Fleksibiliti masa dalam bidang research ni bagi aku space untuk adjust2 timeout. Setiap hari minggu, masuk je 12 tengahari aku start rehat dah. Buat apa rehat awal? Tengok drama korea ntv7 la. Slot Kimchi ntv7 12-1pm Isnin-Jumaat.
Time-slip Dr.Jin, Sungkyunkwan Scandal, Kang-chi The Beginning, Arang & The Magistrate. Ni judul drama bersiri Korea yang dah ditayang bulan2 kebelakangan ni. Semua aku follow dengan tekunnya sehari-hari..lepas habis satu satu hebatkan wakakak. Boleh je nak download perabis & tengok sekali harung tapi tak feel la, lagipun tak la minat level sampai segigih tu. Amboi
Ada sebab kenapa aku sangkut drama2 ni walaupun aku bukannya kaki K-drama. Semua drama siri ni berkongsi persamaan tema dia iaitu korea zaman dinasti dulu2..timeline dia zaman feudal. Ada elemen sejarah & budaya tradisi.Walaupun genre drama macam-macam tapi bila pakai latar masa macam ni aku memang suka betul. Moden2 tak minat, biasa sangat.
Layan wo. Perhati pemakaian2 kelas sosial yang ada, adat istiadat, makanan & permainan, pendek kata macam mana cara kehidupan orang korea waktu zaman tu lah. Secara tak langsung feeling macam tengok dokumentari juga. Walaupun accuracy tu mungkin tak serealistik yang sebenar, tapi close enough kot. Aku ada question jugak betul ada ke lelaki clean-shaven muka bersih macam hero2 drama ni..bukan ke kena ada jambang janggut misai baru lelaki zaman2 Joseon tu. Contohh.
Bila difikir2kan, korea tradisional ni lagi unik berbanding korea moden yang bersungguh2 ditonjolkan industri k-pop sekarang ni. Sebab elemen budaya asli ni la yang membezakan korea dengan lain-lain bahagian dunia. Yang takde tempat lain.
Masalah modenisasi (baca: pembaratan) budaya ni dialami semua budaya bukan Korea je. Tapi ramai tak sedar. Bollywood, Jepun, Nusantara, Timur tengah, semua dah kena asimilasi dengan cara hidup barat kaw-kaw. Budaya tradisi masing-masing dah sayup-sayup je, dah jadi pilihan keberapa entah sebab versi moden dah mendominasi semua spektrum. Contoh jelas tengok je lah cerita2 Bollywood sekarang, heroin seksi kemain hero pun sama naik, pemakaian influence barat habis. Lagu hindustan pulak kuat betul remix dengan muzik moden selang seli lirik English, siap autotune lagi. Joget-joget pulak, memang takde yang India tentangnya.
Benda sama jadi kat K-pop, Japan idol group, dan macam2 lagi kat industri media mana2 tempat sekarang. Sebab semuanya ikut acuan barat maka semua jadi sama takde beza. Muka je lain2; pemakaian, dance moves, isi dalam lagu & cerita, are all alike. Tapi semua ni takkan boleh thrive kalau market takde, jadi maknanya memang ada demand untuk ni dalam masyarakat. Whatever sells mann. It's all about monayhh.
Bukan kata tak boleh progesif, tapi kita kena konservatif jugak sebab situ macam-macam nilai murni ada- situ juga la asal usul bangsa. Selalu nilai2 murni macam decency & malu2 ni la yang terhakis bila progresif. Engkau tanya la golongan tua Korea Jepun India semua tu, pening kepala juga diorang tengok cara cucu berpakaian.
Tradisional ni adalah original. Pasal tu juga kalau pergi travel ke negara luar, side tradisional ni yang aku cari dulu sebab dia bagi pengalaman lebih intim dengan sesuatu tempat yang dilawati. Takde aku nak obses dengan shopping & leisure spot bila travel, tempat2 camni kat mana2 ada serupa je. Lagi utama, tradisi ni lah yang membezakan setiap budaya atas bumi; kalau semua cara hidup sama ape guna kita diseru belajar & hargai perbezaan antara puak2 macam disebut dalam kalam suci.
Hmm aku rasa budaya tradisi aku sendiri (Nusantara) pun patut ditonjolkan lebih dalam filem/drama. Sekarang ni dah takde langsung macam idea Tun P.Ramlee dulu-dulu, banyak arwah Tun buat cerita drama zaman kesultanan. Banyak sangat yang ilmiah boleh generasi muda hargai, pasal suasana dalam istana, pemerintahan pembesar, hierarki sosial, adat resam, laras bahasa..ah banyak lah. Genre buat je macam-macam boleh, percintaan 8-segi anak pembesar dengan anak nelayan ke, kisah anak gadis kampung menyamar lelaki sebab nak masuk silat ke, kisah tukang masak diraja yang power cipta menu2 & menang championship memasak istana ke..kreatif la. Macam Korea buat tu. Zaman dulu pun ada orang bercinta, ade kes jenayah, ada pengembaraan. Material drama semua tu!
Apa pun episod Arang & The Magistrate harini tension sorang2 aku tengok. Emosi aku macam kena roller-coaster dek perangai sekor2. Arang ni pun satu keras kepala, Ji-Wool ni aku geram betul boleh main jauh2 tak, Si Magistrate pun simpan sikit ego la nanti lari Arang tu. Haihhh sekor2. drama2.
Aku memang seorang konservatif.
No comments:
Post a Comment