Thursday, August 20, 2015

Mental

Tadi masa lunch aku tengok tv, berita ntv7 cakap 33% dari rakyat Malaysia berumur 18-60 tahun alami masalah mental. Sumber statistik ni dari kajian Kementerian Kesihatan jadi ianya legit. Walaweiii ini bersamaan 4 dalam setiap 10 orang!

This is new info to me.Tapi takdelah terkejut pun.

Di Malaysia, kesedaran tentang isu kesihatan mental ni masih lagi lemah & kurang. Masyarakat banyak salah faham lalu membawa kepada tindakan & keputusan yang salah jugak dalam handle isu ni. Dalam berita tadi Menteri Kesihatan kata, sebilangan besar yang ada masalah mental ni akan pergi berubat secara tradisional ikut budaya masing-masing dulu instead of doktor2. Jumpa bomoh la sami la ustaz la. Salah tu macam tu.

Lagi mengeruhkan keadaan adalah persepsi masyarakat terhadap isu kesihatan mental ni. Dari segi perubatan, ada macam2 jenis masalah mental ni macam anxiety, depression, asperger, autism dll semua berbeza & dah diprofil medically. Tapi stigma masyarakat ni dengar je ada orang masalah mental je maka terus label 'Gila'.Cepaaat je semua di'gila'kan. Ini jugak menyebabkan orang2 yang ada problem ni malu untuk tampil mendapatkan bantuan profesional- bimbang nanti orang panggil crazy.

Dalam dunia sekarang ni manusia makin sibuk dengan macam2 kerja yang takkan habis lepas tu interaksi direct dengan makhluk pun kurang. Aku tulis makhluk sebab bukan hubungan manusia-manusia je , tapi dengan elemen alam lain jugak macam pokok2 hijau, binatang2 & haiwan dll...semua ni makin menghilang dalam kehidupan hutan batu yang dah jadi habitat baru manusia ni. Bila peluang menghargai makhluk2 pun kurang, apatah lagi menghargai Pencipta Makhluk? Aku rasa kehidupan macam ni bukanlah fitrah manusia, jiwa manusia akan tertekan & sampai satu level, jiwa jadi penat. mental tak sihat..kena rawat kalau tak melarat. Bila melarat tu yang bimbang melahirkan monster yang boleh buat macam2 kejahatan tu.

Di Barat, pemahaman & penerimaan tentang isu kesihatan mental ni ditahap yang patut dicontohi. Problem mental dianggap masalah yang real, jadi majikan akan bagi cuti kalau ada pekerja mengadu & didiagnos mengalami tekanan berlebihan. Orang pun tak malu untuk pergi klinik kesihatan mental untuk dapatkan rawatan. Kat Malaysia bila kita mengadu depress kerja kat superior, ade kemungkinan dianggap mengada-ngada dari disymphatetize. Bila pergi klinik kesihatan mental pulak dianggap otak dah mereng, "mental unstable" kata orang. Ini juga lah yang mengakibatkan mereka yang bermasalah mental terus melarat dalam seclusion, orang sekeliling akan menjauh dari nak menolong "jangan dekat dengan dia, bahaya orang gila ni takut buat macam2." Tapi kita boleh mulakan dari diri kita..sama-sama ubah stigma ni supaya pemahaman generasi akan datang lebih baik. Kita boleh cegah banyak masalah yang berpunca dari pelakunya bertindak melampau sebab ada masalah mental.

Masalah mental ni kalau kita fahami betul-betul, asasnya adalah kesihatan otak je, iaitu neurosains. Bila sains ni, semuanya ada penjelasannya; otak sebagai organ yang kompleks dikawalatur oleh macam2 stimulus, hormon, chemicals etc ni kadang2 memang boleh tercelaru. Ada rawatan untuk balance kan apa yang tercelaru. Jadi jumpa lah orang yang bertauliah untuk dapatkan nasihat & sokongan. Kalau masuk Hosp Tanjung Rambutan pun nak malu buat apa? Itu tempat sama macam hospital yang orang lain masuk bila sakit itu ini je..macam bengkel yang baiki kenderaan yang ada masalah. Yang tak faham je akan judge salah. Pedulikan.

Masa aku jadi Pengerusi sebuah urusetia di universiti dulu ada seorang junior harapan jumpa aku personally mengadu dia depress & merasa sangat terbeban dengan macam2 komitmen dari position2 yang diuruskan. Dia nak quit dari urusetia kami. Aku suruh dia jumpa kaunselor bincang situasi dia, dan consider pergi klinik untuk checkup. Walaupun dia macam tak sangka reply aku macam tu, dia ikut juga nasihat. Sambil tu aku bawa hal ni bincang dengan para senior, mereka kata masalah ni "hal biasa, alasan, semua orang pun sama, mengada-ngada" dll. Bila junior tu jumpa balik aku, dia bawa result checkup doktor yang menunjukkan rupanya dia alami Depression 3rd stage yang evident kat heart rate & kestabilan emosi dia. Jadi aku pun lepaskan dia untuk kebaikan. Aku agak dikecam sebab tak hold junior harapan tu dari quit..tapi aku tau apa lagi penting.

Kalau rasa mental tak sihat jangan simpan seorang.
Kipidap. Steady


No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.