Saturday, May 30, 2015

Firing on all cylinders

Einstein pernah kata, 'Selagi anda tidak mampu terangkan perkara tu dengan simple, anda belum cukup fahaminya'.

Karl Pilkington dalam penulisan jujurnya melalui buku 'Moaning of Life' pulak menyatakan pekerjaan yang paling menggembirakan didunia adalah kerja yang ada direct interaction dengan client/end user/pelanggan. Contoh macam cikgu, tukang masak dan peniaga pasar. Happy tu dapat bila terus boleh nampak muka kat depan happy dengan khidmat kita. Bayangkan hari-hari camtu, berbanding kerja yang tak nampak kat mana batang hidung apatah lagi muka2 yg beroleh benefit dari hasil kerja kita.

Sam Adoquei yang merupakan artist/painter favorite aku selepas (the late) Van Gogh pulak tekankan betapa penting kita sensitif terhadap keindahan yang bukan zahir ni. 'Unseen beauty' istilah yang dia gunakan. Caranya, tengok orang disekeliling kita dengan pandangan terbuka..dan cari inspirasi dari situ.
Belajar dari kepelbagaian yang ade.

Sir Ken Robinson pulak berulangkali menegaskan yang style pedidikan atau perkembangan bakat konvensional ni dah outdated..patut ubah, kena direvolusi bukannya evolusi. Sebab evolusi banyak2 pon still menggunapakai & modify dari model yang dah telahpun cacat/defect. Kena ubah dari scratch. Unorthodox. Unconventional.
Senada dengan seruan Abraham (Abe) Lincoln dalam quote famousnya ketika ucapan kongres US tahun berapa aku lupa pulak. Quote dia
"The dogmas of the quiet past are inadequate to thee stormy present,
The occasion is piled high with difficulties & we must rise with the occasion.
As our case is new so we must think anew & act anew.
We must disenthrall ourselves & then we shall save our country"

Penyajak terkenal W.B Yeats yang aku minati pun ada satu puisi yang berkait pasal ni, bunyinya
"Had I the heaven's embroidered cloth, enwrought with gold & silver lights. The blue, the dim, and the dark cloths. Of night, and light & the half light. And I would spread the cloths under your feet.
But I, being poor,have only my dreams.
I have spread my dreams under your feet. Thread softly because you thread on my dreams'
Bait-bait yang sangat dalam maknanya..

Dan beberapa lagi idol macam Juan Enrique, Tesla, Simon Sinek, unlikely figure lain-lain, serta Dr. Siti Sakinah yang baru kukenali tapi cepat mesra sebab gelombang otak sama.

Kenapa aku recall idea2 semua idola ni, sebab lepas ni aku rasa aku perlukannya. Tanggungjawab yang baru diterima ni rasa lain macam challenge dia. Tapi sebab orang percaya potensi aku untuk handle, kenapa aku tak yakin dengan diri sendiri kan? Environment baru yang aku tengah suaikenal ni macam dunia lain, totally beza. Jadi perasaan bercampur baur..takut,nervous,thrilled..macam2lah. Dah la semua kena manage sendiri, takde orang sempat nak tolong guide lebih2..so freedom 100% nak execute macam mana asalkan hasil fit dengan target interest. Ini buat aku rasa intimadated tapi excited pada masa yang sama. Apapun steadykanlah diri sebab, disebalik semua feeling bercampur baur ni..ada rasa yang ini memang niche aku sebenarnya..this might be where I belong! I'm made for this shiattt.

Maka berusahalah yearghh worghhh krohhhh.
IGNITION.FIRING ON ALL CYLINDERS. TAKEOFF IN 3 2 1 BOOMMM

Friday, May 29, 2015

Weekend morning @putrajaya

Ada sesuatu yang terapeutik bagi aku dengan suasana awal pagi di Putrajaya. Jadi tak kira apa hal pun aku ada masa weekend, pagi mesti dimulakan dengan larian 10k nice di sekitar kelompok Precint 1-4. Apa yang best nye? Kat sini aku share apa yang aku rasa.

Kesunyian Putrajaya waktu dinihari. Sebab presint 1-4 ni kompleks bangunan kerajaan, bila weekend dia 'kosong' tak sesibuk dengan pekerjanya seperti weekdays. Solat subuh di masjid besi..ada feeling yang menenangkan. Suasana masjid besi yang gah & luas tapi tak ramai orang.

Lepas tu sambung feeling tenang dengan start larian ikut 'route pulau' yang cover jarak lebih kurang 11km point to point. Waktu awal pagi masih gelap, tapi ada permainan cahaya lembut hasil pencahayaan atau illumination kat jambatan2 & bangunan di sekitar. Kat jambatan tu, warna bertukar-tukar..dengan lampu2 hotel Pullman nun diseberang tasik kelihatan, dan barisan lampu tepi tasik menandakan laluan untuk lari saujana mata memandang.

Larian sepanjang route pulau ni akan membawa pelari menikmati laluan ditepi air,melalui kawasan perumahan dipinggir tasik, laluan tarmac yang membelah taman seri wawasan, dan kawasan2 landmark Putrajaya macam Masjid Putra, Monumen Alaf Baru, Masjid Besi & Taman Floria. Merentasi semua kawasan ni, akan dapat pemandangan nice yang berganti-ganti.

