Einstein pernah kata, 'Selagi anda tidak mampu terangkan perkara tu dengan simple, anda belum cukup fahaminya'.
Karl Pilkington dalam penulisan jujurnya melalui buku 'Moaning of Life' pulak menyatakan pekerjaan yang paling menggembirakan didunia adalah kerja yang ada direct interaction dengan client/end user/pelanggan. Contoh macam cikgu, tukang masak dan peniaga pasar. Happy tu dapat bila terus boleh nampak muka kat depan happy dengan khidmat kita. Bayangkan hari-hari camtu, berbanding kerja yang tak nampak kat mana batang hidung apatah lagi muka2 yg beroleh benefit dari hasil kerja kita.
Sam Adoquei yang merupakan artist/painter favorite aku selepas (the late) Van Gogh pulak tekankan betapa penting kita sensitif terhadap keindahan yang bukan zahir ni. 'Unseen beauty' istilah yang dia gunakan. Caranya, tengok orang disekeliling kita dengan pandangan terbuka..dan cari inspirasi dari situ.
Belajar dari kepelbagaian yang ade.
Sir Ken Robinson pulak berulangkali menegaskan yang style pedidikan atau perkembangan bakat konvensional ni dah outdated..patut ubah, kena direvolusi bukannya evolusi. Sebab evolusi banyak2 pon still menggunapakai & modify dari model yang dah telahpun cacat/defect. Kena ubah dari scratch. Unorthodox. Unconventional.
Senada dengan seruan Abraham (Abe) Lincoln dalam quote famousnya ketika ucapan kongres US tahun berapa aku lupa pulak. Quote dia
"The dogmas of the quiet past are inadequate to thee stormy present,
The occasion is piled high with difficulties & we must rise with the occasion.
As our case is new so we must think anew & act anew.
We must disenthrall ourselves & then we shall save our country"
Penyajak terkenal W.B Yeats yang aku minati pun ada satu puisi yang berkait pasal ni, bunyinya
"Had I the heaven's embroidered cloth, enwrought with gold & silver lights. The blue, the dim, and the dark cloths. Of night, and light & the half light. And I would spread the cloths under your feet.
But I, being poor,have only my dreams.
I have spread my dreams under your feet. Thread softly because you thread on my dreams'
Bait-bait yang sangat dalam maknanya..
Dan beberapa lagi idol macam Juan Enrique, Tesla, Simon Sinek, unlikely figure lain-lain, serta Dr. Siti Sakinah yang baru kukenali tapi cepat mesra sebab gelombang otak sama.
Kenapa aku recall idea2 semua idola ni, sebab lepas ni aku rasa aku perlukannya. Tanggungjawab yang baru diterima ni rasa lain macam challenge dia. Tapi sebab orang percaya potensi aku untuk handle, kenapa aku tak yakin dengan diri sendiri kan? Environment baru yang aku tengah suaikenal ni macam dunia lain, totally beza. Jadi perasaan bercampur baur..takut,nervous,thrilled..macam2lah. Dah la semua kena manage sendiri, takde orang sempat nak tolong guide lebih2..so freedom 100% nak execute macam mana asalkan hasil fit dengan target interest. Ini buat aku rasa intimadated tapi excited pada masa yang sama. Apapun steadykanlah diri sebab, disebalik semua feeling bercampur baur ni..ada rasa yang ini memang niche aku sebenarnya..this might be where I belong! I'm made for this shiattt.
Maka berusahalah yearghh worghhh krohhhh.
IGNITION.FIRING ON ALL CYLINDERS. TAKEOFF IN 3 2 1 BOOMMM
No comments:
Post a Comment