Thursday, April 9, 2015

Snippets: Jakarta

Pada oktober 2014, saya telah bermusafir secara solo ke Jakarta selama 10 hari. Kali ini bukan trip backpacking yang rushing memenuhi aktiviti2 yang tersusun padat. 10 hari ni hanya berada dalam Jakarta, dan cuba bergerak dengan rentak warga Jakarta, dan merasai jiwa kota ni.
Tak pernah sempat menulis tentangnya sebelum ni. jadi inilah sedikit snippet tentang Jakarta melalui kacamata keme.

1) Bandara A'bangsa Soekarno-Hatta adalah airport utama Jakarta. Singkatannya adalah CGK yang bermaksud Cangkerang, walupun ianya terletak dalam kawasan bersebelahan iaitu Tangerang.

2) Kota Jakarta sangat luas dan terbahagi kepada Jakarta Timur,Utara,Barat,Selatan, dan Jakarta Pusat sebagai bandaraya.

3) Walaupun Jakarta adalah ibukota Indonesia, kesesakan jalanraya nya kurang berbanding Surabaya (sebagai contoh). Kerana sistem pengangkutan awam yang agak efisien.

4) busway a.k.a TransJakarta adalah perkhidmatan bas awam utama di Jakarta,selain tu terdapat beberapa operator lain yang mempunyai bas yang melalui jalur-jalur (laluan) merentasi Jakarta.

5) Halte bermaksud stesen bas, dan stesen bas terletak di pembahagi antara dua arah trafik. Di Jakarta, lorong paling dalam (paling kanan) di kedua2 arah jalan dikhususkan untuk bas sahaja, dan ade bonggol untuk mengasingkan dengan lane kenderaan lain. Ni membuatkan bas tak terperangkap dalam macet kenderaan2 lain selain bas. Good.

6) Jalan Jaksa di Jakarta Pusat adalah backpacker district dimana sepanjang jalan tersebut banyak hostel bajet. Selain di situ terdapat jugak hostel bajet tapi merata2.

7) Setiap pagi ahad sehingga 12pm adalah Car Free Day di Jakarta, pada waktu ni sangatlah meriah dengan segala macam rekreasi dan aktiviti memenuhi jalan di Jakarta.

8) Pasar Senen mempunyai 4 kompleks, dan setiap satunya khusus menjual barangan yang tertentu. Kompleks 1, paras 4 adalah tempat buku terpakai. Disini terkenal sebagai syurga buku terpakai bagi penggemar buku kerana keluasannya dan kepelbagaian bukunya.

9) Monumen Nasional (Monas) adalah taman ditengah2 Jakarta Pusat yang ada pertunjukan air pancut berirama pada sabtu malam.

10) orang Indonesia secara amnya suka meringkaskan beberapa perkataan menjadi satu. Contohnya Piscok (pisang coklat) dan jakthon (jakarta marathon). Selain tu ada banyak lagi yang panjang2.

11) Dari pemerhatian, jurang ekonomi di Indonesia & Jakarta sangat jauh diantara paling kaya dan paling miskin. Jadi adalah normal melihat peminta sedekah atau pekerja jalanan.

12) Magnum Cafe di Jakarta terletak di mall (lupa nama pulak) dikatakan sebagai francais tersebut yang terbesar didunia. Aku pegi memang 1 wing kat aras mall tu dia ambik. Masa tu kat Malaysia belum ada lagi..sekarang dah ada.

13) Stadium Gelora Bung Karno merupakan stadium nasional Indonesia, dan diperkarangan luar stadium setiap hari ramai warga kota beriadah. Banyak fasiliti rekreasi turut tersedia. Di jalanraya keliling luar stadium penuh dengan orang jogging, basikal,inline skating, dll.

14) Masjid Istiqlal adalah masjid utama Jakarta, dan dikatakan antara masjid terbesar dunia. Memang besar pun padan dengan Indonesia sebagai negara paling ramai Muslim. Bertentangan dengan Istiqlal adalah Kathedral Nasional, dan kedua2nya menjadi simbolik keharmonian agama di Indonesia.

15) Indonesia (termasuk Jakarta la)kaya dengan wisata kuliner. Di Jakarta memang pilihan makanan sangat banyak dan harga bergantung pada kelas makanan. Untuk street food, rugi jika tak cuba tapi berhati-hati kerana isu keselamatan makanan merupakan gejala yang berleluasa. Sesetengah makanan yang terlampau murah menggunakan bahan yg memgandungi kimia yg boleh memudaratkan.

Seriously memang banyak lagi. To be continued

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.