Rocky pt.4
Hampir setiap hari aku melawat Rocky sebab kebetulan Klinik Vet tu dekat je dengan pusat tuisyen yang aku part time malam-malam. Aku datang awal sikit & sebelum start tusyen, aku singgahlah sebentar jenguk Rocky. Ape yang aku buat bila melawat? Aku takde la bawak buah tangan ke apa, cuma aku follow up perkembangan Rocky dengan Doktor, tanya strategi rawatan macam mana, dan ambik gambar Rocky buat update dalam grup whatsapp staf. Sampai serabut staf klinik vet tu agaknya, satu hari tu diorang bagi aku kad waktu melawat yang dah ditetapkan (waktu siang rupanya). Kisah pulak aku..dah aku datang kat sini sebelum maghrib je, time tu la aku melawat. Selain tu aku ada borak2 jugak la dengan Rocky, bagi semangat kat dia. Walaupun Rocky tenung je cuba mengiau tak keluar suara, aku faham dia kata apa.
Aku belum cerita lagi ye yang Rocky ni kucing betina? Ya, BETINA. Asalnya staf-staf lain dah letak nama tipikal feminin (Minnie ke Melly entah) yang digunapakai secara loose oleh segelintir selama ni. Tapi bila aku jumpa dia dalam keadaan uzur ni, aku letak nama Rocky. Usop & akak2 lab lain ada jugak komen pasal nama baru yang aku bubuh ni sebab tak kena katanya kucing betina bubuh nama brutal persis kucing jantan. Tapi mereka akur bila kempen #saveRocky yang mula mendapat momentum. Dalam tempoh 4 hari, lebih rm1000 sumbangan berjaya dikumpul..perghh tak sangka betul aku bukan sikit-sikit semua hulur. Semua penderma, Rocky ucapkan terima kasih. Dan secara automatik semua orang pun refer dengan nama baru iaitu Rocky.
Aku tidaklah saja-saja letak nama ni, of course ada sebabnya. Bukankah nama ni juga diletak sebagai simbolik karekter? Sedangkan manusia pun bubuh nama hebat2 dengan harapan 'ruh' nama tu dapat dicontohi, kucing pun sama la jugak. Ni apa punya longlai nama Minnie & Melly ni? Lain lah nama gagah seperti Rocky. Semoga dengan nama Rocky ni, akan berjangkit juga bau2 semangat & kekuatan macam watak Rocky Balboa si petinju yang kental lakonan Sylvester Stallone dalam premis movie blockbuster 'Rocky' untuk berjuang melawan kesusahan (dan kesakitan). Apa movie Rocky & Sylvester Stallone pon kau tak tahu? Itulah kuat sangat tengok drama tv3 petang2 campur layan kpop lagi mana nak berkembang. Karya legend taraf pengetahuan am macam Rocky pun tak tahu. Pergi google sana!
Berkenaan perkembangan Rocky, dah masuk hampir seminggu ditahan di wad seperti yang dinasihati Doktor. Mahal juga bilnya boleh kopak wallet, tapi walaupun Rocky takde insurans mujur #saveRocky dapat cover. Rocky dah jalani X-ray, bloodtest, rawatan anti-parasit & dll. Masa Rocky dimandi dengan shampoo anti-parasit (kutu) menggelupur jugak dia. Masa shave bulu part tangan dia untuk ambik sikit darah, rebel jugak Rocky takut jarum. Doktor kata dalam perut Rocky ada cacing pita yang jadi punca kekurangan zat, pasal tu Rocky lemah & kurus. Pasal kurang zat jugak kulit Rocky jadi kurang elastik & bila bulu tercabut senang luka, tambah dengan ada kutu lagi. Jadi mula-mula kena naikkan berat badan Rocky dulu. Tapi Rocky susah pulak nak makan, X-ray menunjukkan paru-paru Rocky kena pneumonia so lendiran yang banyak di rongga tekak menyukarkan Rocky menelan bahkan bernafas dengan selesa. Tak cukup dengan tu, dalam mulut Rocky ada ulser, dan didapati banyak juga gigi Rocky yang dah tercabut. Oh Rocky...bila cuba bayangkan keadaan kau, deritanya rasa..
Tapi Doktor kata mereka akan cuba yang terbaik. Rocky diberi ubatan & makanan tambahan bentuk liquid melalui shringe+drip untuk naikkan berat badan. Dan treatment shampoo dengan berkala untuk improve keadaan kulit dia. Gembira rasa bila Doktor kata respon Rocky terhadap rawatan adalah baik, dia makan banyak & kerap buang air - which were good signs. Berat badan Rocky menaik selepas seminggu. Semua orang yang dengar berita tu happy.
Macam ni lah semangat Rocky! Steadyy
-to be continued
No comments:
Post a Comment