Tuesday, March 31, 2015

Doa,harapan dan ingatan

Beberapa jam lagi tibalah lagi (alhamdulillah) birthday aku, dan macam selalu kawan & kenalan akan wish melalui facebook. Twit-err & Stegrem aku takde.Whatsapp dan mesej ada wish jugak sikit. Call takde sebab begitulah bagaimana rapat aku dalam bersahabat. Krikk2

Apapun aku berterima kasih untuk semua ucapan dan ingatan yang mendoakan perkara-perkara baik terhadap aku.

Aku percaya benda-benda baik terus berlaku dalam kehidupan aku sebab doa-doa kalian ni..tanpa nya mungkin lain jadi. Oleh tu kita teruskan doa untuk kebaikan terhadap sesama kita supaya perkara best terus berlaku dalam hidup. Doa orang lain mungkin jadi asbab..

Walaubagaimanapun, payah untuk kita quantify dan qualify perkara yang susah diukur seperti doa ni. Simple je untuk kata, doa perlulah ikhlas & sepenuh hati untuk makbul. Ucapan doa yang sekadar cukup syarat tanpa apa-apa content 'rasa' mungkin tak kemana. Apapun doa tu rahsia Tuhan selaku pendengar & penunai doa-doa. With that being said, doa tak semestinya dizahir hingga ke pengetahuan yang didoakan.

Ada ilmuwan eropah pada zaman Enlightment eropah dulu yang sangat minat dengan kalkulus & statistik, sampai dia cuba untuk selidik peratus doa yang dimakbulkan. Aku lupa nama dia dan macam mana dia design eksperimen ni, tapi sementara aku berkecuali dalam mengulas kebenaran dalam kerja saintis ni, fizik dan matematik memang bahasa alam semesta pun sebenarnya. Dengannya semua benda boleh dicapai dan difahami.

Ada satu lagi lapangan 'sains' yang tengah berkembang, dikenali sebagai Noetic Sciece. Ianya sains yang lain dari apa yang komuniti saintifik amalkan..sebab ianya tentang elemen yang intangible. Antara teori dalam NS adelah berkenaan impak doa dan ingatan (thoughts)..secara ringkasnya, ambik analogi bulan; yang merupakan satu objek yang punya daya graviti sendiri untuk menarik objek kearah teras nya. Bulan dibina dari pasir2 kalau kita pecahkan dia keperingkat paling kecik, dan setiap butir pasir ni, walau sekecil/insignificant nya nilai tarikan graviti dia, akan akhirnya membentuk daya graviti yang cukup kuat bila bergabung jadi ketulan sebesar bulan.

Sama juga diumpamakan dengan doa/ingatan (thoughts)...semuanya mempunyai 'tarikan' masing-masing, dan bila ramai mendoakan perkara sama, semua 'tarikan' yang banyak ini boleh bergabung & kalau cukup kuat, akan menghasilkan suatu aruhan terarah (net induction) yang somehow membawa perkara2 yg berkaitan untuk fall into place & terjadi seperti yang didoakan.
Haaa agak susah nak terima ke? Macam mistik dan longgar, tapi itulah Noetic Science, yang bahkan punya fasiliti di Smithsonian Institute. Ianya mempunyai konsep tenaga dan dinamik berbeza dengan sains yang kita fahami..

Kot mana pun, berterima kasih lah kepada mereka yang mendoakan kita, dan sambunglah kitaran saling mendoakan sesama kita..

Balik kepada birthday, ni yang ke 26. Dalam tempoh setahun ni dari waktu masuk 25 tahun lepas, memang banyak gila yang berlaku.. Sememangnya quarter century crisis bak dikata. Selain dari pengalaman power dalam romance & relationship, aku juga dah buat beberapa benda macam solo travel dan belajar bahasa asing..so selepas ni mesti lagi banyak yang akan dialami..kita maintain ready & positif.

Azam umur baru aku, untuk teruskan berazam dalam berbuat apa-apa pun, sebab tanpa azam takdelah makna buat. Tak rasa excited dan seronok la takde jiwa,takde penggerak..nak tido pon perlu keazaman hehe.

Panjang dah berleter, tapi ni belum apa-apa.Aku banyak nak berkongsi,tapi berat nak bercakap sebab dah serik berkongsi dengan orang yang salah. Jadi terima kasih pada pembaca blog ni kalau ade la ,sebab baca. Padan muka kuang3

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.