Monday, July 27, 2015

1000 ways to die

Harini dalam berita & suratkhabar tunjuk cerita seorang ibu mati 'ditelan' eskalator yang rosak di China. Lebih menyayat hati dia naik eskalator tu bersama anak lelaki yang sempat dia tolak di saat2 insiden tu untuk selamatkannya, tapi sekaligus mengorbankan dirinya sendiri. Tengok dari rakaman cctv, bendanya jadi sekelip mata, lantai platform dipenghujung eskalator tu terbukak last minit masa ibu & anak sampai situ.
Lepas 3 jam baru mayat si ibu berjaya dikeluarkan dari dalam machinery eskalator tu. Tak terbayang camna trauma si anak yang melihat ibunya hilang dari celahan lantai ditarik rotor eskalator. Tragiss.

Sebagai orang beriman kita kena percaya konsep ajal & maut yang dah ditetapkan oleh Tuhan. Bila dah sampai waktu, ajal akan menjemput takkan cepat atau lambat walau sedetik pun. Walau bagaimana sekalipun caranya.

Dan seriously, kalau kita renungkan ada begitu banyak cara kita boleh terlibat dalam situasi yang develop sehingga menyebabkan cedera & mati. Dari se'legit'2 punca sampai la kepada yang kes2 terpencil/malang yang buat kita terfikir "what are the odds? Macamni pon boleh jadi ke?".

As a matter of fact, Ya sangat Boleh. Contoh macam insiden eskalator ni dan banyak lagi sebagai bukti.
Of course ada lebih seribu cara, saja letak tajuk gini, figurative speech lah duhh.

Yes. Macam-macam cara boleh mati, sampaikan bila renung2kan aku rasa takjub juga aku tak mati2 lagi sampai umur sekarang ni. Neither I'm implying  that I'm looking forward to die nor I'm afraid of death; but looking at things objectively, ni menerbitkan kesyukuran kepada Tuhan- bagaimana Dia memelihara kita dari terlibat dalam musibah2 yang jadi asbab nyawa2 manusia hilang. Padahal hidup kita dikelilingi berbagai risiko. Macam aku secara peribadi agak bergelumang bahaya juga dari aktiviti2 & hobi2 yang aku minat. Banyak juga near-death experience bak kata orang.
Apapun bila sedar hakikat ni, kita akan selalu ingat mati. Bukankah mengingati mati itu ubat penyakit hati?

Kita diseru untuk sentiasa ingat mati untuk keep us dialled dengan hakikat manusiawi. Kita ni bukan lasak mana, hanyalah organ2 lembut dengan daging bersama tulang2 aje, betapa vulnerable nya kita terhadap faktor sekeliling. Kena benda tajam maka bocor & berdarahlah. Kena impak  yang kuat maka tulang patahlah organ traumalah. Tambah pulak ada faktor manusia, kecuaian diri sendiri bahkan orang lain boleh mendatangkan masalah kepada kita. Kalau malang lagi jumpa manusia penyangak yang memang boleh bertindak ekstrem.


Itu belum cakap pasal faktor dalaman lagi, kalau dijadikan cerita aliran darah dalam arteri koronari (jantung) tersekat jadilah sakit jantung. Kalau kat otak jadilah strok.
Dengan sebegitu banyak faktor luaran & faktor dalaman yang sedang berlangsung (commence) serentak setiap masa secara dinamika yang intricate, macam-macam boleh gone wrong for many reasons kalau homeostasis tak berjalan lancar. Nak cerita satu2 faktor ni memang tak habis la.
We are at the mercy of all these systemic factors. Yang diatur oleh Tuhan. 

Walaubagaimanapun, manusia boleh berikhtiar untuk memelihara dirinya. Caranya dengan berjaga-jaga & kawal risiko setakat mampu. 

Dari satu sudut, semua faktor dalam dinamik ni ada nilai risiko masing2 yang boleh ubah.  Misalnya macam kenderaan, yang sentiasa diservis tiptop punyai nilai risiko yang kurang untuk ada masalah teknikal (yang boleh sebabkan kemalangan) berbanding kenderaan yang tak dijaga safetynya. Si pemandu kereta itu membawa nilai risiko yang tersendiri pulak (pemandu sihat ke rabun ke mabuk ke mengantuk ke dll). Kondisi jalan raya, elemen2 lain (pokok2 sepanjang jalan yang boleh tumbang, binatang yang mungkin melintas, dll) dll lagi semua bawak 'carrymark' masing2 dalam dinamik ni. Bayangkan setiap kereta+pemandunya diatas jalanraya tu ada nilai risiko masing2 yang saling mempengaruhi semua pengguna jalan raya keseluruhannya. Bayangkan semua yang ada disekeliling & atas jalan tu ada nombor terapung yang menunjukkan 'nilai risiko' dia & bila kenderaan bergerak menghampiri objek lain nilai ni akan berubah. Jadi ada ketika seseorang tu tak salah apepun, tapi terkorban sebab kecuaian kenderaan lain yang berhampiran dengan dia. Agak meta & sci-fi, tapi bukan tak munasabah hanya perlukan sedikit imaginasi untuk difahami. 

Apapun pilihan terbaik yang kita ada adalah berhati-hati & cuba bertindak untuk kawal risiko. Elak dari terjebak dalam masalah tapi jangan sampai paranoid tak buat apa pulak takut punya pasal. Hidup memang ada risiko dia, kalau kau paranoid sangat tu dah mati sebelum mati.

Cukuplah disitu pasal kemungkinan camna boleh mati. Jangan sampai obses sebab kita tak akan tahu, ni perkara ghaib, rahsia Tuhan. Yang betul kita boleh concern adalah keadaan bila kita mati, sebagai orang baik ke jahat ke. Sebagai orang beriman atau orang tak beriman ke. Itu kita boleh cuba bentuk.
Untuk tu, sematkan diminda yang kita mungkin mati bila-bila masa pun, mungkin saat selepas ni, nafas selepas ni, sat lagi sikit. Dan cuba mengusahakan kebaikan setiap masa.

Jika aku mati aku mohon maaf atas segala salah silap & harap halalkan makan minum, kalau ada hutang beritahu ahli keluarga aku . Kalau aku mati mengejut aku tak sempat nak kata kat semua orang ni, kau boleh tolong panjangkan kepada mereka ya? Kalau boleh doakanlah juga agar aku dipermudah dalam alam kubur sana.

Lagu tema: 'Why Do I Keep Counting' - The Killers

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.