1) Selepas lari beribu kilometer dalam kasut-kasut Brooks, Salomon & New Balance, kini pencarian solemate sejati sampai kepada brand Asics.
2) Asics adalah akronim perkataan latin 'Anima Sana in Corpore Sano' (Sound Mind in Sound Body), falsafah ini jadi prinsip syarikat.
3) Bila previous kasut NB 1260v3 dah sampai mileage retire, Asics ni antara yang ada dalam radar selain NB 1260v4, Altra Provision & Brooks Adrenaline GTS. Untuk Asics, model yang dipertimbangkan adalah GT2000/3000 atau dari line Kayano.
4) You see, pemilihan kasut ni bukan hal remeh langsung sebenarnya bagi mereka yang serius dengan berlari. Selain merupakan satu pelaburan duit, kasut sangat penting untuk mengelakkan kecederaan. Antara dua faktor kritikal memilih kasut adalah bentuk kaki & stail berlari (pronation).
5) Hakikatnya, semua hobi tak kira sesimple manapun ia kedengaran, akan memerlukan belanja yang semakin besar bila masuk level serious. Untuk mendapatkan level kualiti & pengalaman yang lebih tinggi. Apapun amalkan justifikasi matang mengikut kemampuan/keutamaan semasa.
6) Selepas banyak googling baca review2, borak-borak dengan rakan pelari yang lebih berpengalaman & lawatan yang sikit punya lamaaa di shoe store, akhirnya justifikasi telah disepakati bersama alterego2 berwatak auditor & akauntan yang sungguh provokatif.
7) Welcoming Asics GT-2000 to my solemate line-up. Wishing us many happy miles ahead hikhikhik.
8) Sebenarnya kan walaupun tak entirely faham tapi aku boleh terima kenapa segelintir wanita suka beli kasut sebab aku pun ada 8 kasut lari yang beza-beza. Tapi kena guna betul la.
9) Sebenarnya dah habis point nak tulis tapi saja nak cukupkan sampai sepuluh la alang-alang.
10) eee tazabarnyee nak lari-lari dalam kasut baru kbaii
No comments:
Post a Comment