Duit derma kilat #saveRocky dirasakan dah kemas & steady untuk bawak Rocky pergi klinik haiwan. Aku pun tak tahu costing2 klinik veterinar ni bukannya pernah ada urusan sana. Ada orang kata klinik haiwan ni lagi mahal dari klinik manusia. Apa-apa pun kita start je dulu, setakat pergi checkup lepas kot dengan duit rm200 ni. Kalau tak cukup jugak bladihell mahal ngat.
Jadi lepas kawtim dengan Usop (staf juga),dia offer pakai kereta dia buat ambulans hantar Rocky pergi klinik. Aku target klinik vet kat Taman Impian Putra je, situ paling dekat area ni berdasarkan pemetaan pikiran aku ni. Sangkar pun dah dapat (hasil ehsan akak lab yang belikan) untuk kami angkut Rocky, so kami pun bertindak. Tapi Rocky pulak tak jumpa..mana dia merayap ni habis melilau kami cari kat semua tempat. Kalau diingat balik, drama melayu jugak babak2 aku & Usop tumpang bertanya kat akak cleaner, abang kontraktor & abang jaga "Nampak kucing yang sekian sekian tak lalu sini?" disusuli jawapan macam-macam. Ade kata tak nampak. Ade kata nampak dia berjalan kearah sana la..dilihat lepak depan lif la..begitu begini la. Buat bunyi2 pancing kucing pun tak berkesan sebab Rocky dah jadi silent. Eh susah jugak nak menjejak engkau ni Rocky!
Last-last aku jumpa Rocky kat area berumput sekitar blok...tengah memerut. Cis. Bagi can dia selesaikan hajat dulu. Masa angkat dia rasa ringan betul badannya. Dah tak liar langsung Rocky sekarang, tak melawan pun bila dipegang & dimasukkan dalam sangkar. Tersentuh juga hati lelaki kami dibuatnya melihat Rocky yang dah surrender pasrah macam ni. Jangan surrender dulu Rocky, berwawasan sikit..kerna ketahuilah pertolongan telah tiba!
Sepanjang perjalanan ke klinik vet dalam ambulans (kereta usop) tu, Rocky nampak cemas tapi tak agresif sebab lemah barangkali. Mungkin cuak 1st time masuk sangkar, berjalan dalam kereta pulak. Mungkin jugak sebab Usop drive, style mengalahkan Dakar Rally dimana palesit pun boleh mengucap aku rasa. "Don't be afraid Rocky, we are now on a journey to a better place." aku masih ingat kata-kata aku kepada Rocky didalam sangkar diatas ribaanku.
Setibanya di Klinik Haiwan @Taman Impian Putra tu, kami consult Doktor Vet tentang kondisi Rocky. Macam skrip dalam drama-drama, Doktor kata dari pemerhatian Rocky mungkin mengalami keadaan begitu begini, tapi memerlukan ujian lanjut untuk kepastian. Klinik kena ambik masa untuk periksa apa sakit Rocky sebenarnya. Jadi kami kena tinggalkan Rocky disini, dimane Rocky dipindahkan ke dalam sangkar yang lebih besar, dan ditempatkan dalam bilik bersame banyak sangkar2 lain yang ada kucing jugak yang macam-macam sakitnye. Itulah wad kucing. Rocky kena warded on the spot. Kesian juga Rocky tido wad malam tu, tapi jangan risau sini makan minum dia provide lengkap, dan ade kawan-kawan lain jugak. Kami janji akan datang melawat.
Jadi kami pun tinggalkan Rocky di wad klinik vet hari itu.
-to be continued
No comments:
Post a Comment