Friday, May 29, 2015

Weekend morning @putrajaya

Ada sesuatu yang terapeutik bagi aku dengan suasana awal pagi di Putrajaya. Jadi tak kira apa hal pun aku ada masa weekend, pagi mesti dimulakan dengan larian 10k nice di sekitar kelompok Precint 1-4. Apa yang best nye? Kat sini aku share apa yang aku rasa.

Kesunyian Putrajaya waktu dinihari. Sebab presint 1-4 ni kompleks bangunan kerajaan, bila weekend dia 'kosong' tak sesibuk dengan pekerjanya seperti weekdays. Solat subuh di masjid besi..ada feeling yang menenangkan. Suasana masjid besi yang gah & luas tapi tak ramai orang.

Lepas tu sambung feeling tenang dengan start larian ikut 'route pulau' yang cover jarak lebih kurang 11km point to point. Waktu awal pagi masih gelap, tapi ada permainan cahaya lembut hasil pencahayaan atau illumination kat jambatan2 & bangunan di sekitar. Kat jambatan tu, warna bertukar-tukar..dengan lampu2 hotel Pullman nun diseberang tasik kelihatan, dan barisan lampu tepi tasik menandakan laluan untuk lari saujana mata memandang.

Larian sepanjang route pulau ni akan membawa pelari menikmati laluan ditepi air,melalui kawasan perumahan dipinggir tasik, laluan tarmac yang membelah taman seri wawasan, dan kawasan2 landmark Putrajaya macam Masjid Putra, Monumen Alaf Baru, Masjid Besi & Taman Floria. Merentasi semua kawasan ni, akan dapat pemandangan nice yang berganti-ganti.

Bila matahari mula terbit, sunrise akan direflect oleh tasik yg tenang umpama cermin, dengan bayu pagi yang dingin..kita dapat rasa tenaga positif dalam transisi dari gelap ke cerah sambil-sambil terus berlari & sync dengan suasana sekeliling kita.

Bila suasana mula lebih cerah, makin ramai penggiat rekreasi dan warga setempat keluar untuk beriadah ataupun bawak keluarga santai2. Putrajaya adalah model bandar terancang yang mesra untuk pelbagai aktiviti luar dengan landscaping yang sangat baik. Bila orang mula ramai, mood & tenaga positif dari semua orang ini kita akan dapat rasa. Berlari melalui group yang buat aerobik mingguan, sekumpulan kanak-kanak yang bermain di taman permainan, atau berselisih dengan pelari atau cyclist random on track dan saling menggalakkan  walau tak kenal..sangat harmoni.

Dan disekitar tasik seringkali ada pasangan baru berkahwin buat photoshoot outdoor pada hujung minggu. Bila selisih aku akan ucapkan tahniah & slow clap & thumbs up untuk meraikan kegembiraan mereka. Walaupun kita strangers, kita semua adalah satu. Bila mereka pun tersenyum & ucap terima kasih, kita akan rasa bahagia jugak. Pernah sekali tu satu couple newlywed Chinese ajak aku bergambar satu shot sekali dengan mereka.

Di kawasan masjid besi, dipagi hari ada pasar tani di tapak parkir berdekatan, bila berlari melalui bahagian itu, aku berhenti dan berjalan melalui pasar, test makan buah-buahan atau keropok2 yang dihidangkan sebagai sample untuk pengunjung (free food!) dan beli air kalau haus..lepas tu rasa recharged semula dengan apa yg disajikan oleh pasar itu (makanan & jugak suasana dalam pasar) dan sambung berlari ke tempat permulaan.

Inilah perfect morning bagi aku. Dan dah jadi rutin mingguan kalau tak ada halangan. Dan bila selesai semua ini, jam selalunya baru pukul 8-9am..kebanyakan orang masih lagi tidur di pagi weekend.

Ah weekend datang lagi. Tazabarrr.
Simple pleasures in my life.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.