Pendapat peribadi aku, Indonesia adalah negara serumpun yang paling kreatif di rantau ni.
Sistem republik nya dan latar politik dan sosial Indonesia sangat meriah dan 'rancak', rakyatnya bersemangat tinggi dan ekspresif..jadi ini memberi kepelbagaian yang sangat 'refreshing' kepada karya-karya seni Indonesia. Baik musik, filem2 dan kesusasteraan.
Berbanding dengan sebuah negara yang terlalu banyak red tape dan cencorship dan larangannya..secara tak lansung akan merencatkan kreativiti pengkarya ke tahap yang akhirnya memberi kesan kepada rakyatnya. Rakyat jadi makin bodoh bila tak berdaya bezakan baik buruk sebab tak pernah terdedah dengan sebarang provokasi minda..Bila rakyat disajikan dengan karya-karya yang hebat yang sarat dengan nilai seni dan mesej dalam penyampaian yang memprovok akal supaya berfikir, rakyat pun akan jadi hebat. Dan antaranya akan terinspirasi untuk berkarya tentang apa yang mereka terilham.. Inilah yang akan buat cycle kreativiti tu terus sustainable.
Apapun, semasa aku ke Jakarta, aku tak miss untuk melawat Pasar Senen, yang juga disebut-sebut sebagai syurga buku terpakai yang terkenal di seluruh rantau ni dalam kalangan pencinta buku.
Aku bukanlah ulat buku sangat, tapi aku dan buku ade hubungan yang istimewa juga..
|
Sesat aku nak cari tempat ni hoiii.gigih |
|
Kompeks 1 Pasar Senen..semua ade 4 kompleks yang tiap satu jual kategori barangan berbeza. Tu pasal la sesat. |
|
Aras 4..sorga boco |
|
satu tingkat ni, penuh dengan toko2 buku terpakai..bertimbun2 |
|
Bapak ni nampak selamba je dalam susunan buku-buku..tapi sebut je buku apa nak cari, dia boleh ulas..dan rekemenkan buku lain yang serupa..power level 99999 |
|
Murah-murah semuanya..harga tak masuk akal |
|
Buku-buku yang most wanted pun boleh jumpa kalau ade rezeki kat sini..harga 70% murah dari harga asal.
|
No comments:
Post a Comment