Monday, January 25, 2016

Saygor

Blogging boleh jadi satu aktiviti mental yang buatkan si penulis/pembaca penat, dahaga & lapar. Bila jadi macam tu kenalah makan. Oleh itu kali ni nak tulis pasal macam mana nak buat saygor (sayur goreng) untuk makan. tudia aih mukadimah justifikasi. Post resepi la ni senang cakap kahkah.

Ada macam-macam style masak, dan berikut adalah style memasak sap sap soi bujang - ringkas, ekonomik, berkhasiat (kind of) tapi tak semestinya cepat (bergantung kepada skill). Aku cuma reti masak beberapa juadah je, ikut selera tekak aku. Saygor jadi pilihan sebab harini cuti Thaipusam & ini yang aku masak.

Bahan-bahan:
-Sayur-sayuran (ikut suka makan sayur apa. Tak kisah, semua boleh campur).
-bawang putih & bawang besar.
-Ayam/daging (sebab aku bukan herbivor).
-sedikit sos tiram & kicap manis.
-sangat sedikit minyak masak
-perencah SayGor Adabi.

Cara-masak:
1)Potong semua bahan ikut kesesuaian takkan tu pun susah kan.
2)Guna sikit je minyak, tumis sebentar bawang putih & bawang besar dengan ayam/daging sampai 3/4 masak camtu. Asingkan.
3) Guna pot kuali sama, goreng kilas sayur-sayuran tanpa tambah minyak baru. Tapi masukkan 3 4 titis kicap manis cair sekadar nak bagi moist sikit nanti kering sangat kang cepat hangus.
4) *Kalau ada guna sayuran yang lebih tough macam mcm kacang panjang, terung, bendi dll; goreng depa ni dulu bagi lembut sikit. Lepas tu baru campur sekali dengan sayuran lain yang less tough. Pasal kita tak mau goreng sayuran jadi terlampau layu, tapi taknak mentah2 sangat yang kalau campak kat tanah boleh tumbuh lagi.
5) Bila dah nampak sayuran layu sikit, tambah ayam tadi. Kacau2.
6) Masukkan 1 pek perencah SayGor (dengan 1/4 cup air), dan sesudu sos tiram.
7) Kacau lagi sambil menyanyi dan menari lagu kegemaran anda.
8) Siap untuk hidang & makan. Lepas makan jangan tangguh basuh semua alatan dapur yang dah guna tadi kalau tak nanti yilekkk.

Sekian.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.