google) dalam blog dia pernah guna tagline: 'Untuk kawan-kawan yang kita suka'. Aku rasa dia menggambarkan pembaca blog dia, as oppose to crowd yang tak boleh baca content yang dia tulis. Tapi aku percaya ada satu tahap yang lagi mulia adalah kita suka semua orang seadanya. Tiada prejudis walau ada perbezaan. Belajar meraikan kelainan, jadi lah diverse sikit. Kasih sayang semua.
Walaupun stand aku begini, tapi selalu juga terkilan sikit sebab kita pula yang menghadapi favoritism kawan-kawan. Walaupun kita terbuka & tak kisah perbezaan yang ada, mereka sangat kisah. Hobi yang tak serupa, pemikiran yang tak sama, bidang kerja yang berbeza , semua jadi point untuk favoritism. Misalnya andai bersosial dengan orang yang beza2 ni, aku tak akan fokus kat side aku bila berbual, bahkan akan cuba 'masuk' dengan apa yang side sana prefer. Boringlah kalau nak bercampur dengan jenis sepesen kita saje. Takde gain. Tak berkembang.
Bagi aku meluangkan masa dengan kawan tu sesuatu yang 'nurturing', kita menyemai silaturahim & kejelekitan..menghargai seadanya.
Cuma biasalah, favoritism di mana-mana. Ada kawan lelaki yang suka lepak dengan gadis-gadis je, bila ajak jumpa je lain macam liatnya (tup2 dia lepak dengan mutual friends takde ingat pun nak sepatah pelawa ke at least). Ada juga kawan lelaki yang dengan kawan perempuan bukan main caring lagi, dengan kawan lelaki kering betul hati. Dengan perempuan bukan main murah hati nak buatkan macam2, dengan kawan lelaki berkira nak mampus. Macam-macam lagi lah. Bladihell juga perangai macam ni. Tapi nak terasa hati takde guna juga, kajian dah kata salah satu perbuatan manusia paling membazir dalam hidup, adalah tersinggung.
Hidup untuk alami. Alami sebanyaknya. Macam askar yang semakin tinggi pangkat semakin banyak pingat/lencana yang tersemat didada,
Semakin 'hidup' hidup, semakin pelbagai pengalaman yang tersemat didalam hati.
Favoritism, tidak bagus untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment