Saturday, March 5, 2016

Petualangan Nihon

Ah, dah masuk hampir seminggu aku kembali ke tanahair selepas 15 hari berpetualang ke negara matahari terbit buat ke-4 kalinya. Baru setengah bulan, tapi transisi nak kembali ke environment sediakala selepas tukar kejap terasa semacam heavy. Setiap kali bermusafir kenegara asing pun begini. Heavy secara nurani (fizikal ada la sikit kali ni, jari2 terasa funny-kebas2. Dingin hawa disana mengelirukan saraf, barangkali). Benarlah bak kata pujangga, "With great moments, comes great withdrawals." (Kemekamen 2016)

Apapun, petualangan kali ni terus menjadi  pengalaman istimewa dalam kisah penerokaan aku. Mengembara solo ke bahagian yang belum dicover sewaktu lawatan2 sebelumnya- Kansai. Kali ni aku berjaya maintain catatan jurnal harian sepanjang 15 hari aku disana. Segalanya rapi dicatat dalam notebook dengan iringan foto dan video sebagai mengabdi kenangan. Nak cerita panjang lebar sini pula, memang meleret lah jadinya. Aku bukan pandai menulis kemas2. Kalau cerita mulut best, tapi boleh naik syeikh terbawa-bawa seronok dia.

Maka ringkasannya, sedikit highlights:

1) Unless ianya terlalu jauh, aku menyewa basikal sebagai mode pengangkutan pusing2 di setiap bandar yang disinggahi (dengan siri sesat2 yang epik). Disini berbasikal adalah normal, jadi blend in dengan semua orang. Aku bersaksi bahawa dalam tempoh 15 hari ni aku mengayuh melebihi mileage sepanjang hayat 26 tahun. Keluar pagi balik malam mengayuh. Sejuk so takdehal, syukur fitness mengizinkan.

2) Kali ni aku tidak melanggan pocket wifi seperti dulu jadi tidak ada internet 24/7. Bergantung pada free wifi di convenience stores dan public wifi yang ada. Betul adventure mencari2 convenience store sambil mengayuh untuk check validate arah, bila takde wifi disekitar sungguh mencabar skill navigasi aku. Banyak kesesatan yang indah berlaku. Apapun, god bless Lawson store & Famima & 7spot. Banyak misadventure mungkin berpunca dari limitasi connectivity ni (park basikal kat parking canggih Jepun lepastu tak reti ambik balik, sesat barat entah kemana hala, terlepas bas ekspres kena beli tiket lain , dll) But i like it.

3) Secara total aku berpeluang connect dengan 6 orang tempatan (tinggal bermalam dirumah mereka dan meluangkan masa bersama). Semua ada moment masing2:
-Toshi: aku lebih memahami tentang ritual & simbolism agama Shintoism. Berbual panjang lebar tentang banyak perkara.
-Pu & Aikemi: berjalan di Shijo St. yang besar sampai malam sampai seret kaki lah penatnya. Cuba yatsuhashi & lain2 Japanese sweets tester disemua gerai. Berbual sampai tidor lewat walaupun besoknya marathon.
-Mona: a nice dinner, tengok bunga api sempena Mt. Fuji Day, kemudian moment intimate aku dengan Mt.Fuji dihening malam di pinggir Tasik Saiko. Antara detik paling indah syahdu hidup aku. Overhelmed.
-Terry: di apartmentnya, turut sama mengajar dua wanita Korea yang datang untuk kelas Bahasa Inggeris. Terry private tutor. Bagi aku, telah belajar lebih banyak dari English yang aku share.
-Shomon: hiking gunung di Banjaran Rokko. Dan di apartmentnya, aku masak nasik lemak buat pertama kali dalam hidup- di Jepun pula tu, dan ianya menjadi omg sedap gila walaweii ajaibb.
* selain tu ada juga berinteraksi dengan rakan2 baru fellow traveller ketika di hostel backpackers. Dapat kawan US (Tom), Germany (Marty), Israel (Yono), Korea (Maki), Thailand (Tania). 

4) Menyertai Kyoto Marathon 2016. Dah lama tak lari 42km, training pun agak culas menuju ke acara ini. Walaupun cuaca agak brutal (strong wind+chilly) dengan condition aku yang tidak pada tahap optimum (masih amatur urus diri sewajarnya untuk marathon ketika travelling), syukur berjaya menamatkannya dan menikmati setiap detik dan kilometer. Orang-orang Kyoto & pihak penganjur memang steady! Best in the world.

5) Pergi Masjid Osaka & Masjid Kobe untuk lapor diri kepada Tuhan, dan connect dengan saudara seagama disana. Menjejak masjid di negara bukan Islam sentiasa bukan mudah (sesat jalan kaki pusing2 di Chibune cari masjid Osaka. Sesat berbasikal pusing2 di area berbukit cari masjid Kobe) namun secara peribadi aku merasakan ianya satu keperluan ketika bermusafir. "Pergi merata tempat boleh, takkan masjid tak boleh?". Dimasjid lah semuanya mengalu-alukan mu sebagai Muslim, brothers all the way bila bercakap dengan semua orang. Tak ramai orang Jepun yang revert Islam, kebanyakan komuniti Muslim adalah imigran baik Malaysia, Indonesia, Pakistan, Turki, Sri Lanka dll lagi jadi jika ada restoran halal majoriti diusahakan menyediakan makanan budaya2 ini. Restoran menu Jepun yang officially endorsed muslim-friendly masih limited. Aku sempat try satu- Monokichi di Kyoto. Memang authentic. Eh apesal makin fokus bab makanan puleeee ni.

6) Beroleh pengalaman naik tren ekspres Haruka yang tergendala tengah jalan dari Shin-Osaka ke Airport KIX. Satu jam lebih tren tu tiba-tiba stop in the middle if nowhere, sedangkan flight aku dah semakin hampir. Buffer time yang aku plan tiba awal untuk urusan2 di airport bukan banyak, jadinya dramatik jugak lah nyaris terlepas flight. Walaupun Jepun sinonim dengan kecekapan & ketepatan masa dalam segenap segi, masalah teknikal berlaku sekali sekala dan jatuh time aku ada hal urgent. Namun mereka betul-betul mengambil serius hal ni kerana dalam budaya kerja & memberi perkhidmatan, 'Pelanggan adalah tuan'. Bila tren pulih dan beroperasi semula, aku tak banyak masa lagi lalu terus meluru keluar menuju ruang pelepasan sebaik tren sampai di terminal KIX. Dari pintu tren terbuka di platform,  sepanjang laluan sehingga ke gate tiket keluar, staf2 Haruka Ekspres beratur dan memohon maaf sambil bow down kepada penumpang. a rare experience. 

Kyoto-ed!

Osprey 68l & Lafuma 25l. My trusty companions. 
Since 2011

Takde kacang goreng je. Close enough. 


Cool rides 😚 

Keindahan pengalaman dan segala gambar akan aku abadikan dalam photobook, seperti kisah pertualanganku yang lainnya juga.  Untuk masa akan datang, hala ke destinasi berbeza mungkin? Tapi Jepun dan diriku ada hubungan sentimental istimewa, aku tak akan pernah jemu dengannya. Level seterusnya juga bakal melepasi tempoh 2 minggu.

Pertualanganku untuk meneroka erti hidup dan untuk pemurnian diri.
Malaysia tetap tanah air ku.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.