Bila matahari mula terbit, sunrise akan direflect oleh tasik yg tenang umpama cermin, dengan bayu pagi yang dingin..kita dapat rasa tenaga positif dalam transisi dari gelap ke cerah sambil-sambil terus berlari & sync dengan suasana sekeliling kita.

Bila suasana mula lebih cerah, makin ramai penggiat rekreasi dan warga setempat keluar untuk beriadah ataupun bawak keluarga santai2. Putrajaya adalah model bandar terancang yang mesra untuk pelbagai aktiviti luar dengan landscaping yang sangat baik. Bila orang mula ramai, mood & tenaga positif dari semua orang ini kita akan dapat rasa. Berlari melalui group yang buat aerobik mingguan, sekumpulan kanak-kanak yang bermain di taman permainan, atau berselisih dengan pelari atau cyclist random on track dan saling menggalakkan  walau tak kenal..sangat harmoni.

Dan disekitar tasik seringkali ada pasangan baru berkahwin buat photoshoot outdoor pada hujung minggu. Bila selisih aku akan ucapkan tahniah & slow clap & thumbs up untuk meraikan kegembiraan mereka. Walaupun kita strangers, kita semua adalah satu. Bila mereka pun tersenyum & ucap terima kasih, kita akan rasa bahagia jugak. Pernah sekali tu satu couple newlywed Chinese ajak aku bergambar satu shot sekali dengan mereka.

Di kawasan masjid besi, dipagi hari ada pasar tani di tapak parkir berdekatan, bila berlari melalui bahagian itu, aku berhenti dan berjalan melalui pasar, test makan buah-buahan atau keropok2 yang dihidangkan sebagai sample untuk pengunjung (free food!) dan beli air kalau haus..lepas tu rasa recharged semula dengan apa yg disajikan oleh pasar itu (makanan & jugak suasana dalam pasar) dan sambung berlari ke tempat permulaan.

Inilah perfect morning bagi aku. Dan dah jadi rutin mingguan kalau tak ada halangan. Dan bila selesai semua ini, jam selalunya baru pukul 8-9am..kebanyakan orang masih lagi tidur di pagi weekend.

Ah weekend datang lagi. Tazabarrr.
Simple pleasures in my life.

Thursday, May 28, 2015

Error 404

Macam-macam pengalaman aku kutip dari part time mengajar budak-budak kat pusat tusyen ni. Contohnya banyak kejadian yang jadi trigger event lalu mencetuskan kenangan masa aku sendiri jadi student dulu-dulu. Tak kurang jugak encounter aku dengan student atau parents yg melibatkan 'connection' istimewa yang noteworthy. Dan lain-lain lagilah..nanti sempat aku cerita satu-satu.

Tapi minggu lepas time aku baru sampai kat pusat tusyen, ada kanak-kanak perempuan umur lingkungan 2 tahun panggil aku PAPA!! sebaik nampak aku & terkam peluk aku. Oh my godddd what is dis feel I kenot brain dis. Keras kat situ. Otak terus jemmmm

Thursday, May 21, 2015

Modal sosial

Aku ada mental click dengan iklan baru Samsung yang selalu main kat TV sekarang ni tu. Iklan pasal Galaxy S6 baru diorang.

Suka idea & 'modal sosial' yang dijual dalam iklan tu. Lagu yang dia pakai pon aku 'dig'..lagu I'm Alive oleh Johnny Thunder. Chorus dia jerit "I'M ALIVE!!!!" tu. Kalau tak tahu iklan yang mana, boleh cari kat youtube 'samsung galaxy s6 ad'. Iklan dia memaparkan keadaan beberapa orang yang tengah dalam moment2 excited state yang tinggi potential energy, sebelum semua energy tu direlease pada saat seterusnya dalam aktiviti tu. Transition moment seperti perasaan saat2 akhir berdiri ditebing curam,sebelum lompat kebawah semasa bungee jumping. Dan semua feel pada moment tu disamakan dengan moment 1st time switch on Galaxy S6...gituu modal sosial dia. Macamtu la aku boleh describe pasal iklan..nak lebih faham, perati iklan tu.

Semakin banyak sekarang iklan atau pasaran yang guna modal sosial ni. Produk tu bukan semata2 diangkat & hurai2 dari aspek teknikal dia, tapi disandarkan pada suatu konsep kepercayaan, gayahidup, pemikiran dan perasaan..jadi faktor ni lah yang akan memancing jiwa2 yang selari dengan elemen ni. Dulu2 ni hanya dibuat oleh Steve Jobs pada Apple je, pasal tu lah Apple sangat berjaya sedangkan harga lebih mahal dengan spec yang comparable dengan pesaing2 lain. Steve Jobs yang genius guna elemen modal sosial, dan tampilkan Apple bukan sekadar gajet..tapi satu statement fesyen, ekspresi watak, simbol pemikiran advance & gayahidup elegan yang memecahkan stereotaip pada zaman tu. Dia quote Jack Keruoack dalam kempen dan itulah formula yang jadi turning point. (Aku ingat kempen tu sampai la ni.Respect). Kalau aku pun akan beli sebab jiwa dah subscribe dengan idea kempen tu. Beli sebab hati rasa sync dengan imej yang dibawa produk tu, even belum tentu aku perlu gajet tu/akan guna feature2 yang ada padanya. Apple pun jadilah untung gila2 sebab dapat pancing hati & duit semua..

