Hari ni 1 April ni tarikh ulang tahun kelahiran yang ke 26.
Selain tokoh matematik George Mohr, penakluk Otto Von Bismarck, wrestler Randy Orton, footballer David N'gog (just to name a few),
Aku jugak berkongsi birthday dengan RTM (dia yang ke-69, lagi tua) dan sesuatu yang bernama GST..yuezzaa terasa sungguh istimewa kahkahkah.
Tapi betul lah hari ni hari first GST 6% berkuatkuasa menggantikan SST, kecoh jugak lah di timeline pesbuk. Pakat dok upload resit. Trending.. segala jenis resit naik.
Tapi aku taknak story pasal GST.
Nak cakap yang harini sebagai birthday terasa agak nice..so aku nak tulis sini biar besok2 aku boleh refresh,ingat balik harini rasa camna.
Mula dengan pesbuk. Sebenarnya, sebelom ni wall aku orang lain takleh conteng, aku privatekan. Tapi sebelom midnight aku tukar setting sikit..pasaipa taktau..
Masuk je midnight, lebih sikit..ucapan 1st masuk kat inbox, dari mantan TNC HEPA..peh..dia memang rapat dengan student ke..ex student ke..memang ayahanda ah.
Bila pagi, lepas subuh..pegang je phone nak call rumah, diorang call dulu..bercakap dengan semua ahli keluarga yang ada kat rumah..
Lepas tu ucapan2 kat wall dari kekawan pon mula menyusul. Dekat whatsapp pun sama..sampai la siang, sampai malam, sampai ke la ni nak dekat pukul 11pm.
Apa yang buat aku rasa seronok, banyak kekawan jauh2 wish jugak..kekawan sekerja, kawan sama universiti, kawan sama sekolah, kawan rekreasi, kawan pesbuk tak pernah jumpa...semua ada naik diorang punya contengan.
Aku tak biasa kena wish birthday, sebelom ni pun selama ada pesbuk aku xbukak jugak wall & tak nampak la ape jadi..seronok jugak la rasa..ewahh
Lepas tu dalam whatsapp, selain kekawan wish, ada ajak makan nak celebrate, yang kawan surirumah, siap buat kek..yang kekawan bujang, ajak gi lunch..aku pegi yang mana dan la..aku selalu beli kek slice sendiri je..tak suka sangat kek pasal manis & selalu cepat muak..tapi harini suka pulak..kahkahkah.kena belanja..pau secret recipe.
Ada jugak kekawan sms yang pakai kredit..dan call jugak..ini pun rare..jarang orang nak spend kredit camtu je..sangat la berasa gembira..
Bila petang, plan asal nak lari2 26km kat putrajaya..ni memang ritual tahunan. Start lari petang 6pm..ambik route pulau..first time lari route ni even banyak kali dengar kewujudannya..kali ni mood lari tu macam explorer..apa yang dilihat sepanjang larian adelah pemandangan baru..cuaca pun nice, redup berangin, berselisih dan bertukar senyuman dengan warga rekreasi lain yg berlari,kayuh basikal dan yang rehat2 tepi tasik..oh so nice feeling.
Bila dah nak complete route pulau tu, start hujan drizzling & mendung berangin..tetiba langit gelap dan flash2 kilat. Dah nak maghrib waktu tu, aku harap sempat sampai masjid besi je,jangan la kuyup tengah jalan..lepas maghrib nak sambung lari payah kalau kasut basah.
Cemas2 lari dengan takut kena panah petir. Bila sampai je kat masjid besi, hujan terus lebat gila..Ya Allah..timing memang perfect..terasa ni satu peringatan dan peluang..jadi aku pon stay masjid besi, tak jadi lari lepas maghrib. Cukup lah 11km route pulau, memang layan lari santai pace 6 all the way.jam suunto pun cakap p.t.e dah 5 dah..so aku pon settle down rehat.Sambung lepak dengar majlis ilmu sementara isyak.
Lepas isyak, aku pon balik..otw tu singgah Coffee Village..oder fevret set aku..barli panas, tomyam campur, nasi putih, telur bungkus..pehh sepoi2 angin lepas hujan, pekena pulak makanan power sini..playlist lagu yang DJ kedai ni main pulak semua lagu yang aku minat..
Lepas tu dia bukak stage untuk karaoke, memang biasa camni. Brader yang aku cam dia sebelum2 ni suara sedap yang take the stage, lagu2 pulak steady je brader ni bawak..mantap suara dia cool n terkawal sedap..layan..
Lepas brader tu nyanyi aku sorang tepuk tangan.
Semua rasa just nice hari ni..aku acknowledge semua ni sebab noticably asa lain..rasa yang sangat special. Aku bersyukur.
"Nikmat manakah lagi yang mahu kamu dustakan?"
Happy birthday to meeee
No comments:
Post a Comment