1) Drama Wadi yang ditayang setiap Jumaat 9pm bagi slot Zehra TV3 ni, aku click. Aku bukanlah pengikut hiburan media massa, tapi aku hargai karya berkualiti. Karya ni bagi aku ada beberapa kualiti yang nice.
2) Elemen 'running' yang diterap dalam perkembangan watak Wadi bagi aku sangat refreshing. Sebagai runner aku approve & subscribe kat idea ni. Sebelum ni drama Malaysia takde lagi buat rasanya. Kat lain dah banyak macam Forrest Gump dll.
3) Shafie Naswip yang main watak Wadi memang aktor yang aku 'dig' juga kerja2 dia. Partly sebab dia protege (late) Yasmin Ahmad yang aku minat. Bagi aku dia pro, watak Wadi dia bawak dengan baik.
4) Kadang-kadang aku hargai drama sebab OST dia. Tapi aku takde rasa berhantu dengan lagu tema dia yang Ezad Exist nyanyi ni. Apepun aku note yang drama ni guna muzik2 yang bagus jugak, ada zikir dan lain-lain.
5) Still faktor utama yang buat aku layan Wadi sebab watak Wadi, seorang yang berhati baik tapi lalui banyak derita so jadi dingin & memberontak (macam Bezita la)..yang berlari. Wadi temui yang berlari membantu dia lupakan kesakitan. Betul sangat tu. Scene2 berlari & merentas desa (?) tu buat aku gatal nak lari tang tu jugak.
6) Wadi berlari ada wawasan. Nak jadi wakil itu ini pastu nak join marathon (ewah). Dalam drama ni banyak scene training dengan coach dia yang selalu senyum tengok stopwatch. Apa yang disenyumnya aku confuse, kalau dah penamat larian logik la senyum kat rekod timing. Ni nampak tak berapa kena.
7) Watak Widya yang syok kat Wadi tu lawa jugak tengok, cuma aku somehow nampak muka dia iras Izzue Islam cleanshaven lepas tu pakai tudung. Tapi persoalannya betul ada ke perempuan yang masih degil hold on suka kat lelaki yang broken, dingin, reserved & rebel- seperti watak Wadi. Hmm.
8) Amyza Adnan yang main watak mak tiri pun boleh tahan puaka. Dialog pandai bawak, perangai pun jilake. Selalu watak komedi dia ni.
9) All in all drama ni best. Cuma aku nak tengok istilah marathon yang dimaksudkan dalam cerita ni betul ke tak. Marathon distance is & always be 42.195km. Sekarang ni ramai yang ignorant, lari distance biasa2 pun claim marathon which make true runners geleng kepala tepuk dahi.
10) Harapan semoga ada lebih banyak drama/movie yang terapkan elemen sukan & rekreasi dalam perkembangan plot. Sebab dalam sukan, manusia bertransformasi dengan real.
The world I am from might not exist anymore but this blog helps me remember
Friday, August 14, 2015
10 takeaways from Wadi tv3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.
No comments:
Post a Comment