Yelah, konsumer ni semuanya manusia, dan manusia boleh lebih dipengaruhi bila dapat 'tap' pada perasaan. Manusia rasa lebih dekat dengan ayat 'Saya percaya' berbanding 'Saya tahu' tentang sesuatu. Tak kisahlah apa pun halnya.

Apapun bagi aku memang amalan menggunakan elemen modal sosial ni berguna untuk tarik perhatian yang  diperlukan. Orang buat presentation, orang mengajar,buat sales/bisnes, mengurat,ah semua lah boleh dapat manfaat dengan capitalize pasal modal sosial ni. Bila kita betul2 solid & zahirkan pendirian kita dalam buat sesuatu, orang lain boleh setuju & 'click' dengan pendirian kita tu, then jadi follower kita (in a sense). Tapi jangan fake buat-buat la..dose.

Dan aku pon suka sangat dengan idea  highlight feels dalam moment yang Samsung guna dalam iklan Galaxy S6 ni. Secara peribadi, aku cuba sedaya upaya untuk sedar moment2 sebegini bila aku lalui (selalunya bila dah excited, sensitiviti kita lemah kan..tapi tak boleh la macam tu kena sensitif baru boleh sedar). Contohnya macam kali pertama nak lakukan benda baru..masa nak start presentation penting ke, cuba main snowboard ke, saat2 sebelum semua pelari marathon dilepaskan di starting line ke...Ohh bercampur baur perasaan, tak tahu apa yang menyusul pada saat berikutnya. Indahnya perasaan tu! Bila kita dah habis buat aktiviti tu cuba reflect balik perasaan seronok sebab settle dengan excited masa belum mula..double indah!

Jadi semua, nikmati saat2 transition ni..sangat berharga! Kalau ade peluang ambik gambar buat momento. I'm all about the moments.

(Gambar adalah saat2 pertama embrace salji~)

Saturday, May 16, 2015

I can blabber about all things. This time, the fridge.

As relaxed & laid-back as I might be, there are certain things that I take very  seriously- one of the is the fridge.

I believe the fridge is more that just an electrical appliances. It's an epitome of self-management and care, and by browsing through the contents of one's fridge we can get a pretty good guess of one's lifestyle & habit. For singles who live on their own, the fridge can be a much-seeked lifeline during dire times..provided that it is stocked well prior to that laa.

I resort to cooking and preparing my own meal, after I often left dejected with what I get from eating outside. Not only the price for an outside meal is getting less and less reasonable, but the nutritional value and preparations are questionable. I am becoming a health-conscious person since I picked up distance running, and I am concerned about the quality of food that I eat. I haven't ate fastfood nor drank softdrinks for years. And I refrain from drinking ice-cold beverages, or any sip of drinks before I finished my meal. And about the food,  it's not just about halal or not, but how it tastes and the portion and whatever nutrients left in it after the 'rigorous' cooking procedure with all the generous additives thrown in. And eating outside is boring anyway since most of the time I eat alone due to hectic schedule.

After I started preparing my own meal, I regain more control in life. I feel better. And I discover new perspectives in life as well- like learning the difference between Lengkus & Halia, Sawi,Bayam & Pakchoy, and learning the fish names. All from once-a-fortnight visit to the market.

Fridge is without doubt very important in life. Because the first step of doing anything is, DON'T STARVE.

Friday, May 15, 2015

Eja: lambat


Masa aku otw balik rumah dari solat jumaat, aku perasan Kak Ida & Eja macam tunggu orang kat depan kedai runcit dia yang tutup sebelum semayang Jumaat ni. Rupanya kereta diorang rosak & tengah tunggu sesapa lalu nak mintak tumpang hantar Eja pegi sekolah agama pukul 230. Sebab kebetulan aku halfday, aku kata biar aku hantarkan lah. So eja pun naik dengan aku.

Dalam perjalanan tu macam2 Eja cerita kat aku tapi aku tak clear sangat pasal suara dia laju macam rapping. Yang aku tangkap dia cerita pasal kawan2 sekolah dia nama Zack, Daniel dan Akmal. Walaupun dia kecoh bercakap congceng2, aku perasan hidung dia merah2 & mata berair sejak dari kat depan kedai runcit tadi lagi.

Peristiwa ni buat aku teringat kisah aku sendiri masa darjah 2 bersekolah agama sesi petang time duduk Labuan dulu2. Jelas lagi dalam memori aku, suatu petang tu ayah aku tak dapat balik rumah tengahari sebab ada hal..kebiasaannya dia balik lunch kat rumah, lepastu dia yang hantar aku pegi sekolah agama masa otw dia masuk balik opis. Haritu ayah aku last minit baru bagitau tak dapat balik, dan aku takde orang  nak hantar la pegi sekolah. Mak aku masa tu tak boleh drive lagi, so jadi jalan buntu kat situ. Aku ingat punyalah sedih betul rasa masa tu..hiba kemain..sebab aku dah siap semua ni tapi ayah aku 'tak datang hantar aku gi sekolah pulak' (logik budak darjah 2). So aku & mak akhirnya decide tunggu depan rumah tengok kot2 ade sesapa lalu dalam taman perumahan tu yang nak pegi sekolah,nak mintak tumpang. Tunggu punya tunggu TAPI TAKDE..masa dah suntuk nak start dh sesi petang dah ni. Aku keje nak sedih je masa tu..hiba betul!haha..tapi serius pilu dijiwa sampai sekarang ingat walawei.

