Wednesday, March 23, 2016

on my watch


Jadi, isu ni keluar muka depan paper semalam. Daripada sedikit background reading yang dibuat, aku faham yang peraturan ini baru nak dikuatkuasakan bermula tahun ni untuk beberapa peperiksaan utama. Basis larangan ini bagi Lembaga Peperiksaan ialah kerana concern jam yang semakin 'pintar' boleh disalahguna untuk menipu dalam exam, dan basis sesetengah pihak yang persoalkan pulak adalah...mostly meh.

Which brings us to a question- ada apa dengan jam?

Sir Ken Robinson dalam satu syarahan TED pernah gunakan 'jam tangan' sebagai contoh untuk membuktikan macam mana sesuatu amalan boleh berterusan tanpa basis functionality atau practicality pun. Dalam survey yang dia buat kepada audiens ketika itu, pemakai jam tangan rata-rata berusia 30 keatas, golongan audiens yang lebih muda tak memakai jam tangan pun. Menurutnya, generasi muda tak lagi menganggap kena ada jam tangan semata-mata untuk tahu masa, mereka boleh check masa dimana-mana saja sekarang. Golongan yang lebih senior, membesar dalam zaman pre-gadget dan terbiasa dengan pemakaian jam tangan, dan habit tu diteruskan sehingga kini. Mereka 'enthralled with wrist watch idea' -bak kata Sir Ken Robinson.

Aku dulu pun tak pernah pakai tangan. Sebab yang sama macam Sir Ken Robinson kata. Masa/waktu ada dimana-mana boleh check sekarang- gadget, phone, jam dinding atau display led ada merata-rata. So concern untuk larang pakai jam tangan sewaktu exam tu completely acceptable bagi aku sebab dewan exam pun mesti ada jam dinding ke apa.

Sekarang, jam tangan adopt makna-makna baru sebab fungsi dia bertambah macam-macam (lebih dari tunjuk waktu). Ia sekarang turut jadi simbol status sosial, fashion statement. Jam tangan sekarang decorated dengan premium material, leather, expensive stones bla-bla dan craftmanship ni diemphasize, and people are buying the idea.

 Ada juga penambahan makna yang jadikan jam technical piece, satu unit alatan serbaguna. Adafungsi navigasi, ABC (alti-baro-compass), sensor suhu & heartbeat, GPS dan boleh simpan data, macam-macam lagi lah. So jam dah tak limited untuk tengok masa, tapi gadget pintar. Dan sebab makna ini, aku pun dah pakai jam sekarang. GPS watch sebab dia fit dengan lifestyle.




My 1st watch in maybe 15+years- a Suunto.
One day I forgot & left it in a public restroom, when I got back
shortly after it's gone. RIP Sun wherever you are😔

Now a Garmin. 

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.