Sahaja mahu menulis tentang beberapa perlakuan yang diperhatikan berleluasa dalam interaksi manusia masa kini.
Istilah: Humble brag.
Maksud:
Acah2 seperti segan & merendah diri terhadap sesuatu yang ditunjukkan/ dikongsikan tapi sebenarnya memang nak membangga. Normal dalam kalangan lelaki & wanita yang 'control'/bajet/plastik.
Istilah: Friendly banter.
Maksud:
Aktiviti bahan-membahan dalam berkawan. Serangan-serangan ejekan kadangkala boleh kedengaran macam takde sensitiviti & kesyaitanan, tapi selalunya okay je mereka2. Normal dalam kalangan lelaki tulen yang tidak hati tisu.
Istilah: Flatter banter
Maksud:
Aktiviti bahan-membahan dalam berkawan juga, tapi berkias. Serangan secara smooth, melalui pujian-pujian yang tak relevan & tak ada sebenarnya. Kedengaran menyindir. Normal dalam kalangan wanita kepoh & lelaki jemah.
No comments:
Post a Comment