Pengorbanan seorang ibu, mak aku ambik payung & dalam cuaca panas tu kami berjalan kaki ke jalan besar..situ jalan utama & peluang jumpa orang yang en route boleh tumpang lagi tinggi la.

Alhamdulillah tak lama lepas tu ade kereta orang yang dikenali lalu, dia berenti tanya apa cita..dan kata boleh hantarkan aku pergi sekolah. Muka aku memang maintain hiba je..ye lah mata berkaca & hidung merah dah sebak2 tadi. So settle mak aku pun jalan balik rumah dengan payung (TQ mak..peluh2 tunggu,sedih lagi mengenangkannye) & aku pun sampai sekolah tumpang orang tu (memori takde langsung pasal siapa orang tu,tapi TQ sangat jugak).

Lepas balik sekolah aku mogok dengan bapak aku sehari. Merajuk sungguh-sungguh! (Logik budak darjah 2)

Lagu tema- Hiba (Hujan)




Wednesday, May 13, 2015

Eja: Rasa Sikit


Eja ni rajin datang berjalan rumah ..sebab pintu rumah aku selalu terbuka agaknye. Dulu2 dia main terjah je,tapi aku tegur dia pasal bagi salam sejak tu dia akan bagi (jeritan) salam dulu depan pintu. Apapun bila dia datang, mesti akan 'spotcheck' dalam rumah..cari barang menarik yang boleh dia main. Aku dah sorok awal2 la keh2.

Tapinya makanan aku tak boleh la sorok. Bila dia nampak je makanan maka keluarlah "Rase sikit!" dia tu. Tapi dia pandai, mukaddimah memang ade tanya pasal bahan-bahan lah..nama masakan lah..Eja pernah makan itu inilah..last2 "Rasa sikit!." jugak. Dia pulak datang je mesti lapar, lapar je mesti datang..so selalulah aku menjamu dia makan makanan yang aku masak. Aku pulak bila masak, memang buat banyak terus..lepastu simpan by batch dalam fridge untuk makan kemudian. Bila Eja ade..memang bajet tu lari la pasal dia expert perabih makanan aku. Iyelah takkan la aku tak nak bagi pulak kan.."Takpelah..budak-budak nak membesar memang selalu lapar..samalah macam kalau bela saka." aku counter balik dalam fikiran.

Cuma budak-budak memang jujur..tak beragak bagi feedback pasal makanan yang dia telan tu. Eja pun tanpe segan silu..kalau sedap komen dia sepatah je "sedap" tapi lepastu ade "..tapiii" hah dia punya tapi tu mula lah. "Eja suka kalau daging ni lagi banyak sikit"
"Apa nama ni..kacang pis? takpayah letak ni lain kali."
"Mak Eja pandai buat macam ni jugak tapi lain sikit. Lagi sedap." (Suruh mak engko je la macam tu)
"Kalau abg Lokman tak nak yang tu, bagi Eja ek (tunjuk kat benda yg aku save for the last)."

Haihh macam-macam la kau ni. Tapi steady je layan la budak-budak memang gini. Apepun aku  bersyukur & terima kasih dalam hati sebenarnya..sebab Eja sudi makan yang aku masak. Satu privellege kalau orang makan air tangan kita nia...serunuk rasa (mak-mak sangat lol) Lagipun kalau tak aku lah masak aku lah kena hadap sampai habiskan.

Dah nasib..asyik kena pau dengan Eja.

Tuesday, May 12, 2015

Eja: Siren


Biaselah kadang2 hari ahad aku memang tidor balik lepas subuh..lagi2 kalau cuaca syahdu. Bangun pukul 10-11 baru buat benda2 semua.

Satu pagi ahad ni, lepas bangun aku prepare lah breakfast tipikal aku..Rolled oats campur susu choc anlene panas..dan half boiled eggs 2 bijik dengan kicap manis. Simple je tapi terangkat wa cakap luu. Ekonomik,mengenyangkan, kaya serat mineral protein dan rendah carb..ewah acah-acah eat clean hahahah. Walaupun dah dekat tengahari tapi aku tak nak skip breakfast..lunch lunch la motepp nak brunch brunch.

Pintu rumah memang terbuka dah masa ni..grill pintu je kunci. Eja yang tengah main apa tak tau kat luar tu pun muncul depan pintu dan.."Assalamualaikum!!" jerit Eja. Aku bukak grill bagi dia masuk, dia pun terus pusing2 usha2 dalam rumah. Dia nampak 2 bijik telur yang aku baru rebus..dia tanye lah..makan ini je?? Aku pun cakap lah iye..ini lah aku makan hari-hari..saja aku layankan je malas nak cerita detail2 panjang2.

Eja pun keluar pakai selipar tergesa2..kat muka pintu rumah aku lagi dia dah laung kat mak dia dalam rumah sana.
"Mak!!  abang Lokman makan telur je! Kesian dia tak ada makanan!!" Aku yakin bukan setakat mak dia dengar macam tu punya laung dah suara macam siren gitu. Dia jalan sambil repeat laung sampai la masuk rumah dia. Aku tak dan langsung dahh nak stop dia ka panggil ka apa..mampus.

