Sunday, April 5, 2015

Tusyen

Semalam aku kena datang pusat tusyen walaupun weekend. Selama ni aku datang weekdays 8-10pm je mengajar budak2.

Ada sesi meet-up antara wakil cikgu, student dengan parents untuk bincang pasal prestasi anak diorang, dan benda2 lain yang berkaitan

Pada awalnya aku keberatan lah sikit nak datang, bukan malas tapi sebab pengajar2 lain kat pusat tuisyen ni ramai je yang trained teacher..yang siang mengajar dalam kelas kat sekolah - so pada aku mereka lebih berpengalaman & layak berhadapan parents. Aku bukan cikgu 'cikgu' pun kalau nak kira..cuma part timer tutor, siang2 kerja lain . Tapi aku je yang free dah semua cikgu2 yg berfamily tolak2 xdapat datang. Kahkah

So aku layankan je la..autopilot mode haha. Let's do thiss it might be fun :)
Aku duduk je kat situ, dengan fail2 student atas meja. Dan across the table ada parents datang bawak anak masing2..pada mulanya aku agak anxious jugak kalau2 parents tak yakin dekat aku ni sebagai orang yang mengajar anak diorang. Iyalah dah la rambut panjang dressup pulak tak serius (jeans & printed tshirt) pasal umur satu hal, pasal aku bukan cikgu sekolah legit pun satu hal. Tapi sesi demi sesi berjalan lancar smooth je..mungkin aura jambang yang aku start bela ni backup kahkah. Tapi aku memang try main watak sebaik mungkin laaa..konpiden2.

Antara yang menarik adelah dengan parents sorang student form 3 ni. Anak dia tak datang sekali, mak dia je datang sorang.  We end up borak panjang lebar pasal anak lelaki dia.. Aku perasan anak dia ni bit different (macam tak lancar bahasa malaysia dalam kelas) so aku tanya la pasal background & upbringing. Mereka sekeluarga menetap lama di UK sebelum ni, jadi anak-anak semua membesar & dapat pendidikan disana.

To my surprise mak dia share banyak benda lain dan rupanya beliau struggle untuk adaptasikan anak dia dengan nilai2 masyarakat kita lepas balik dari UK. Beliau berpendapat yang walaupun anak2 dia dapat kualiti2 tertentu macam outspoken & inquisitive dari sistem pendidikan UK, dari segi adab sopan anak2 dia sangat rendah. Mak dia risau perangai anak dia yang agak kurang ajar & melawan walaupun dengan ibubapa. Jadi nak bertegas macam mana? Nak mengikut setakat mana? Macam mana cikgu?
Jadi kaunselor pulak. Diminta tips parenting & trick psikologi dalam hadapi situasi anak macam ni (aku pun bujang lagi!) But I try to play my cool la..direct conversation supaya jadi perbincangan yang seimbang..bila ada banyak supplemetary details barulah aku boleh bagi idea2 dan cadangan. Salah satu strong trait yang ramai kata adelah aku bagi nasihat2 yang bagus kepada yang memerlukan. Memang anak dia bijak, tapi biasalah bila suasana persekitaran berubah..kita kena manage & nurture young & budding kids ni. "We have to do what we have to do, both as parents & teachers." kata aku..power tak kahkah..untung seorang old soul.

Ada juga parents yang datang, macam polis soal siasat je cara dia tanya2 anak dia. Tak tahu pulak aku kalau memang kerja dia polis, tapi tak syok je anak dia aku tengok..stress jugak macam tu..mata pun tengok bawah je. "Ni kenapa tak pandai ni? Kenapa ni pun salah?" Aku yang tengok pun rasa serba salah.Macam-macam...kita sebagai pengajar try jernihkan la supaya anak dia tak down. Bagi semangat & puji2 perkara yang dia menonjol.

Ada satu Indian student ni, family dia yang datang. Student ni baru form 1, perempuan..dan perangai dia sangatlah ceria dalam kelas. Dan bila tengok macan mana family dia memang ceria jugak. Senyum tak pernah hilang sambil2 mak ayah dia cakap dengan aku..walaupun ada beberapa subjek anak dia tak score, tapi positif betul mereka bagi semangat kat daughter mereka. Berulang kali jugak ucap terima kasih dekat aku..

Pengalaman baru yang agak menarik...exactly just like what I seek in doing everything.
Pengalaman yang membawa kepada catharsis jiwa..memberi rasa baru yang tak dapat di tempat lain.

So aku akan terus mengajar budak2 ni. Walaupun aku tutor self taught & kurang latihan sistematik macam cikgu2 sekolah, aku percaya aku boleh present knowledge sci&bio ni dalam cara yang refreshing & menarik minat mereka untuk appreciate ilmu ni lebih dari sekadar nak skor dalam peperiksaan.

Sebab bukan student2 tu je yang belajar dalam tusyen ni sebenarnya, aku jugak banyak belajar macam-macam dari diorang.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.