Sunday, August 2, 2015

Drama

Sekarang musim yang gembira meraikan pasangan-pasangan muda. Ada yang bertunang, ada yang bernikah, ada yang dapat baby baru. Jemputan walimah dari rakan pun tak putus-putus tiba. Alhamdulillah semoga dipermudah segala menjalani kehidupan rumahtangga dengan bahagia.

Selain dari memenuhi undangan mentekedarah kenduri, aku ada jugak main peranan jadi saksi bakal pengantin isi2 borang kat pejabat pendaftar kahwin, ada jugak aku jadi dulang dudes & pengapit. Ewah pengalaman yang nice juga.

Tempohari seorang kawan perempuan call, ajak minum2 sebab kebetulan dia ada area berhampiran. Sebenarnya lama juga tak jumpa dia ni lepas dia kahwin tahun lepas & berpindah ke negeri lain (aku kenal suami dia tapi bukan rapat) lagipun dia memang seorang yang busy berkerja. Waktu zaman degree bujang2 dulu memang kami geng. Aku tak tanya banyak masa dia call tu, kira on aje. Bila kat kedai kemudiannya, dia datang seorang diri & senyum bila aku cakap "Sorang je?". Aku sangka mungkin dia tengah outstation, jadi aku takde terus soalsiasat. Kami pun catchup2 bersembang dalam mood raya. Rancak berborak sampai satu ketika dia buka cerita "Lokman, sebenarnya aku dah bercerai."

Semasa bulan ramadan yang lalu aku ada buka puasa all boys only dengan kawan2. Ada dalam kalangan mereka ajak sekali kawan masing2 join untuk meramaikan. Takde hal pun sebab lagi ramai lagi bagus. Dalam kami semua berbual2 selepas iftar tu ada salah sorang kawan baru kenal yang aku 'click' sebab dia pandai bersembang, seronok dia buat lawak dll. Bila kawan tu pergi tandas sekejap, rakan aku bawak dia join pun membuka mulut "Aku nak cakap terima kasih korang sebab bagi dia join kita, sebenarnya dia baru jadi Duda. Isteri dia meninggal akibat kemalangan lepas 3 bulan mereka kahwin. Dia tak boleh sorang2, kalau tak dia sedih & menangis teringat. Jadi kami gilir2 bawak dia dengan kami supaya dia tak depress."

Tak lama dahulu juga seorang brader yang aku kenali di tempat kerja mendekati aku. Usianya masih muda, sudah berumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang masih kecil. Sebenarnya dah sehari dua aku perasan kehadirannya menjengah & mundar mandir disekitar, satu hari meminta untuk berjumpa aku secara peribadi lalu berkata "Encik, saya sebenarnya segan nak cakap tapi saya betul-betul suntuk sekarang, saya ada masalah kewangan. Saya nak minta bantuan Encik kalau boleh pinjamkan duit untuk saya nak beli susu dan lampin anak2. Saya janji bayar segera."

Kenapa aku tulis semua ni entahlah aku masih proses apa kaitan & sinerginya. Aku tertanya juga adakah orang lain turut sedar struggle2 ini dalam ulitan candu kisah2 cinta sempurna yang dilihat dalam TV.
Apapun aku seorang firm believer bahawa Tuhan aturkan semua yang aku alami ni untuk aku ambil ibrah, untuk ajar aku segala yang aku perlu.

Walaupun dalam hidup aku seorang yang relatively anti-drama (tak ambik pusing kalau manusia nak start berdrama ke emo apa ke. Tak minat nak layan) tapi acapkali drama2 akan mengelilingi aku juga eventually, diceritakan untuk aku bagi pendapat. Dari satu sudut aku rasa ok sebab aku hargai pengalaman2 yang aku dapat.

Aturan alam.

Drama kisah suatu kehidupan.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.