Menggelupur aku dalam rumah dengar. TQSVM Eja sungguhh..sebab telah bagi gambaran yang sungguh marvellous..magnificent..amazingg. Rasa nak tinju batang pisang belakang rumah tang tu jugak . Terasa hangat muka darah naik untuk mengaliri kulit wajah yang telah menebal 15cm..

Tengahari itu lauk pauk dari rumah para jiran pun sampai secara berjemaah.. sambut dengan senyuman kelat~

Monday, May 11, 2015

Eja: Paperplane

Ada satu time tu Eja lalu depan rumah, kat tangan ada alat tulis dengan kertas2 ape entah lagi. Aku yang tengah santai2 di sofa dekat muka pintu perasan dia & tegur tanya nak kemana buat apa?  "Nak buat kerja sekolah buat kapal terbang kertas Abang Lokman!" Eja reply. Oleh sebab terserlah kepoweran origami aku maka Eja pun terdorong untuk berguru.
Ok dusta aku yang kata aku pandai buat kapal terbang kertas ni & offer ajar dia.

Apapun, tak lama lepas tu ruang tamu aku meriah dengan kertas2. Aku ajar Eja skill buat paperplane yang confirm budak2 sekolah tak tau punya..ada ciri2 extra yang power la..bernoulli compliance okey. Mesti terbang lagi jauh nanti. Eja excited kemain..bangga gua kelihatan hebat disitu hnss2 kahkah. Selain paperplane, asas origami tu kan boleh guna jugak untuk buat perahu dengan mulut monster tu..so aku ajar jugak yang tu. Lagi kagum Eja dibuatnya kahkah. So lepas Eja dah reti, tamat la kelas origami dan bersurai balik lah. Goodluck aku kata.

Besoknya, malam baru aku balik rumah sebab ade banyak kerja. Sampai2 je rumah..tuuuudiaa. Depan rumah penuh bersepah dengan paperplane, perahu & mulut monster. Muka pintu ade, birai jendela ade, dalam longkang pun ade dah basah habis block air mengalir. Ni tak lain tak bukan aku tau sapa punya keja. Terbaik punya Eja, rupanya dia buat kelas origami sendiri dengan kawan-kawan sekolah dia depan rumah aku. Main-main lepas tu tinggal situ. Ni aku la kena clear ni karang tuan rumah sound pasal bersepah. Besar2 pulak tu pakai kertas suratkhabar. Naissss so naisss.

Lewat malam tu kelihatan aku terbongkok2 sekitar laman rumah kutip sampah.

Sunday, May 10, 2015

Eja: Buruk Siku


Eja belajar mengaji Iqra' dengan  jiran depan rumah yang kerja guru KAFA. biasanya petang2 Eja datang rumah akak tu la mengaji. Aku memang akan perasan sebab Eja jerit serius kuat bagi salam depan rumah dia.
Tapi pada satu petang akak ni takde kat rumah bila Eja datang, jadi otw balik Eja lalu rumah aku & nampak pintu terbuka. So macam biasa, dia pun singgah tengok ape yang boleh dia buat kali ni.

Sebab dia datang pakai baju melayu kopiah dengan kepit Iqra' bagai, dan aku pun free masa tu, aku suruh dia mengaji dengan aku je. Takde masalah pasal ajar dia ni, cuma perangai budak ni mengaji sikit haus mintak air sejuk la, kata perut lapar lah..macam-macam pe'el. Lepas habis mengaji aku kata balik nanti makan la, dan kirim salam kat family sekali. Settle aku jadi ustaz terjun situ..

Tak lama lepas tu Eja bagi salam depan pintu. Dia datang balik, bawak plastik kat tangan dia kali ni. Dalam tu ade tupperware isi lauk dengan sepinggan nasi putih. Yang aku terfikir..bila Eja bagitau mak yang dia mengaji dengan aku harini, mak dia siapkan bungkus2 lauk sikit suruh bagi kat aku la kira courtesy macamtu kot . Kak Ida (mak Eja) pun sebelum ni ada masak2 & tup tup sampai sepinggan kat rumah kitorang penyewa bujang ni.. Baik diorang ni.

Tapi Eja masuk rumah aku & duduk kat depan TV..sambil dia cakap2 sikit pasal cerita yang tengah main kat TV tu, dia bukak lauk dalam bekas dan start makan dengan nasik putih yang dia bawak. Aku perati je..tak kata apa-apa..otak tengah proses keadaan yang berlaku.

Aku rasa macam tau ape yang jadi kat sini ni. Eja kata haus & mintak air..so aku pun ambik air kat fridge lalu tanya dengan senyuman "Eja, mak Eja ade cakap apa tadi?"
Eja pun jawab "Mak suruh Eja bawak ni pegi rumah Abang Lokman makan." TAK SYAK lagi la budak ni salah paham.. selamba tibai lauk yang mak dia kirim bagi gua ape punya delivery boy daa. Dia ingat mak dia suruh bawak makan kat rumah aku..macam bekal dia. Tapi aku diam je la tak cakap apa biar Eja makan.
Sengih2 je tahan nak gelak kahkahkah. "Pedas lah lauk ni, Eja tak suka pedas..kenapa la mak bagi yang pedas ni ssst" ngomel dia lagi sambil order refill air sejuk.

Geleng2 je tengok sampai licin dia makan, lepas siap aku basuhkan pinggan & tupperware dan letak balik dalam plastik yg sama untuk dia bawak balik rumah.

