Saturday, May 2, 2015

Homely

Ini post pertama kot yang aku post dari rumah. Maksud aku rumah family kat hometown.

Bila dikenang-kenang, lama dah aku tak balik..last sekali bulan 11 tahun lepas,dan ni dah bulan 5. Dari dulu2 sejak sekolah menengah berasrama lagi dah pesen cam ni, jarang balik rumah masa cuti. Kalau time sekolah dulu2 tu pehh..memang akulah geng stayback kat maktab. Conquer la 1 maktab bila semua student balik. Main tennis & badminton kat court sampai 1-2am..sapa yg tak balik kumpul lepak ramai2..tido sekali pakat usung bawak tilam..merayau2 kat bilik orang lain cari komik..skodeng asrama puteri.kahkah..zaman nakal2.

Lepas tu bila dah habis zaman sekolah, zaman U bila ade cuti je asyik join aktiviti luar pulak. Kem fasilitator, kem fakulti, kem kolej..macam2. Jarang balik rumah jugak.

Sekarang bila dah makin tua ni, jadi lebih sedar yang kena balik jugak walau macam2 mana pun. Family paling penting. Kena adjust jugak. Calling2 ke rumah selalu tu tak cukup dan tak sama dengan kepulangan kita. Bayangkan kalau kita ada di kedudukan ibubapa rasa2 macam mana. Aku mahir letak diri di watak orang lain ni, so aku memang jelas jugak la..

Parents aku diorang open minded dan memang tak sekat anak2 nak terlibat apa2 program masa cuti..dia bagi kebebasan kita teroka potensi. Tapi mesti diorang dalam dilema jugak antara rindu & supportive ni..aku dok agak2 lah.

Dulu2 masa semua masih duduk sekali dengan parents, mak ayah aku tak pernah lulus bagi bela kucing. Sebab nanti jadi leceh dengan najis dia & serabut bila kucing boleh asyik follow dalam rumah & ganggu kerja2. Lepas tu ayah aku ada asma, nanti risiko bulu kucing merata-rata lagi. Jadi walaupun banyak kali aku & adik beradik kata nak bela kucing, mang tak kan dapek.

Tapi sejak 4 5 tahun dah kebelakangan ni bila anak2 semua dah merantau & mereka tinggal berdua je dirumah, mak ayah aku start bela kucing. Dan diorang sangat suka dengan kucinh tu..rajin jaga & bagi makan, ambik gambar & share kat whatsapp dengan kitorang. Ada sekali tu kucing lama yang cantik hilang, mungkin dia jalan2 lepastu kena kidnap..parents aku down kejap. Sekarang ada kucing lain, dan itulah yang jadi penghibur peneman mak & ayah di rumah. Jadi bila aku kenang2kan balik dulu dan sekarang, aku sedar yang walaupun dia tak tunjuk,mereka sebenarnya sunyi..

Jadi aku yang kadang2 kurang sensitif ni, rasa bersalah bila aku tak dapat balik rumah. Mungkin ada beberapa benda yang aku kurang gemar yang terpaksa hadap bila balik rumah (macam terpaksa dengar soalan2 maut, ataupun terpaksa menahan situasi awkward bila parents suruh aku pergi jumpa saudara mara yang aku tak pernah mampu hafal semuanya)..tapi tu tak sepatutnya buat aku tak balik rumah. Bila aku balik rumah, aku sebenarnya rasa nak spend masa dengan mak ayah aku dirumah kami je dan jalan2 pun kami2 je. Tapi ayah aku adelah seorang family man yang power, idea dia lain..dia mesti akan bawak pergi ziarah semua rumah saudara mara belah dia & belah mak dalam satu roadtour yang macam 'parade' aku rasa kadang2. Aku kurang gemar sikit benda gini sebab susah nak masuk bila nak spark conversation..tapi aku faham kepentingannya. Aku yang akan warisi legasi ayah aku nanti sebagai anak sulung. Ayah aku memang disenangi semua kaum kerabat sebagai orang yang meraikan keluarga jauh & dekat..tapi aku ni pula masih lupa2 panggilan saudara & lokasi rumah mereka.

Jadi Aidilfitri ni aku plan nak buat projek dokumentasi semua kaum kerabat yang aku jumpa. Lengkap dengan gambar & profil..jugak lokasi rumah. I am a family man too even in a tad different way.

Pesanan penaja: sayangilah keluarga anda.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.