Di tempat kerja aku ni ada group kucing yang entah dari mana datang pun tak tahu. Kalau kira faktor geografi, bangunan ni tidaklah dekat dengan mana-mana taman perumahan kalau nak kata kucing sesat merayau masuk sini, keliling ada hutan & ladang sawit aje. Kalau monyet tu logiklah, aku perati komuniti monyet sejahtera betul ambush tong sampah kat blok petang2. Bersepah habis. Dah kampung diorang kat hutan sebelah je.
Komuniti kucing kat sini ni pun tak kurang sejahtera dia. Aku perasan pak guard bagi makan kucing2 ni. Akak-akak lab pun ada setup port makanan kucing kat satu corner blok stor. Walaupun kadang2 monyet datang raid & pau makanan diorang, kucing ni cukup makan lah kot, sihat & beranak pinak nampak tu.
Tapi yang pasti kucing ni semuas sangatlah penakut/pemalu. Pantang dekat sikit dia lari menyorok, nak main-main pun takde can. Bila bagi makanan, kena kita duk jauh baru la dia datang jamah. Kita panggil-panggil pun dia perati je dalam posisi jaga sedia. Aku macam berbulu jugak la dengan kucing kat sini ni, comel tapi sombong kemain payah betul nak dapat pegang-pegang.
Tapi semua tu berubah bila Rocky muncul.
-to be continued-
No comments:
Post a Comment