"Eja kirim salam kat mak, kata Abang Lokman kata terima kasih eh."

Saturday, May 9, 2015

Eja: The Intro


Eja atau nama sebenar dia Redza ni, adalah sorang budak lelaki umur 8 tahun jiran sebelah rumah aku. Selalu bila aku kat rumah, housemate aku takde (dan sebaliknya) jadi selain kucing2 jiran yang bertandang Eja lah jadi kawan aku.

Eja ni bila bercakap je penuh semangat. Suara dia kuat & serak rock2. Kadang aku kena suruh dia pelan sikit suara bila cakap sebab aku ade sebelah dia je pun bukan macam jauh 200 meter. Tapi bila  bercerita congcengcongceng aku kadang2 payah nak faham sebab dia pelat sikit kot. Ada sekali tu dia cerita kawan sekolah kena denda sebab 'jerit-jerit' (tu aku dengar) sebenarnya dia sebut 'curi duit'...seriously bunyi sama. Mak ayah eja ni asalnya orang Acheh, jadi bahasa boleh perasan bunyi lain sikit..

Badan eja kira sihat untuk usia dia. Mak ayah dia ade kedai runcit kat simpang depan sana. So tak syak lagi dia cukup makan. Eja ni manja dengan family, bapak dia terutamanya..tak boleh berenggang. Kalau nak tidor malam2 dia mesti cari bapak dia suruh dodoikan dulu. Kalau siang2 pantang tayar kereta bapak dia golek je mesti dia meluru nak ikut. Kalau tak dapat terus dia tekan gear 4 nangis melolong punya tak kira siang malam. Part ni aku kagum sikit la bukan mudah nak buat tu..pelakon drama pun banyak kantoi nak keluar air mata real. Aku sebagai jiran memang dah biasa tengok drama sebabak ni.

Kenapa aku cerita pasal Eja ni, sebab ade banyak peristiwa aku dengan budak ni yang bagi aku noteworthy. Aku memang ade berkoyan cerita yang aku cop noteworthy- kisah travel2 semua tu, tapi kehidupan sehari- hari pun mengajar aku banyak perkara. Aku tulis satu-satu insyaAllah.

Jadi ini pengenalan serba sikit pasal siapa Eja..sorry no photo of him sebab aku tak nak upload la bila share pic orang kat online ni banyak buruk dari baik sebenarnya. Tu story later.
Apepun aku percaya kita semua boleh belajar banyak benda dari kanak-kanak, jadi kat sini aku akan kongsikan story aku dan Eja.

To be continued fosho-

Friday, May 8, 2015

Misi sub-4

Sekarang ni aku sangat psyched untuk attempt timing under 4 jam untuk full marathon. Kali ni aku realistik dan beri diri aku masa yang setimpal untuk body training &  develop.Kalau semua smooth maka aku akan berada di condition yang mampu pada ogos nanti.

Sebelum ni dah cuba beberapa kali, tapi lepas km 30 dah tak mampu maintain pace. Bukan susah nak sub4 kalau atas kertas, cuma perlu lari average pace 6 all the way dan lajukan sikit beberapa km here & there pace 5.30..dapatlah sub4 FM. Tapi kantoi jugak aku bila last 10km macam2 jadi..krem kaki lah, mengantuk gila lah, mental koyak lah.

So training akan fokus banyak kat speedwork, tempo run & long run sebulan sekali. Mileage & intensity akan gradually dipertingkat sambil aku progress dengan selesa. Frekuensi tak penting, yang penting kualiti setiap sesi. Kena betul2 disiplin lah..kena teruskan juga walaupun 2 minggu lepas suunto ambit aku hilang. Tertinggal kat tempat wuduk masa singgah subuh kat petronas suatu dinihari. HILANG woii..kemurungan~ so susah sikit nak monitor pace & mileage,kena pakai phone balik lah. Tapi cadence & heartrate still tak boleh..kemurungan lagiii

Apapun berusahalahhh. Buat apa2pun kalau takde goal & misi tak thrill la. Mana seronoknya koanzz

So step 1: stock up peti ais supaya boleh sustain & support training plan ni. Selagi fridge tak ready, training penat2 pun tak guna sebab tak ade replenishment untuk fuel & recovery & growth.

Thursday, May 7, 2015

Teneneneng nene nenenene neneng

Ahh..aku suka betul dengar lagu ni.
Aku ada la genre muzik yang fevret, tapi semua lagu pun aku boleh masuk..sebab dalam tu mesti ada part yg aku boleh 'dig'.

Earphone & headphone kena power. File lagu tu pulak kena high quality. In-ear plug tu mesti. Bila pasang kat telinga & lagu main, aku pun hilang dari dunia nyata. Berenang2 didalam lagu sambil layan satu2 track instrument..mana lead guitar,rhythm,mana bass,mana semua beat drum, synth, dan ape semua lah yang ade. Memang hanyut..

