Sunday, August 16, 2015

Masalah?

"Salahkah ku merasa serba salah yeah, salahkah ku bermasalah?"
(Butterfingers, Cuai)

Intro je tu.

Bercakap pasal Masalah, ada banyak side kat subjek ni yang boleh dikupas. Pasal handling, attitude, blabla macam-macam: semua boleh jadi satu story full.

Khutbah jumaat baru-baru ni pun cerita topik ni. Antara intipatinya - masalah2 ni semua ujian yang setiap orang terima. Kalau hidup takde masalah sama la macam masuk dewan periksa tak dapat kertas exam. Banyak ayat Al-Quran sentuh perkara ni antaranya Al-Kahfi (ayat 7) & Al-Mulk (ayat 2). Masalah orang tak sama sebab standard kita diuji berbeza2.

Tapi yang aku nak tulis kali ni pasal side lain iaitu mendengar masalah. Atau lebih tepat lagi- Kenapa kita nak tahu masalah orang lain?

Jawapan tipikal adalah:
"Sebab itu tanda prihatin, peduli."
"Sebab nak cuba la mungkin boleh tolong"
"Sebab ada dua telinga bermakna kena lebih banyak mendengar, mulut satu je"
Leulzzz.

In the critically-acclaimed book 'Fight Club' tulisan Chuck Palahniuk, satu tema berat yang ditonjolkan adelah tentang tujuan mendengar masalah. Watak narrator dikisahkan menderita insomnia yang sangat teruk sampai disoriented masa & waktu. Lepas ditempelak doktornya yang cakap "Insomnia bukan satu masalah",  dia pergi ke hospital untuk lihat sendiri 'masalah sebenar' macam yang doktor suruh. Di hospital, dia menyelinap masuk ke perjumpaan support group pesakit kanser testikel (narrator menyamar sebagai salah seorang pesakit). Dalam sesi support group tu bila setiap pesakit merintih penderitaan masing-masing & menangis berpelukan, Narrator rasai suatu kebebasan. Masalah insomnianya hilang & dia akhirnya boleh tidur malam. Sejak tu dia sertai support group semua jenis penyakit kronik dengan menyamar pesakit untuk dengar cerita2 penderitaan, lagi teruk dia dengar lagi lena dia dapat tidur. Secara moralnya perbuatan narrator ni salah, sebab support group adalah perjumpaan tertutup & privasi, dimana pesakit berkongsi segalanya dengan telus untuk cari kekuatan sesama mereka. Tapi subconsciously, narrator dah ketagihan dengar cerita tragik, tak boleh stop.

Ini membuatkan aku berfikir. In its simplicity, isn't it true? Bukankah kita pun sering diberitahu dengan menekuni masalah orang lain yang lebih dahsyat buatkan kita muhasabah & bersyukur tentang keadaan kita?

"Sabar, ada lagi yang lebih teruk daripada kita", satu kata2 yang sangat biasa didengar. Ianya benar.
Mungkin terlalu benar, sehinggakan itulah sebenarnya tujuan kita begitu ingin mengetahui masalah orang lain- untuk bandingkan dengan keadaan & damaikan hati kita. Kalau nak tolong, sejauh mana sangatkah kelegaan yang dapat kita offer sebenarnya kepada pengadu masalah?  Subconsciously, kita sama saja seperti Narrator. Kita nak bahan yang buatkan kita rasa lebih lega. Penagih.

Secara peribadi, aku banyak dengar masalah2 orang lain dari sekolah lagi sebab jadi chief PRS. Sampai sekarang every now & then akan ade orang orang share dilema hidup kat aku, mengharapkan pandangan. Kawan sebaya, rakan sekerja, parents, senior junior, lecturer, jiran tetangga..semua ada. Sesetengah luahan sangat heavy. Ape credentials aku ada untuk bagi nasihat? Mungkin kelebihan meletak diri diposition orang lain, articulate detail & beri pandangan membuatkan mereka percaya. Entahlah aku pun overwhelmed.

Bila dapat kepercayaan orang2 yang tak tersangka ni, aku sebenarnya terasa bernilai. Ketelusan mereka dalam hal2 personal aku anggap mengesahkan/validate kewujudan aku sebagai insan yang masih diperlukan. Sebab bagi aku kepercayaan tu sangat mahal. Dalam drama sosial yang dialami, selalu aku ada inferiority complex dengan penerimaan sekeliling- rasa tak diterima sesiapa pun sebab 'berlainan'. Jadi memang aku appreciate cerita2 yang dikongsi kat aku, dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk return sesuatu buah fikiran yang berkualiti. Dan in a sense, pengalaman2 ni prompt aku untuk muhasabah diri & lebih bersyukur.

Sebab ini jugalah aku agak reserved berkongsi & lebih open mendengar even ada pihak2 yang berminat nak tahu cerita (read:masalah)- partly sebab ada ibrah dalam peluang mendengar masalah orang , partly lagi sebab motif yang bertanya masalah aku kurang jelas kenapa. Unless sistem barter of equal magnitude. Swap stories.

Apapun macam Butterfingers tanya tadi, jawapannya: tak salah ada masalah. Kita cuma kena belajar memahaminya

Perbanyakkan membaca & berfikir untuk memperolehi 'psychological depth' supaya boleh 'melihat' hakikat dan membantu memahami manusia.

Selain tu, alami masalah & dengar cerita tentangnya. Pelajaran yang hebat.



No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.