Friday, March 4, 2016

ID

Manusia, makhluk yang istimewa berbanding makhluk-makhluk lain yang ada di dunia ini. Daya upaya & kekuatan yang dimilikinya bukan terhad tertakluk pada jisim otot, kelincahan, kecerdasan atau ketajaman pancaindera seperti binatang dan haiwan lain. Tunjang kekuatan manusia, datang daripada identitinya..sebagai seorang insan.

Mungkin kedengaran trivial, namun perkara ini bukan superficial. Terdapat lebih lagi disebaliknya. Malahan ada  bidang-bidang ilmu yang mengkaji dan cuba memahami perihal identiti dan pengaruhnya kepada individu. Salah satunya, ialah authoritative psychology.

Dalam case study Stanford Prison Experiment yang secara amnya menggambarkan amalan di semua institusi pembetulan(corrective institution) seperti pusat pemulihan atau penjara; pelatih atau banduan diletakkan dalam persekitaran dengan faktor-faktor yang mencairkan sebarang identiti & nilai individu mereka. Mereka diberikan nombor siri sebagai ganti nama, diharuskan memakai pakaian yang seragam & tidak gender-specific, dan mereka dilucutkan/dihadkan hak-hak asas. Tiada ruang untuk ekspresikan identiti diri. Lambat laun, semua nilai individualistik (identiti unik) yang dinafikan ini akan melemahkan mental semua banduan, dan mereka boleh dikawal & diubahsuai dengan mudah.

Dalam gambaran yang lebih besar, semua insan punyai nilai individualistik unik sebagai identiti diri seterusnya menjadi sumber kekuatan mereka sebagai insan. Hobi, prinsip hidup, vocation, peranan, kepercayaan, orientasi, mahupun insan tersayang. Aspek-aspek ini boleh memiliki nilai sentimental yang sangat besar bergantung kepada penghargaan individu tersebut dalam situasi masing-masing. Dan aspek yang sama boleh menjadi tiada sebarang makna istimewa kepada individu lain.

Tragedi yang merenggut aspek ini boleh menyebabkan trauma pada peringkat dalaman..kehilangan identiti, dan kesannya berantai, kompleks bila diterjemah dalam kehidupan.

Jadi takeaway yang paling mudah disini barangkali ialah, jangan ambil mudah. Jangan ambil mudah tentang suatu aspek hidup yang membentuk identiti seseorang individu itu..apatah lagi menafikan atau meremehkan , atau langsung memusnahkannya- kerana ia merupakan inti diri mereka. Bukalah ruang dalam diri kita untuk menerima kepelbagaian nilai individu, semuanya unik dalam cara masing-masing dan elakkan prejudis serta judgmental. Hargailah perbezaan. Selektif untuk kegunaan peribadi, bukan assertive untuk mengubah identiti orang sekeliling secara paksa.

Andaikata ada tindakan kita yang secara tak sedar mengesankan identiti orang sekeliling secara destruktif, bantulah ia pulih. Kerana manusia lemah dan tak berdaya jika tiada identiti..
macam tunggul!

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.