Kalau rasa mood tak best, dengar lagu je dah boleh pusing keadaan 360°..part2 yang addictive dalam lagu contoh macam bassline, riff atau solo memang melekat replay2 dalam kepala sentiasa. Vokal2 ni aku kurang sikit nak sangkut..pasal tu lah aku banyak dengar track versi instrumental je kalau ade. Tak perlukan suara vokal pun sebenarnya, sebab arrangement muzik tu pun dah berkata-kata..gitar,drum,bass dll..semua bercakap. Macam satriani,santana,sham kamikaze..neil zaza..dll punya piece.
Apapun bagi aku live punya version sentiasa lagi terangkat dari versi studio mastered. Asalkan yang live performance tu rekod audio senonoh la bukan pakai kalkulator ke sayuran ke.

Sejak akhir2 ni aku discover makin banyak lagu yang tak guna struktur lagu yang biasa..macam ade intro,interlude,bridge,chorus camtu. Tapi lagu ni dia tunggang terbalikkan lepastu sambung balik struktur dia..tapi mesej tetap sampai. Memang lagi sampai kott. Antara contoh The Voidz+Julian Casablancas- Human Sadness. Memang dapat dig kepiluan tu dalam riff gitar & bass dia..dan ade banyak lagi.

Alangkah bagus kalau boleh share bunyian yang tengah main dalam kepala sebagai ganti perkataan2 macam ni ni..mesti akan rasa lain feeling dia. Vibe yang disampaikan melalui satu piece muzik tu lagi deep mesej dia..lagi jujur kot. Kalau kat media sosial tu, takde huruf2 dah tapi bila post dia up satu irama musik yang  keluar dari dalam kepala je..dari hati. Boleh rasa sekali gembira ke sedih ke macam mana level2 semua. Gittew.

Pasal tu lah aku selalu post lagu je.



Speak now

My line of work involves a lot of coding and scripting, so I should strive to better myself in the many programming languages. Essentially the general unix, Perl, python, php, java, ruby, R..etc. These are the languages of computation.
I enjoy being able to use them to solve problems..I am consistently practising them & polishing up the skills.

But I am more interested in learning languages of people than of computers. Maybe because I really have a deep appreciation towards mankind and I really believe,that people around the world are one. Languages makes us unique & tapping onto that can bridge us close together. We can share everything once we can talk & understand foreign tougue.

Well these to types of languages, are serious stuffs. They are not easy at all, to learn them is time-consuming process and pretty much occupies my full learning capacity. So I'm struggling to sustain both of them efficiently at once. Thus this dilemma. Ewah drama. But ze struggle iz realzz.

Nevertheless, now I am embarking my journey to become bilingual. I could recall some encounters with people during my travels abroad, where we were bound to achieve great things but that didn't materialize because of language barrier. Ohh such a waste..all the local juice, the stories and ambience that I can dig & absorb..

This is life-changing. I am psyched to talk  to my (our) far relatives from different land. And mind you the sign language for the deaf & mute is no less important than any other verbal language.

Speak now! (TS)

Wednesday, May 6, 2015

Pseudos

Life is hard nowadays, and when one don't adapt with the right attitude it became harder. The struggle is real, the system is not holding up. People struggle to make ends meet & establish a model life. This is hardly sustainable.

So people have to resort to alternatives in diversifying sources of income. Apart grom the classic instruments of stock trading,forex, unit trust & other investment schemes..people are driven to do bussinesses.

Enterpreneurship is good. It can positively  play dynamics with the ever growing consumerism & set up more options for customers & spur healthy market competition.

BUT I see a lot of people taking shortcuts & abandon all their values by doing bussinesses that capitalize on people's ignorance & greed. Things is such because the similar MO lured them too in the 1st place.

There are too many types these dreaded movements. But what's getting on my nerves is bussiness that is sugarcoated by false scientific claims & ludicruously illogical pseudoscience. And to make things worse, there's a lot of people who are involved ought to know better because they've some scientific background that in it's simplicity- should be enough to realize. But they don't see it's for the moneyyy

Stem cell dalam bentuk ubat powder. Penapis air ajaib yg mentenagakan molekul air. Jus buah ubat semua penyakit. Besi celup air minum & sapu2 & pakai2 boleh sembuhkan semuanya. Coklat n kopi makan boleh jadi cerdik.

Jadah palotak mu.Kepala bana hang.aleutooo. bibi.

Tuesday, May 5, 2015

Oh god why

My heart weeps & my internal organs squirms everytime I placed a bad order -  when the food arrives don't suit my tastebuds.

My heart serenades & my insides frolicks in joy everytime I made a good choice. Whatever on the plate that arrives just clicks with my tastebuds.

I take a great deal of excitement from food hunting..trying out new places to eat & took a chance picking out a stranger from the menu.

50-50 odds.

But now this food in front of me is filled with too many invisible shreds of garlic oh god why. Tearss #thestruggleisreal

Different realms

Different realms

One thing that I can attest from my time travelling & getting involved with stuffs is - there's different realms of life out there.

While this might sound trivial and nothing new for you, you might miss to grasp the full meaning behind it. In other words, did we really appreciate the diversity?
If you embrace & celebrate others that live by the different concept than yours, then you're doing it right. If you have issues accepting other's justification of doing things & tend to act insensitive by disapproving/ridicule anything out your ordinary ways, we have some problem to fix.

People appreciate different things in life, and that shows in where everyone is willing to spend their time & wealth. Some love baking, some love photography, some love diving, some love running, some love computer games etc. There are so much more of them 'hidden' behind the curtains of general society. Each of these are specific niches, where similar-minded people share a common appreciation & when their path crosses together their mental just clicked right there.

