Rasanya semua bermula bila aku kawan rapat dengan Baim circa tahun 2011. Dalam ramai-ramai kawan yang aku ada masa tu, dekat Baim ni ada satu lain sikit- dia rajin ikut kuliah2 belajar kitab. Bukan kuliah biasa kita tahu macam dalam dewan tu, tapi kuliah bertalaqqi di Majlis Taalim dimana kitab2 muktabar disyarah oleh ulama tok guru & tausiyah oleh habib. Waktu 2011 ni benda2 pasal habib dan seangkatan belum 'IN' lagi sebab media2 massa mainstream kat Malaysia belum cover. Jangan salah faham, hanya perbandingan relatif.
Bila lepak dekat bilik Baim, memang aku perasan salinan photostat kitab2 kat meja, risalah bertampal kat dinding. Video-video yang dia selalu pasang pun aku tengok.
Ada jugak Baim cerita sikit-sikit dekat aku pasal apa yang dia belajar dari kuliah kitab, pasal qasidah, pasal ASWJ. Aku tengok penampilan Baim pun, ada sesuatu yang nampak lain pada amalan dia : cara dia berdoa & wirid lepas solat, cara dia tukar baju untuk solat, dress up dia bila nak pergi masjid, tabiat dia berwangi2, kegigihan dia rukyah anak bulan setiap transisi bulan Islam, dll.
Kisah cinta sebenar ni agak mencabar untuk ditulis, nak cerita macam mana pun masih difikir-fikir. Sebab semua ni bukan sekadar suatu cerita, tapi satu proses yg masih berjalan. Plotnya spontan & 'loose', datang kepada aku dari semua arah & garis masa yang tersendiri. Bukannya ada naratif direct..
Kenapa aku refer ia sebagai suatu proses? Sebab aku diperkenalkan kepada setiap elemen ni satu persatu yang akhirnya aku temui maknanya sendiri kemudian. Sebahagiannya diperkenalkan melalui Baim, selebihnya dari sekeliling yang aku discover secara random- khutbah jumaat, bait lagu, tazkirah yang bukan aku cari, buku2 yang aku baca, video dl. Kesedaran tu menyentak dalam hati bila tak semena-mena ada 'catch' datang dari benda2 tak tersangka ni. Jika itu semua asbab yang melaluinya aku diperkenalkan, siapa yang memperkenalkan? Aku percaya, Allah.
Allah Tuhan Yang Maha Penyayang.
Aku seorang insan jahil dalam kekeliruan, walaupun yelah berpendidikan akademik serta bukan penyangak tapi secara spiritualnya aku memang jauh dari berisi. Jadi aku tertarik dengan apa yang aku nampak pada Baim. Apa yang Baim belajar nampaknya buat Baim steady happy & tenang. Jadi beginilah aku mula terjebak kedalam chapter hidup yang ini. Cerita aku & cinta sebenar.
-to be continued
No comments:
Post a Comment