Thursday, May 21, 2015

Modal sosial

Aku ada mental click dengan iklan baru Samsung yang selalu main kat TV sekarang ni tu. Iklan pasal Galaxy S6 baru diorang.

Suka idea & 'modal sosial' yang dijual dalam iklan tu. Lagu yang dia pakai pon aku 'dig'..lagu I'm Alive oleh Johnny Thunder. Chorus dia jerit "I'M ALIVE!!!!" tu. Kalau tak tahu iklan yang mana, boleh cari kat youtube 'samsung galaxy s6 ad'. Iklan dia memaparkan keadaan beberapa orang yang tengah dalam moment2 excited state yang tinggi potential energy, sebelum semua energy tu direlease pada saat seterusnya dalam aktiviti tu. Transition moment seperti perasaan saat2 akhir berdiri ditebing curam,sebelum lompat kebawah semasa bungee jumping. Dan semua feel pada moment tu disamakan dengan moment 1st time switch on Galaxy S6...gituu modal sosial dia. Macamtu la aku boleh describe pasal iklan..nak lebih faham, perati iklan tu.

Semakin banyak sekarang iklan atau pasaran yang guna modal sosial ni. Produk tu bukan semata2 diangkat & hurai2 dari aspek teknikal dia, tapi disandarkan pada suatu konsep kepercayaan, gayahidup, pemikiran dan perasaan..jadi faktor ni lah yang akan memancing jiwa2 yang selari dengan elemen ni. Dulu2 ni hanya dibuat oleh Steve Jobs pada Apple je, pasal tu lah Apple sangat berjaya sedangkan harga lebih mahal dengan spec yang comparable dengan pesaing2 lain. Steve Jobs yang genius guna elemen modal sosial, dan tampilkan Apple bukan sekadar gajet..tapi satu statement fesyen, ekspresi watak, simbol pemikiran advance & gayahidup elegan yang memecahkan stereotaip pada zaman tu. Dia quote Jack Keruoack dalam kempen dan itulah formula yang jadi turning point. (Aku ingat kempen tu sampai la ni.Respect). Kalau aku pun akan beli sebab jiwa dah subscribe dengan idea kempen tu. Beli sebab hati rasa sync dengan imej yang dibawa produk tu, even belum tentu aku perlu gajet tu/akan guna feature2 yang ada padanya. Apple pun jadilah untung gila2 sebab dapat pancing hati & duit semua..

Yelah, konsumer ni semuanya manusia, dan manusia boleh lebih dipengaruhi bila dapat 'tap' pada perasaan. Manusia rasa lebih dekat dengan ayat 'Saya percaya' berbanding 'Saya tahu' tentang sesuatu. Tak kisahlah apa pun halnya.

Apapun bagi aku memang amalan menggunakan elemen modal sosial ni berguna untuk tarik perhatian yang  diperlukan. Orang buat presentation, orang mengajar,buat sales/bisnes, mengurat,ah semua lah boleh dapat manfaat dengan capitalize pasal modal sosial ni. Bila kita betul2 solid & zahirkan pendirian kita dalam buat sesuatu, orang lain boleh setuju & 'click' dengan pendirian kita tu, then jadi follower kita (in a sense). Tapi jangan fake buat-buat la..dose.

Dan aku pon suka sangat dengan idea  highlight feels dalam moment yang Samsung guna dalam iklan Galaxy S6 ni. Secara peribadi, aku cuba sedaya upaya untuk sedar moment2 sebegini bila aku lalui (selalunya bila dah excited, sensitiviti kita lemah kan..tapi tak boleh la macam tu kena sensitif baru boleh sedar). Contohnya macam kali pertama nak lakukan benda baru..masa nak start presentation penting ke, cuba main snowboard ke, saat2 sebelum semua pelari marathon dilepaskan di starting line ke...Ohh bercampur baur perasaan, tak tahu apa yang menyusul pada saat berikutnya. Indahnya perasaan tu! Bila kita dah habis buat aktiviti tu cuba reflect balik perasaan seronok sebab settle dengan excited masa belum mula..double indah!

Jadi semua, nikmati saat2 transition ni..sangat berharga! Kalau ade peluang ambik gambar buat momento. I'm all about the moments.

(Gambar adalah saat2 pertama embrace salji~)

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.