Biaselah kadang2 hari ahad aku memang tidor balik lepas subuh..lagi2 kalau cuaca syahdu. Bangun pukul 10-11 baru buat benda2 semua.
Satu pagi ahad ni, lepas bangun aku prepare lah breakfast tipikal aku..Rolled oats campur susu choc anlene panas..dan half boiled eggs 2 bijik dengan kicap manis. Simple je tapi terangkat wa cakap luu. Ekonomik,mengenyangkan, kaya serat mineral protein dan rendah carb..ewah acah-acah eat clean hahahah. Walaupun dah dekat tengahari tapi aku tak nak skip breakfast..lunch lunch la motepp nak brunch brunch.
Pintu rumah memang terbuka dah masa ni..grill pintu je kunci. Eja yang tengah main apa tak tau kat luar tu pun muncul depan pintu dan.."Assalamualaikum!!" jerit Eja. Aku bukak grill bagi dia masuk, dia pun terus pusing2 usha2 dalam rumah. Dia nampak 2 bijik telur yang aku baru rebus..dia tanye lah..makan ini je?? Aku pun cakap lah iye..ini lah aku makan hari-hari..saja aku layankan je malas nak cerita detail2 panjang2.
Eja pun keluar pakai selipar tergesa2..kat muka pintu rumah aku lagi dia dah laung kat mak dia dalam rumah sana.
"Mak!! abang Lokman makan telur je! Kesian dia tak ada makanan!!" Aku yakin bukan setakat mak dia dengar macam tu punya laung dah suara macam siren gitu. Dia jalan sambil repeat laung sampai la masuk rumah dia. Aku tak dan langsung dahh nak stop dia ka panggil ka apa..mampus.
Menggelupur aku dalam rumah dengar. TQSVM Eja sungguhh..sebab telah bagi gambaran yang sungguh marvellous..magnificent..amazingg. Rasa nak tinju batang pisang belakang rumah tang tu jugak . Terasa hangat muka darah naik untuk mengaliri kulit wajah yang telah menebal 15cm..
Tengahari itu lauk pauk dari rumah para jiran pun sampai secara berjemaah.. sambut dengan senyuman kelat~
2 comments:
haha. Anak jiran ke lokman?
Aah kak..haha
Post a Comment