Sunday, July 12, 2015

Rocky the story: Pt. 5

Oleh sebab jadual busy aku acapkali sampai ngam2 je di pusat tusyen, bila habis tusyen klinik haiwan pulak dah tutup. Jadi aku tak sempat jenguk Rocky sekerap sebelumnya. Tapi Usop ada pergi melawat, jadi dia yang ambik alih tugas pantau keadaan Rocky.

Usop kata sebab Rocky dah tunjuk perkembangan positif, Doktor nak introduce antibiotik untuk rawat masalah pneumonia, influenza & lain2 kuman yang dikesan semasa bloodtest Rocky. Terang Doktor lagi, jangkitan kuman-kuman ni lah yang menyebabkan Rocky sakit. Selalunya kucing domestik yang dibela akan divaksin masa kecik lagi untuk imun dari jangkitan2 common feline ni, tapi kucing liar tak bertuan macam Rocky tak dapat la semua tu.

Doktor ada memberitahu jugak  Rocky bukanlah kucing betina yang muda belia, dah berumur sebenarnya. Dengan kondisi kesihatan yang tak berapa baik ni, dikhuatiri ginjal+hati Rocky lemah & tak mampu handle dos antibiotik tinggi yang diberikan. Kami sebagai orang2 sains ni faham benar concern Doktor ni, sebab apa-apa drug/substance yang memasuki sistem darah memang akan membuat dua organ tadi kerja lebih keras untuk filter/uraikan. Dokter kata ini calculated risk & pertimbangan normal dalam rawatan. Rocky memang nampak lebih okay, lendiran mukus yang sebelum ni sememeh di hidung dia dah kurang banyak. Bunyi miow pun dah mula ada balik tapi masih level bisik-bisik lagi. Makanan solid pun dia dah selera makan. Jadi kami serahkan kepada Doktor untuk buat kerja dia ikhtiar merawat Rocky. Regim antibiotik pun dimulakan.

Aku ada datang lawat Rocky, masa tu lepas masuk 2 hari rawatan antibiotik dimulakan. Masa ni aku perasan kat sangkar Rocky ada tagging 'Tak Makan' & petugas kata Rocky refuse makanan yang dibagi. Bila aku tanya Rocky kata dia tak selera, mungkin dah cemuh makan makanan klinik macam kita naik muak makan menu hospital la. Makan sedap pun kalau suasana hari-hari macam kat wad tak memberangsangkan terjejas selera jugak kau paham kan apa aku cakap ni. Aduhaii..aku pujuk-pujuk Rocky supaya makan sebab dia kena ada tenaga baru cepat sembuh cepat boleh balik. Rocky makan sikit.

-to be continued

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.