Wednesday, April 29, 2015

Budaya kerja

Bila buat kerja, amat penting untuk kenalpasti apa budaya kerja yang diamalkan dalam line kerjaya tu. Semua ni dapat beri kita suatu anchor untuk pegang dan rujuk supaya kita dapat perform dalam kerja.

Iyalah, semua kerjaya ade cara kerja yang berbeza- kerja eksekutif bisnes tak sama dengan kerja kontraktor (contoh). Dan perangai kita mungkin tak semulajadi sempurna selari untuk kerja kita. Walaupun originaliti peribadi tu bagus, tapi kalau ada perangai yang tak bagus dan kita buat keras je kerja ikut cara sendiri, ianya boleh clash dengan keperluan kerja kita. Jadi budaya kerja ni kita boleh check & balance dari semasa ke semasa. Dan kalau kita boleh follow budaya kerja ni dengan baik, kita boleh berjaya dan maju seterusnya jadi _____ (isi sebarang kerjaya disini) yang power. Budaya kerja ni semuanya bagus2 je, dengan syarat kerja tu kerja yang bagus la bukan jadi penyangak ke apa.

Kegagalan untuk identify dan follow budaya kerja ni akan susahkan diri sendiri dan jugak pihak yang berurusan dengan kita. Rasa stress, tak enjoy kerja dan terseksa. Jadi, adakah anda dah kenalpasti budaya kerja bagi karier anda?

Macam aku yang cuba bertapak dalam dunia penyelidikan bioteknologi ni, antara budaya kerja yang diperlukan adalah sentiasa ikuti perkembangan baru dunia saintifik, selalu cek emel, rajin berkomunikasi dan bertanya,  baca jurnal ilmiah terkini, dan kena kreatif berusaha..ni beberapa je. Jadi aku sedar yang aku liat membaca jurnal saintifik sebelum ni, so aku sekarang cuba polish kat aspek tu.

Fikir-fikirkan lah. IMHO.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.