Sekarang ni aku sangat psyched untuk attempt timing under 4 jam untuk full marathon. Kali ni aku realistik dan beri diri aku masa yang setimpal untuk body training & develop.Kalau semua smooth maka aku akan berada di condition yang mampu pada ogos nanti.
Sebelum ni dah cuba beberapa kali, tapi lepas km 30 dah tak mampu maintain pace. Bukan susah nak sub4 kalau atas kertas, cuma perlu lari average pace 6 all the way dan lajukan sikit beberapa km here & there pace 5.30..dapatlah sub4 FM. Tapi kantoi jugak aku bila last 10km macam2 jadi..krem kaki lah, mengantuk gila lah, mental koyak lah.
So training akan fokus banyak kat speedwork, tempo run & long run sebulan sekali. Mileage & intensity akan gradually dipertingkat sambil aku progress dengan selesa. Frekuensi tak penting, yang penting kualiti setiap sesi. Kena betul2 disiplin lah..kena teruskan juga walaupun 2 minggu lepas suunto ambit aku hilang. Tertinggal kat tempat wuduk masa singgah subuh kat petronas suatu dinihari. HILANG woii..kemurungan~ so susah sikit nak monitor pace & mileage,kena pakai phone balik lah. Tapi cadence & heartrate still tak boleh..kemurungan lagiii
Apapun berusahalahhh. Buat apa2pun kalau takde goal & misi tak thrill la. Mana seronoknya koanzz
So step 1: stock up peti ais supaya boleh sustain & support training plan ni. Selagi fridge tak ready, training penat2 pun tak guna sebab tak ade replenishment untuk fuel & recovery & growth.
No comments:
Post a Comment