People having different passion coupled with lack of exposure can easily be baffled & could not comprehend the practices in other niches. However one should not discourage, disapprove and ridicule how things are in other niches just because you cannot understand it yet. As long as everything abide the law and common courtesy & conscience of course. Failure to recognize this part of common sense will hurt some feelings & just shows what a twat one are.

Anecdote: Before I got involved in the hiking & distance sports (running,cycling,swimming) I knew nothing about them. Heck I didn't even realize these circles exists in the society. But as a matter of fact this citizen athletes community (common people with serious sports drive) as well many other circles of life we may not notice in our society, they not only exist but they are stable, alive and kick ass! Dedicated people will go all out to pursue depth and breadth in their passion. That's why people can commit a large sume of money & energy to buy a road bike, a comic with the artist's signature, a high quality breadmaker, an original copy of computer games, or going abroad to travel.

In its simplicity yes indeed people value things differently in life..but the only thing that we must all share together is to value this diversity. One world one loveee

Saturday, May 2, 2015

Homely

Ini post pertama kot yang aku post dari rumah. Maksud aku rumah family kat hometown.

Bila dikenang-kenang, lama dah aku tak balik..last sekali bulan 11 tahun lepas,dan ni dah bulan 5. Dari dulu2 sejak sekolah menengah berasrama lagi dah pesen cam ni, jarang balik rumah masa cuti. Kalau time sekolah dulu2 tu pehh..memang akulah geng stayback kat maktab. Conquer la 1 maktab bila semua student balik. Main tennis & badminton kat court sampai 1-2am..sapa yg tak balik kumpul lepak ramai2..tido sekali pakat usung bawak tilam..merayau2 kat bilik orang lain cari komik..skodeng asrama puteri.kahkah..zaman nakal2.

Lepas tu bila dah habis zaman sekolah, zaman U bila ade cuti je asyik join aktiviti luar pulak. Kem fasilitator, kem fakulti, kem kolej..macam2. Jarang balik rumah jugak.

Sekarang bila dah makin tua ni, jadi lebih sedar yang kena balik jugak walau macam2 mana pun. Family paling penting. Kena adjust jugak. Calling2 ke rumah selalu tu tak cukup dan tak sama dengan kepulangan kita. Bayangkan kalau kita ada di kedudukan ibubapa rasa2 macam mana. Aku mahir letak diri di watak orang lain ni, so aku memang jelas jugak la..

Parents aku diorang open minded dan memang tak sekat anak2 nak terlibat apa2 program masa cuti..dia bagi kebebasan kita teroka potensi. Tapi mesti diorang dalam dilema jugak antara rindu & supportive ni..aku dok agak2 lah.

Dulu2 masa semua masih duduk sekali dengan parents, mak ayah aku tak pernah lulus bagi bela kucing. Sebab nanti jadi leceh dengan najis dia & serabut bila kucing boleh asyik follow dalam rumah & ganggu kerja2. Lepas tu ayah aku ada asma, nanti risiko bulu kucing merata-rata lagi. Jadi walaupun banyak kali aku & adik beradik kata nak bela kucing, mang tak kan dapek.

Tapi sejak 4 5 tahun dah kebelakangan ni bila anak2 semua dah merantau & mereka tinggal berdua je dirumah, mak ayah aku start bela kucing. Dan diorang sangat suka dengan kucinh tu..rajin jaga & bagi makan, ambik gambar & share kat whatsapp dengan kitorang. Ada sekali tu kucing lama yang cantik hilang, mungkin dia jalan2 lepastu kena kidnap..parents aku down kejap. Sekarang ada kucing lain, dan itulah yang jadi penghibur peneman mak & ayah di rumah. Jadi bila aku kenang2kan balik dulu dan sekarang, aku sedar yang walaupun dia tak tunjuk,mereka sebenarnya sunyi..

Jadi aku yang kadang2 kurang sensitif ni, rasa bersalah bila aku tak dapat balik rumah. Mungkin ada beberapa benda yang aku kurang gemar yang terpaksa hadap bila balik rumah (macam terpaksa dengar soalan2 maut, ataupun terpaksa menahan situasi awkward bila parents suruh aku pergi jumpa saudara mara yang aku tak pernah mampu hafal semuanya)..tapi tu tak sepatutnya buat aku tak balik rumah. Bila aku balik rumah, aku sebenarnya rasa nak spend masa dengan mak ayah aku dirumah kami je dan jalan2 pun kami2 je. Tapi ayah aku adelah seorang family man yang power, idea dia lain..dia mesti akan bawak pergi ziarah semua rumah saudara mara belah dia & belah mak dalam satu roadtour yang macam 'parade' aku rasa kadang2. Aku kurang gemar sikit benda gini sebab susah nak masuk bila nak spark conversation..tapi aku faham kepentingannya. Aku yang akan warisi legasi ayah aku nanti sebagai anak sulung. Ayah aku memang disenangi semua kaum kerabat sebagai orang yang meraikan keluarga jauh & dekat..tapi aku ni pula masih lupa2 panggilan saudara & lokasi rumah mereka.

Jadi Aidilfitri ni aku plan nak buat projek dokumentasi semua kaum kerabat yang aku jumpa. Lengkap dengan gambar & profil..jugak lokasi rumah. I am a family man too even in a tad different way.

Pesanan penaja: sayangilah keluarga anda.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.