Bila musim tiket promo (allegedly) low cost airline, there's always a noticable buzz in the air. Meriah di media sosial & group2 travel-oriented, semua ticket hunting. Travelling makin boom sekarang, trending bak kata orang. Dan lahirlah berbagai2 jenis traveller.
Aku bukanlah traveller hardcore sangat apatah lagi selebriti, tapi experience adalah sikit, appreciation aku percaya ada banyak. Satu takeaways yg ia ajar aku adalah supaya sentiasa open minded, suspend sebarang judgment sebelum betul2 faham, dan judgment tu pula untuk kegunaan peribadi bukan jadi assertive keatas cara orang lain pulak. Jadi aku acknowledge berbagai-bagai jenis traveller yang ada ni, respect semua. To each their own.
Aku jenis apa? -Solo traveller, budget backpackers. Dulu-dulu bila travel kemana-mana, fokus aku set kepada nak cover ground sebanyak mungkin dalam sesuatu masa so end up 'kejar' POIs (points of interest) yang ada dalam target list. Masa tu aku lihat POIs ni lah yang define tempat aku travel tu. Macam kawasan tumpuan pelancong (pantai, landmark2, shopping street & local market), tarikan nature (viewpoint, observation deck, landskap cantik etc.) dan rumah ibadat (shrine, temple, etc.) Bila travel solo ni memang aku boleh bergerak laju kesana kemari. Tapi bila ulang-ulang, aku mula rasa kosong. Tak ada keterujaan lagi bila on the road masa travel.
Timbul persoalan dalam diri- "Apa sebenarnya makna travel2 ni?"
"Dimana makna tu berada kalau bukan di semua yang aku lihat ni?"
Pencarian makna tu membawa kepada bentuk traveller yang aku jadi sekarang. Tidak lagi rushing & terkejar2, sekarang bila travel aku cuba settle down dan jalani hidup seperti pace orang setempat menghabiskan hari-hari mereka. Rileks, buat apa mereka buat. Dan mata aku berpeluang tengok lebih 'dalam', keterujaan mengembara tu kembali & rasa saat2 makin bernilai. Sebab aku kembali belajar perkara2 baru dari setiap pengalaman. Kini bila travel solo ke luar, aku tak fokus kepada melawat POIs yang famous dan tinggi reviewnya, semua tu sampingan sangat dalam list. Apa yang aku aim ialah spend masa dengan manusia yang tinggal disitu- orang tempatan. Kewujudan platform macam Couchsurfing, Airbnb & lain-lain media sosial yang buka peluang connect dengan locals sangat membantu. Bahkan bila aku tinggal dengan locals, tak kisah dah pasal nak kejar apa-apa POIs. Contohnya baru-baru ni; I've made an clear effort untuk berada di Kawaguchiko pada 23/2 untuk catch up sambutan Hari Gunung Fuji, tapi bila dah jumpa Mona (a local) kami sembang2 dinner & bunyi bunga api dah kedengaran diluar, aku tak begitu berminat lagi untuk tengok. Justifikasi shifted. Dan masa yang kami luang bersama begitu berisi & lebih bermakna!
In the hindsight, aku berpendapat berada di POIs boleh jadi sangat superficial dari segi pengalaman yang diperoleh kalau kita hanya value segi luaran semata-mata, fikir lawa ambik gambar atau ikut review cakap saje (langsung tak ambik tahu nilai sentimental kepada masyarakat setempat & sejarah disebaliknya). Sudahnya, persoalan yang tinggal: apa gain kita dapat selain gambar kenangan cantik dan souvenir yang dibeli? Apa yang... kita betul-betul belajar?
Rasa kekosongan ini eventually menemukan aku dengan keyakinan yang essence atau soul bagi sesuatu tempat itu, ada pada jiwa-jiwa yang menghuninya. Benda ni berbentuk kisah & pengalaman & perasaan. Ianya transferable, melalui perkongsian cerita & masa yang luang bersama. Kini bila meninggalkan sesuatu tempat, banyak benda baru belajar, kenangan kekal kerana aku punya sahabat baru yang jadi tanda ingatan, dan terus berhubung. Salah seorang host merujuk perwatakan aku ni sebagai seorang 'intimate traveller' yang mencari sisi yang lebih 'deep'. Well I guess he's got a point.
Oleh itu, solo travel, budget backpacking, dengan adopt frame of mind sebegini pastinya bukan mudah. Ya, ia mencabar mental pada part merancang itinerary yang strategic & cost effective, dan menuntut fizikal yang sihat sebab tulang empat kerat ialah transporter utama anda. Hence, by all means ia menyangkal stereotype & stigma umum bahawa travelling ini 'semua mudah, cuti-cuti santai, rileks abadi' dll. And I'm a firm believer that through adversities & challenge we will grow as human. Not to mention that's true fun 😉
Dari sini juga bagi idea bahawa travelling adalah suatu medan pencarian yang bersifat peribadi. Refleksi diri sendiri apa yang dah cari sebenarnya? Orang mengembara keluar untuk cari macam-macam yang berbeza (rekreasi, bisnes, spiritual, shopping, sejarah, fotografi, budaya, etc) mengikut kecenderungan individu & corak masing-masing.
This is why cara spoonfeed, totally nak ikut itinerary orang lain, dan nganga je minta diberi semua idea & panduan apa perlu dibuat bila sendiri dah decide nak travel --- aku kurang faham. Ada sesuatu yang dinamakan Google yang patut dicuba dulu. Malas bukan trait traveller yang bagus. Might as well dapatkan service travel agency & tourguide je. Dan tubuh anda akan dibawa/diberikan sekian-sekian benda tanpa perlu risau apa-apa.
Itulah falsafah aku sebagai traveller.
Yang terus berevolusi.
Go.
Hikhik
No comments:
Post a Comment