Friday, May 15, 2015

Eja: lambat


Masa aku otw balik rumah dari solat jumaat, aku perasan Kak Ida & Eja macam tunggu orang kat depan kedai runcit dia yang tutup sebelum semayang Jumaat ni. Rupanya kereta diorang rosak & tengah tunggu sesapa lalu nak mintak tumpang hantar Eja pegi sekolah agama pukul 230. Sebab kebetulan aku halfday, aku kata biar aku hantarkan lah. So eja pun naik dengan aku.

Dalam perjalanan tu macam2 Eja cerita kat aku tapi aku tak clear sangat pasal suara dia laju macam rapping. Yang aku tangkap dia cerita pasal kawan2 sekolah dia nama Zack, Daniel dan Akmal. Walaupun dia kecoh bercakap congceng2, aku perasan hidung dia merah2 & mata berair sejak dari kat depan kedai runcit tadi lagi.

Peristiwa ni buat aku teringat kisah aku sendiri masa darjah 2 bersekolah agama sesi petang time duduk Labuan dulu2. Jelas lagi dalam memori aku, suatu petang tu ayah aku tak dapat balik rumah tengahari sebab ada hal..kebiasaannya dia balik lunch kat rumah, lepastu dia yang hantar aku pegi sekolah agama masa otw dia masuk balik opis. Haritu ayah aku last minit baru bagitau tak dapat balik, dan aku takde orang  nak hantar la pegi sekolah. Mak aku masa tu tak boleh drive lagi, so jadi jalan buntu kat situ. Aku ingat punyalah sedih betul rasa masa tu..hiba kemain..sebab aku dah siap semua ni tapi ayah aku 'tak datang hantar aku gi sekolah pulak' (logik budak darjah 2). So aku & mak akhirnya decide tunggu depan rumah tengok kot2 ade sesapa lalu dalam taman perumahan tu yang nak pegi sekolah,nak mintak tumpang. Tunggu punya tunggu TAPI TAKDE..masa dah suntuk nak start dh sesi petang dah ni. Aku keje nak sedih je masa tu..hiba betul!haha..tapi serius pilu dijiwa sampai sekarang ingat walawei.

Pengorbanan seorang ibu, mak aku ambik payung & dalam cuaca panas tu kami berjalan kaki ke jalan besar..situ jalan utama & peluang jumpa orang yang en route boleh tumpang lagi tinggi la.

Alhamdulillah tak lama lepas tu ade kereta orang yang dikenali lalu, dia berenti tanya apa cita..dan kata boleh hantarkan aku pergi sekolah. Muka aku memang maintain hiba je..ye lah mata berkaca & hidung merah dah sebak2 tadi. So settle mak aku pun jalan balik rumah dengan payung (TQ mak..peluh2 tunggu,sedih lagi mengenangkannye) & aku pun sampai sekolah tumpang orang tu (memori takde langsung pasal siapa orang tu,tapi TQ sangat jugak).

Lepas balik sekolah aku mogok dengan bapak aku sehari. Merajuk sungguh-sungguh! (Logik budak darjah 2)

Lagu tema- Hiba (Hujan)




No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.