Walaupun aku seorang planning freak yang akan contemplate & bersedia panjang lebar dulu bila buat sesuatu, dalam sesetengah benda aku pun impulsif jugak. Terfikir je terus proceed. Spontan. Terutama dalam bab2 cari pengalaman baru.
Oleh sebab akhir2 ni takde sebarang moment exciting baru cuma rutin biasa je, aku terasa agak hambar sehari-hari. Sebagai penagih pengalaman katarsis (cathartic experiences) aku perlukan dos seterusnya untuk hidupkan jiwa ni. Nak travel solo atau masuk hutan sekarang masa tak mengizinkan. Jadi aku ada fikirkan beberapa idea simple yang boleh bagi aku the next fix. Lalu proceed.
Semalam aku execute salah satu daripadanya iaitu Projek Meal with Stranger ; dah alang-alang aku pun selalu sorang2 bila makan kat luar, aku akan join random people yang jumpa dalam kedai tu makan & borak2 sekali.
Semua ni didorong oleh keyakinan aku bahawa setiap orang ada cerita masing2. The thought of that really excites me. Mysterious sebab kita tak tau apa disebalik zahir yang kita nampak. Bayangkan prospek ibrah & contents baru yang boleh dipelajari...pehh totally cathartic.
Jadi kat satu restoran di Teras Jernang ni, aku join seorang brader lingkungan awal 40-an (aku agak) yang aku tengok duduk sorang jugak di kedai makan masa tu. Aku rasa boleh masuk dengan semua orang, dalam sosial circles aku sekarang pun selalu aku paling muda. Rasa awkward takde langsung (at least for me) sebab aku begitu into this idea. Jadi sambil2 tunggu order aku sampai & makan2 tu kami ada borak sikit2.
Mula-mula borak santai serba sikit pasal masing-masing. Hanya perkara-perkara surface buat icebreaking, bagi selesa. Aku selalu bawak bahan bacaan bila keluar makan sorang2, kali ni ada majalah Running Malaysia kot2 boleh jadi filler sembang jugak. Nama brader ni Sufian. Ada la sembang sikit pasal lari bila dia belek2 majalah tu. Selain tu kami sembang pasal benda biasa2; pasal the fact yang ramai orang hari tu kat kedai, makanan ape yang masing2 recommend kat sini, cuaca, pasal general sosiologi Teras Jernang, dll. Brader ni memang anak jati sini jadi banyak juga story local yang aku dapat. Seperti ramai orang, lepas makan Sufian nak berasap. Dia offer aku Surya sebatang tapi aku tolak dengan baik cakap aku tak smoke. Tapi aku kata go on la kalau nak merokok aku tak kisah apa pun okay je.
Sufian kata dia dalam proses nak quit smoking. Sekarang dia dah cut down kepada sebatang rokok sehari dari ramadan. Aku support la sikit, sebab jaga kesihatan paling penting bagi aku. "Kalau badan ada masalah kesihatan, effect semua benda yang kita mungkin boleh buat, bang." ujar aku. Aku tak la ceramah panjang2 walau ikutkan aku yang health conscious ni, huih macam2 aku minat nak share pasal ni. "Betul tu, paling utama bila sakit ni dia ganggu ibadat kita." reply Sufian. "Tuhan suruh kita jaga tubuh ni supaya dapat beribadat kpd Dia dengan sempurna, sembahyang dll. Bila sakit, susah." tambah dia lagi.
Masa aku cakap susah nak buat macam-macam kalau sakit tu, ibadat bukanlah benda yang exactly aku fikirkan. Aku asalnya dok fikir aktiviti yang lebih fizikal macam travel, explore pilihan2 hidup, mencuba itu ini dll. Tapi memang betul ape yang brader tu kata. Spark catharsis dah mula kat sini. Brader Sufian yang dah selesai merokok sambung cerita pasal solat.
"Macam mana nak masuk syurga iye dak kalau amal ibadat kita pun lompong?"
"Apapun syurga tu rahmat Allah, hak Tuhan bukan hak kita. Siapalah hamba nak mengharap balasan walau apapun."
"Kita solat & beribadatlah sebanyak manapun sebenarnya, takkan dapat bayar sedikitpun nikmat yang Allah dah bagi. Kita buat sebab itu suruhan Allah."
Brader Sufian sambung cerita lagi pasal kisah seorang ahli ibadat di zaman Nabi Musa. Ahli ibadat ni sungguh tiptop dalam solat dll betul2 jaga amalan, antara orang paling alim zaman itu. Pada suatu hari dia bertanya Nabi Musa A.S dari pintu syurga manakah dia akan masuk? Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk jawapan, Allah menjawab Neraka. Nabi terkejut kerana baginda tak sangka orang sebegitu alim akan dihumban jua ke neraka, tapi anyway Nabi menyampaikan jawapan tu kembali kepada yang bertanya. Ahli ibadat itu terkejut & sedih, dia merenung andainya dia yang kuat beribadat pun masuk neraka, apalah nasib orang-orang yang lalai ibadatnya, culas amalannya- bertambah sedih dia. Oleh kerana dia fikirkan bersama nasib orang2 seagama yang lainnya, dia dimasukkan ke syurga akhirnya. (aku dah check legitimacy cerita ni, memang ada riwayat bukan palsu)
Allahuakbar. Ada rasa sebak bila merenung diri & teladan kisah tu. Kita dimana? Sama-sama check.
Brader Sufian bayar sekali apa yang kami makan. Aku ingat nak bayar tapi dia insist nak belanja. "Terima kasih belanja bang, semoga murah rezeki." ayat standard tapi ikhlas aku luahkan sebagai penghargaan.
"Amin man. Mintak tolong doakan adik abang juga, dah dua tahun terlantar di rumah lepas accident kereta. Kena hentakan kat belakang kepala, Doktor kata kecederaan otak. Sekarang dia cuma terbaring, makanan cuma susu nutrien, dan on adult diapers."
Gasp. Aku tersentak dengarnya. Brader Safuan cerita serba sikit tentang kondisi adik dia yang kini berusia 35 tahun, bagaimana satu kemalangan mengubah keadaan. Sekarang brader Safuan dah berhenti kerja sebab jaga adiknya. Isteri & anak adiknya kini menetap kat Johor (what? tapi aku tak tanya lebih pasal ni, maybe hal keluarga yg sensitif). "Kalau upah orang jagakan ni pun takde yang sanggup, tapi fikirkan adik beradik kan man." tambah brader lagi. Kini biaya perubatan dibantu oleh collection adik-beradik & juga bantuan zakat, terangnya. Brader Safuan positif yang semua aturan Tuhan ada maksudnya.
Allahuakbar. Sekali lagi terasa disentuh.
Dalam masa sama mula terbit rasa kepuasan dari perbualan ni. Tanda pengalaman yang menghidupkan jiwa. Cathartic.
Buat brader Safuan, aku memang akan mendoakan kesembuhan adik brader. Buat sesiapa yang rajin terbaca ni, mohon didoakan juga adik brader, namanya Shahrani bin Sulaiman Shah. Kita harus saling mendoakan sesama kita sebab kata brader Safuan juga:
"Kita tak tahu mungkin doa orang lain itu lah yang mustajab di sisi Allah."